Tuesday, April 19, 2011

banana boat lagi best dari banana ice cream!

dekat PD hari tu, i try naik banana boat tau...kalau la parents i tau...mau sakit jantung my dad tu...=.=" i kan princess diorg...mana boleh pergi buat benda-benda lasak nie...mau kena pelangkung kalau diorg tahu...so semua yang baca entry nie diam-diam je tau...sembunyikan benda nie dari my parents terchenta! syuuuhhhhh~ (silent mode)

okee...fokus pada banana boat yang sangat seronok tu...banana boat sangat enjoy okee?? i sebenarnya cuak nak naik...my dad dah pesan "jgn mandi tengah laut...jgn pergi tgh laut"...dia pesan dekat sepoloh kali jugak...sebagai anak yang agak degil tetapi sedikit durhaka...i pun dengan tanpa rasa bersalah dan tidak sedar diri pergi la naik banana boat yang dah sure-sure la akan dibaling di tengah lautan bergelora...=.=" ishhh2...adik-adik yang baca entry nie sila jangan tiru peragai tak senonoh akak nie...akak nie tiada kesedaran sivik akhir-akhir nie...tapi balik je rumah i call my parents tau untuk mengaku semua perkara yang i buat....nampak tak peranan anak solehah masih terserlah di situ? nampak?

manusia-manusia comel yang naik banana boat hari tu ialah ika danish, siti nur citot, lina  rosalinda, isma daniel, wira shomel, marini save dan sharifah aini...ini senarai-senarai nama gurl yang jiwa kental nie...ktorg punya prinsip "kalau tak cuba...mana tahu"...pinjam tagline yuna time iklan libresse...yang naik boat pulak tiqah awan dania, aina chips more dan anis  korea...senarai yang nie pulak jenis berani separuh la...still pergi tengah laut tapi naik boat la...diorg la kepala menghasut abang yang bawak boat jatuhkan ktorg sebanyak lima kali...di ulang...LIMA KALI! badan dah melayang macam kapas dah...senarai nama ibu mengandung pulak ialah kak ana izni, qilah jeli, sya al-ahmad dan tikah mede...mereka hanya menjadi pemerhati di tepi pantai kerana perlu menjaga kandungan masing-masing (ini ialah tipu)...

kali pertama jatuh i memang dah terkejut badak dah...i telan sebanyak 1 little air laut..."pluuuppp!" bunyi i dengan kawan-kawan i jatuh...nebes gila dh time tu...sebagai seorang yang tiada berenang education...i pun cuak la kan...tak pasal lemas pulak...tapi bila tengok kawan-kawan i yang lagi cuak...i terpaksa la belagak macho dengan menenangkan diorg...terutam rumate kesayangan i yang sorang tu...i try la nak tenangkan dia...dia pulak risau telinga masuk air...padahal dah sah-sah la telinga akan dimasuki air kalau tercampak dilautan gelora...=.=" 

kali kedua kena campak lagi la kelakar kan...one of our friends tu boleh pulak steady tak menunjukkan tanda-tanda akan jatuh...time i tengah terkapai-kapai tu i dengan kawan-kawan boleh gelak sampai terguling-guling (macam mana nak gelak guling-guling dalam air? hurmmm...) bila tengok dia dengan muka cuak terkejut yang dia tak jatuh...syabas merebete sharifah aini! kamu memang hebat sebab tak jatuh...=D 

paling i takut dan nebes gila adalah last yang i jatuh...i tercampak pergi dekat boat...disebabkan tiada skill berenang kelihatan di badan sendiri...i pun makin lama makin dekat dengan enjin boat...gila cuak la...mula la terbayang cerita piranha...korang tengok tak cerita piranha ada satu part tu rambut perempuan sorang tu masuk dalam enjin lepas tu tercabut kepala...i memang dah nebes gila la...terbayang enjin tu makan kepala i...huaaaaa...T.T mula la terbayang yang i nie dah la tak de boyfriend lagi...mana boleh kepala kena makan dengan enjin sebelum cari balak! tak nak...tak nak! i kena carik boyfriend sorang dulu~ (ika sangat gatal) then mujur la ada superman selamatkan i lepas tu...superman pencen...=.=" terima kasih inchik superman pencen

muka budjet berani semua orang...=D

dekat tengah laut...i siap posing-posing lagi...=.=
laju sangat dia "drive"...boleh tertinggal nyawa tau u'olls~

sesi campak mencampak di tengah lautan gelora segelora hatiku ini...lemas sebenarnya tapi maintain posing jugak!
ending~ dah sampai daratan balik selepas lupa daratan utk berapa ketika...o.o
p/s : ada sapa-sapa nak belanja banana ice cream pulak?

0 tarik rambut rapunzel: