Saturday, February 26, 2011

warkah terakhir buat sang mantan

Seperti mimpi segala yang diimpi pergi begitu sahaja, telah ku cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan semuanya. Apakan daya, usaha ku ternyata disia siakan begitu sahaja. Tergapai aku mencari jawapan di mana silapnya sehingga dihukum sebegini rupanya. Dua minggu lamanya aku jatuh tersungkur, dunia yang berwarna warni satu ketika dahulu betukar gelap  secara tiba tiba. Tegarnya dia pegi begitu sahaja. Benar kata orang, tahap kesabaran seseorang itu ada batasnya. Jika sebelum ini aku sungguh sungguh mempertahankannya, akhirnya aku nekad untuk melepaskannya pergi. Terkilan tidak terhingga, tapi kini aku mampu tersenyum. Mungkin benar kat pepatah, pengakhiran yang sedih mungkin permulaan sesuatu yang baik. Welcome back Zulaikha. =))


Buat anda yang mungkin membaca, saya dah maafkan segalanya. Saya juga dah halalkan segalanya. Saya juga dah merelakan segalanya. Moga apa yang anda cari selama ini membahagiakan anda. Terima kasih untuk segalanya juga yang telah anda berikan. Jauh di sudut hati tak dinafikan saya terkilan dengan apa yang terjadi. Banyak yang telah saya korbankan demi membahagiakan anda, saya utamakan anda lebih dari keluarga, saya ketepikan dunia saya semata mata ingin hidup di dalam dunia yang hanya wujud kita berdua. Saya korbankan segalanya demi awak. Saya penuhi setiap permintaan awak. Tapi kini? tidak lagi. Hati saya sudah tawar. Mungkin kerana impak yang awak bagi terlalu kuat hingga saya kehilangan hati dan kata2. 

Dua tahun. Bagi saya itu bukan satu tempoh yang singkat. Susah senang kita bersama. Suka duka kita sama sama. Mudahnya awak menggantikan segalanya dalam masa dua minggu.  Sekelip mata awak berubah. Awak tinggalkan saya tergapai2 mencari jawapan. Akhirnya saya temui segala jawapan di atas segala persoalan yang awak timbulkan. Bukan niat saya nak mengaibkan awak di sini. Tujuan saya buat entry ini juga bukan untuk minta simpati sesiapa. Ikhlas saya tulis entry ini untuk awak baca kerana saya dah tiada kekuatan untuk bercakap dengan awak. Bagi saya segalanya antara kita telah berakhir. Dan kali ini sungguh sungguh saya maksudkannya. Doa saya moga awak bahagia dengan pilihan dan keputusan awak. Jangan pernah sesalinya. Apa yang dah terjadi saya redha. Saya maafkan awak dan saya juga harap awak maafkan saya.

Setelah apa yang terjadi, kini saya telah benar benar bangkit. Saya nak mulakan hidup baru. Saya nak lupakan awak. Benar kata orang kalau kita sayangkan sesuatu, jangan terlalu sayang kerana ia boleh berubah menjadi benci. Cukuplah saya mengingati kenangan indah yang jadi antara kita bermula dari dua minggu sebelum ini. Apa yang jadi dua minggu ini saya anggap tidak pernah berlaku. Awak dah mati dua minggu lalu. Awak mati dengan meninggalkan kenangan indah kepada saya. Terima kasih. =) 

Andai kata suatu hari nanti awak mengingati saya apabila terbangun dari tidur. Maaf. Ketika itu saya sudah jauh. Tidak akan berpaling lagi mengerjar kenangan kita dan cinta yang pernah kita bina. Janji yang awak taburkan saya telah lupakan. Lupa selamanya. Terima sakit untuk segala kesakitan yang telah awak beri. Awak yang memberi saya noktah. Dan kali ini saya tak mahu berpatah balik.

" Tugas kita bukan melihat apa yang jauh di hadapan
tapi melakukan yang terbaik 
dengan apa yang berada di dalam tangan sekarang ini"

Awak pernah kata awak timggalkan saya kerna ingin mencari kejayaan terlebih dahulu dan akan kembali pada saya suatu masa nanti apabila sudah berjaya. Tapi bagi saya pula tak perlu kita lepaskan sesuatu yang telah kita ada skrg ini kerana belum tentu sesuatu yang awak tinggalkan itu akan tetap ada lagi pada masa akan datang. Siapa awak nak buat saya menunggu awak di sini sedangkan awak di sana bersama dengan teman baru? Selamat tinggal dan selamat berbahagia. 


4 tarik rambut rapunzel:

Safwan&Suraya said...

sweetie,remember..there is light at the end of every road~ =)
and its good what you did ; don't keep any hurt feelings.it will hurt you more.don't keep the bad memories.keep the good one.you'll cherish it one day. ^^
i know it's hard and it's not gonna be easy.but it's real and face it.you'll make it. =>

ika said...

thnxs sue...nasihat yg sangat berguna...kte kne redha dengan semua tu...kalau die memlih utk pergi dan rasa bahagia...kita kne redha...kte lepaskan die dengan hati yg betul2 rela...=) SEMOGA DIA BERBAHAGIA~

sean usery said...

good...my friend is a bionic women...
u can handle this..i know...
u strong..n stay strong...k...
have a good life!!
the new one!!

ika said...

0keep..^.^ thnxs a l0t..insyaallah aku b0leh..