Thursday, March 24, 2011

konsep : berjimat itu amalan mulia

sekarang nie tengah musim exam and assigment bertimbun-timbun...nak bernafas pun kadang-kadang boleh terlupa mengenangkan busy yang sesangat-sangat...tapi dalam busy tu sempat lagi nak merapu merayau-rayau dengan kekawan u'olls~ sempat lagi mengagahkan diri berjalan-jalan ke tengah kl dengan si polan-si polan yang berkenaan...kemain lagi tau ktorg sewa kereta di awal pagi lalu meredah hujan bunga di kuala lumpur...

konsep yang ingin diketengahkan dalam berjalan kali ini ialah "BERJIMAT AMAL MULIA"...pelakon utama yang menerajui konsep ini ialah one of my friends iaitu mek marini...dia nie sangat mementingkan konsep berjimat nie ye...ktorg yang lain-lain sebagai kawan mencuba sedaya upaya untuk mencontohi beliau...=.=" pagi tu ktorg sewa kereta harga RM 30 untuk setengah hari...time abang tu kasi kereta minyak berada di paras atas sikit je dari "E"...so mek mengambil langkah untuk meneruskan pejalanan tanpa isi minyak langsung...itu tak pe lagi...ktorg mampu tersenyum dan berdoa lagi dalam hati supaya tak ada apa-apa yang jadi...pastu ktorg tersesat sikit atas dasar i sendiri yang kurang arif untuk membaca GPS pada handset sendiri...memang ada masalah dalam membaca arahan GPS tersebut kerana GPS tu yang cakap kanan tapi tunjuk kiri...sah-sah la sesat jadinya...bukan i yang tak pandai baca okee? jangan pikir i yang bersalah sangatlah dalam hal ini...come on la...=__=

okeep after tersesat-sesat ktorg pun sampai la ke tempat yang dihajati oleh tiqah yang merupakan pelakon utama kedua yang memang tergedix-gedix sangat nak pergi tempat yang dia cakap murah baju-baju kat situ...dia merupakan pelakon utama yang menghasut ktorg yang lain supaya membazir dan bershopping sakan...jajak je kaki kat tempat tu...haaa...memang...memang tak selamat la duit anda sekelian...tempat tu memang banyak gila baju murah dan sangat stylo dan sangat cantik! mula-mula tu i asyik beristigfar sepanjang berjalan...i dah janji takkan terpengaruh dengan hasutan-hasutan syaitan nie...i pejam je mata i...namun akhirnya...i kalah dengan hasutan durjana tersebut...=.=" dah terbeli sehelai dress sangat cun warna merah...harga pun cun jugakkkk...waaaa...tak mampu nak menahan nafsu ketidakwarasan bershopping...semua orang pun beli baju jugak...aini dengan citot pun terjejas iman dan duit mereka...kasihan ktorg tau...^__^"

on the way balik...singgah dataran merdeka kejap dan tangkap gambar gedix-gedix kacak gaya mutu keunggulan sikit lepas tu singgah sogo pulak cuci-cuci mata supaya tak buta...pastu balik...dalam perjalanan tu...minyak kereta dan empty sangat-sangat...tapi mek dengan berlagak macho sikit pun tak hengin nak berhenti isi minyak...beliau sungguh tegar dan meneruskan perjalanan...senak perut ktorg semua sebab cuak sangat...memang misi beliau untuk berjimat dalam pengisian minyak berjaya ye...boleh ucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya sampai kolej dengan minyak yang tinggal setitik nak habis...

kesimpulan ----> misi untuk berjimat bershopping masih GAGAL...=.="
                 ----> misi untuk berjimat minyak tanpa mengeluarkan satu sen pun duit adalah 
                         BERJAYA dengan CEMERLANG, GEMILANG Dan TERBILANG...sekian~

ini i yg tangkap...bakat seni i teserlah di situ...harap menghargai bakat i...=P

model korea pergi dataran merdeka buat photoshoot~
gedix-gedix kacak gaya mutu keunggulan...i paling "chomey"...hehe~
ini treadmark baru i tau...tangkap gambar HARUS posing macam nie sambil jerit "bahagia!"...

dengan tiqah...dia la punca duit i melayang 25 henget hari tu...=.="

2 tarik rambut rapunzel:

intan said...

ha a..hidup ni kenala slalu bjimat cermat..lg pun xkn bg sushkan korang kuar duit byk..dh la mkn rm7 da..t nk byr duit minyak lg..heee..pe pn ejoy r kuar dgn korang sume..hope nex time leh kuar lg heee,,

ika said...

hahaha~ iye...next time kita g port dickson! konsep tetap sama...BERJIMAT! ^.^