Tuesday, December 27, 2011

prank!

hari nie i akan ajar kat korang semua cara-cara untuk prank orang tak kira la masa birthday dia ke, masa dia tengah study ke, masa tengah dating ke...kalau korang rasa macam berdendam n tak puas hati dengan seseorang...tengok dia pun rasa macam kecik besar kecik besar je...so baiklah korang prank dia time birthday dia...mereka yang di prank tidak ada hak untuk meluahkan rasa marah malahan kena senyum dengan tabah sambil menyatakan "yay! dah terkena...korang memang jahat kan?" selepas itu berlalu pergi ke tepi tangga dan menangislah kau sepenuh jiwa raga...*ini dah melalut*

i ada 2 cara yang i praktikkan bagi mengenakan orang dengan membasahkan baju mereka mengunakan air terbusuk didunia dan membalingkan tepung serta menguli mereka dengan mesin penguli yang dibeli di kedai ah teng...takat nie i hanya berani mencurahkan air busuk (yang rasa nak muntah darah bila cium) dan membaling tepung sahaja...di masa akan datang mungkin i akan tingkatkan skill "nakal" i dengan lebih extreme seperti mencolek atau meragut mangsa...(amaran kepada kekawan : sapa kawan aku sila berjaga-jaga tiap kali birthday korang datang menjelma...jangan ingat aku berhati mulia sangat!)

cara pertama
sila pastikan anda membawa mangsa ke tempat yang luas seperti tempat letak kereta supaya misi membasahkan mangsa akan menjadi lebih fantastik disertai adegan kejar-mengejar seperti filem hindustan...cara membawa mangsa adalah pura-pura menyatakan bahawa terdapat kereta kawan yang rosak dan anda memerlukan khidmat mangsa untuk melihat keadaan kereta...mangsa akan percaya bulat-bulat dan sila bagi touchlight untuk nampak lebih real...mangsa akan fokus kepada kenderaan tersebut dan anda boleh datang dari belakang untuk mencurahkan sekurang-kurangnya 2 baldi berisi air busuk dan membaling tepung sekurang-kurangnya satu plastik...so mangsa sudah terkena...

kak an...my rumate! :D sorry kak an...huhu~ love u arh sista!
cara kedua : 
sila pastikan lagi sekali anda membawa mangsa ke tempat yang luas dan strategik...kali nie anda boleh berpura-pura untuk mengenakan orang lain dan membuat rancangan jahat itu dengan mangsa sekali...mangsa akan menjadi teruja dan membancuh sendiri air tersebut dengan penuh berhemah tanpa mengetahui bahawa dialah yang akan dibasahi sendiri oleh air terbabit...berpura-pura menyorok dibelakang kereta bersama mangsa dan pastikan muka anda serius semasa melakonkan watak terbabit...apabila watak pelakon tambahan iaitu orang yang mangsa ingat adalah mangsa (hoi...i harap u'olss paham jalan cerita yang i cuba ketengahkan nie) datang ke tempat kejadian maka keluar dari tempat persembunyian bersama mangsa dan dengan excited curahlah air busuk tersebut kepada mangsa yang akan blur tak ketahuan...sila pastikan seplastik tepung itu juga dicurahkan bersama air busuk untuk kesan yang lebih menawan...mangsa hanya akan mengeluarkan perkataan seperti "haaa...kenapa pulak saya yang kena?" dan pada ketika itu sila jawab dengan muka puaka tapi comel "ehhh...salah orang lahh...btw...tahniah n selamat hari jadi~" 

tqah...^.~ sorry ek besties! :P tahun depan kita main tepung lagi...
princess said : 2-2 cara nie i dah praktikkan...tapi yang 1st tu sebenarnya tak menjadi...penat i berlakon bagai nak rak malam tu tapi mangsa terlepas...=.=" terkedek-kedek beliau lari ke bilik dan mengunci pintu...heh...yang cara 2nd tu menjadi dan sepanjang malam i gelak guling-guling atas katil mengenangkan ayat dan muka mangsa yang blur "haa...kenapa pulak saya yang kena?"

mastermind yang sebenarnya dah "terkena" jugak...=.=" padan muka kau ika!

pelakon utama bersama pelakon tambahan...^.^ terima kasih kerana berjaya menjalankan watak masing-masing...

Sunday, December 25, 2011

harimau bintang

one of the great memory sem nie lagi ialah mencuci kadang harimau bintang...hari tu jadi volunteer untuk mencuci zoo taiping...banyak ye amal kebajikan yang i buat sem nie...hati ika makin mulia sejak akhir-akhir nie...i makin kagum dengan diri sendiri! hurmmm~ ~.~

muka excited masing-masing...:D

before pergi lagi i dah berdoa-doa dapat cuci kandang yang agak mencabar kreadibiliti sebagai seorang pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang (kaitan???) so i memang dah set dalam mind supaya dapat la kandang harimau...pliz...pliz...i terhengen sangat nak bermanja peluk mesra dengan binatang tersebut..then sampai je sana tertiba je uncle tu cakap "okee...yang group nie nanti bersihkan kandang harimau bintang so boleh la berjabat mesra dengan inchik harimau bintang tersebut yang ada dekat 20 ekor jugak"...yay! so hasrat terkabul kot~ excited gila i berlari-lari anak sambil lompat bintang mencari kandang harimau tersebut...nebes gak tapi cam syiok je...:D 

tak la masuk dalam kandang tu sebab tak pasal je kena makan kang...tapi i terfikir gak, adakah i akan dimakan kalau masuk ke dalam kandang tersebut sebab i rasa harimau tu pun tak ada selera tengok kekecilan badan yang melanda diri KIUT MIUT ini...mesti dalam kepala hotak harimau tu terlintas "hek eleekkk budak kecik muka cam nora danish nie...macam la aku nak makan die...isi pun tak ada~ cis! baik kau keluar la budak MUKA MACAM NORA DANISH oiii~" (sila jangan muntah membaca apa yang terlintas di fikiran harimau tersebut, itu adalah fakta)...so bersihkan tepi-tepi kandang dan bagi makan kat mereka-mereka yang memang ganas nak mati dan tidak langsung melemparkan senyuman walaupun i bersusah payah membawa makanan untuk mereka...sombong betul! haish~

skuad membersih kandang harimau! ^_^

balik tu akibat keterujaan menguasai diri tahap puaka maka i pun call mama n ayah dengan nada berlagak berkata "tadikan zulaikha bersihkan kandang harimau...bagi makan la...tengok-tengok la...main-main la...salam-salam la...menari-menari la...SERONOK~~" dan mama menjawab dengan pantas dan laju macam machine gun "hah? betul ke? lain kali jangan harap mama nak kasi dah pergi...bahaya...nanti kena makan, kena cakar ada orang nak tolong ke? ade? binatang tu bukan tahu apa-apa yang dia tahu makan orang je...bla...bla...bla....bla...bla...bla...(selama 20 minit)" =.=" yes! dapat ceramah free dari penceramah bebas...kbai~

sila jangan ternganga melihat kesungguhan i yang menyapu bagai nak rak tu...tutup mulut tu ye! :P

ini la uncle yang jaga kandang harimau tu...baik sangat! :D thnxs uncle...
princess said : korang try la jadi volunteer macam nie...seriously said that sangat seronok n ada pengalaman yang sangat la berharga yang tak dapat dijual kat mana-mana...i rasa everybody should try it la...:D tapi balik tu sila mandi dengan bersungguh-sungguh selama 1 jam untuk mengelakkan diri berbau seperti beruk, baboon dan monyet...=.="

Saturday, December 24, 2011

trip budak psiko

jangan takut untuk meneruskan pembacaan anda wahai peminat-peminat sekelian *ayat budjet retis* walaupun tajuk macam psiko sket~ :D i memang psiko okee? kat upm i amik kos yg memang psiko gler la...cita-cita ini wujud since i tengok cerita BULI yang afdlin shauki berlakon dengan nasha aziz tu...dalam cerita tu kalau sapa yang ingat lagi Nasha Aziz jadi "Doktor Ika" iaitu doktor kepada si afdlin yang ada masalah mental dan low self-esteem...time cerita tu keluar i baru tingkatan 2 dan memang jatuh hati dengan ke"cun"an Doktor Ika dalam cerita tu dan terus bercita-cita menjadi seperti die pada masa akan datang...haha...lepas nie nak buat pemedahan muka pulak supaya boleh jadi cun macam nasha aziz dalam ceruta tu...walaupun nampak macam cita-cita budak hingusan meleleh dari hidung lagi time tu tapi i betul-betul kagum la dengan Doktor Ika time tu dan nak sangat jadi macam dia! :D time Nasha nak rawat kakak dia n afdlin tu makin tergedik-gedik hati nie nak jadi macam tu~ sebab tu berusaha untuk mengambil bidang yang ada kaitan dengan psikologi...tapi i bukan doktor tau...so tak ade la title "doktor" kat depan tu...=.= ade "Ika" je...okee la tu...ade gak "Ika" kan? kan? *angguk laju-laju sebelum anda ditetak*

sem nie amik subjek psikopathologi...psikopathologi means semua yang berkaitan dengan abnormal person...belajar pasal tanda-tanda orang yang ada masalah mental dan kategori-kategori dia...trust me, kadang-kadang rasa macam ada simptom-simptom abnormal tu dalam diri sendiri...~.~ so everybody beware okee? sebab semua orang berpotensi untuk jadi gila tapi kita sendiri yang kena kawal diri kita dari collapse...once collapse susah nak bangun jadi normal balik...(waahhh...entry ini sangat ilmiah! 1st time nie mengeluarkan entry ilmiah...rasa sangat teruja)

dah nama pun budak psiko kan? so...ktorg pergi lawatan ke hospital bahagia tanjung rambutan...masuk-masuk pagar je terus "kebahagiaan" tu menjelma dalam diri...i memang nak kerja sangat kat sana one day...i dah siap tanya semua kat pegawai-pegawai n misi-misi kat situ cara nak kerja kat sana...macam sangat mencabar je...i memang suka menda yang mencabar so i hope one day dapat la kerja kat hospital bahagia tu...tapi i waras tau...jangan mengesyaki i gila plak...=.=" plish!

muka excited sorang-sorang...:D

wad pertama yang pesakit kena pergi kalau masuk sana...seb baik i dapat keluar balik~ pheww~ =.="
pengalaman paling "sweet" time trip adalah di saat TERlihat pesakit sedang meng"uhhh...uhhh" di tepi longkang...waaaa..."sweet" sangat...makin teruja nak kerja kat sana...kau ada tengok orang "uhh...uhh" secara live? ada? so...jangan nak jelez sangat! 

khusyuk dengar sister cakap...:)

ini tak ade kene mengena dengan tg. rambutan...ini mengedik di kellie's castle...

habis~ ^_^
princess said : sorry sangat pada blogger lain sbb x balas BW korang n comment2 korang...been bz...sempat update je...sila jangan touching sangat sampai mendelete blog ini dari blog anda...=.+" rapunzel janji habis je exam i'll continue jd blogger tegar balik...:D J.A.N.J.I!

Saturday, November 19, 2011

fasilitator syok sendiri

last week i dengan kawan-kawan pergi satu sekolah dekat pendalaman kat pahang...memang amatlah pendalaman dan pejalanan pun boleh tahan mencabar urat saraf dan tulang-temulang badan sebab memang jauh nun di sana gunung ladang dan rimbau...i jadi fasilitator...apa ingat badan kecik macam i tak boleh jadi fasi? nehi! nehi! nehi! boleh je...

fasi-fasi yang pergi...semua cun-cun kan? kan? *sila angguk laju2*

ika danish dengan tiqah aziz...:D


tapi sampai sekarang i masih terfikir-fikir adakah muka i macam penjenayah yang paling dikehendaki oleh negara atau dunia sebab budak-budak group i dari awal program sampai ke sudah asyik memandang i dengan kawan i dengan pandangan "haaa...itulah kakak penjenayah yang paling dikehendaki polis tu..." heh~ apakah dosa ktorg sebab sampai la habis program adek-adek group TIDAK memberi respon yang baik dan hanya diam sahaja...i dengan tiqah dah bercakap sampai nak tercabut semua gigi dan hampir mengalami sindrom kehilangan suara tapi adek-adek masih lagi membuat muka sepoloh sen yang baru di cucuk botox...pernah tengok tak muka orang kena cucuk botox? kalau baru cucuk botox, muka akan mengeras dan tegang so ekspresi muka tidak akan kelihatan...=.=" macam tu la muka adek-adek group i...walaupun i said something funny, their face still same and finally i sendiri pulak yang macam syok sendiri...iye...i dengan tiqah macam bercakap dengan dinding je sebab bila panggil nama pun diorang tak jawab...jawab soalan pun tutup muka dengan buku atau paling badan seperti belakang badan yang mempunyai mulut...=.=" aduyai~ 

ini group i...hanya 2 orang adek yang pandang camera dan fasi pulak yang beria-ria senyum...fasi memang syiok sndrik! =.="
ini group kawan i...adek group diorg pulak semua ceria-ceria dan meriah sangat! tapi group i???? ~.~
fasi yang paling bertanggungjawab!~ ^.~

nama group i group gajah...setiap group kena buat cheers untuk memeriahkan lagi keadaan...walaupun nama group gajah tapi peragai semuanya adalah seperti kura-kura...pemalu yang amat dan bila buat cheers hanya suara i sahaja yang kedengaran...sekali lagi i kelihatan seperti syok sendiri dan beria-ria membuat cheers dengan semangat waja penuh keazaman namun adek-adek group hanya memandang i dengan pandangan penjenayah lagi...8.8 dah la...i nak pergi balai polis dulu untuk serah diri sebab muka i adalah muka penjenayah yang paling dikehendaki negara...kbai~

adek-adek group i...sangat pemalu mereka ini...~.~

seronok sangat...:D sampai sekarang i senyum sorang2 klau teringat pasal nie...
 princess said : sem nie i sangat aktif dengan aktiviti kolej dan universiti...rasa sangat seronok dengan kehidupan sekarang...BAHAGIA! :D

Thursday, November 10, 2011

annyeonghi gaseyo korea


sebelum i taip entry nie panjang lagi...i nak nasihatkan semua orang yang baca sila lah mengambil sehelai atau untuk keselamatan ambillah beberapa helai tisu muka *bukan tisu tandas* untuk mengelap air mata anda...entry nie serius sedih tahap gaban...kalau baca mesti tersedu-sedan...i pun reti jugak buat entry sedih tau...jangan ingat i pandai buat entry perasan adek nora danish je ok....

akceli...i terpaksa buat satu keputusan yang sangat menyedihkan la last week...keputusan yang dibuat atas "kepandaian" yang makin menyerlah...tak sangka i memang makin "pandai"...hooo...tak payah nak muntah sangat bila baca sebab blog nie kalau entry tak ada perenggan yang perasan maka tak lengkap la i rasa...setiap entry HARUS perasan walaupun entry nie berbaur sedih...

semester nie i ambil bahasa korea sabagai petanda yang i memang orang korea tegar...apa guna muka macam orang korea tapi tak reti cakap korea dan baca bahasa korea kan? so...untuk menguatkan lagi tohmahan yang i ada mix korea, i pun ambil la korea...moyang kepada nenek la nak kata tahap keseronokan ambil subjek nie! seong saeng nim *teacher* yang ajar pun kemain lawa dan lembut lagi...orang korea kott~ masuk kelas je ibarat sedang menonton drama korea yang menjadi kesawanan semua orang...hati tergedik-gedik rasa keseronokan melampau...seong saeng nim kenal i tau! dia cakap muka i memang ada mix korea dan cantek *okee...nie memang tipu...jangan percaya*...dia panggil i "IKA SHI"...comel sangat time dia panggil...rasa nak pergi depan dan peluk dia dan balik ke tempat duduk *motif peluk masih sukar dikenalpasti*...

obses kepada korea....:) suka sangat...

i dah pandai tulis korea tau! jangan jeles sangat la...:P

tapi......minggu ketujuh i dah ambil keputusan untuk drop korea...sedih kot~ i drop sebab terpaksa...antara sebab-sebab i drop adalah : 
  • mendapat tekanan dari orang ramai yang jeles apabila i pandai membaca tulisan korea dengan lancarnya dan memperkenalkan diri dalam bahasa korea...orang ramai mengatakan "cukup-cukuplah muka je macam korea...tak payah la nak cakap korea dan baca tulisan korea terrer-terrer"...untuk mengelakkan mendapat cemuhan sebegitu rupa...i drop!  okee fine!
  • mengelakkan daripada seong saeng nim terus menerus memanggil i "SELIPAR"...nama sebenar i akan berbunyi seperti "SYELEIPA" jika orang korea yang sebut sebab bahasa korea tidak ada huruf "R" dan "F"...=.="
  • result test 1 yang "fulamak-terrer-nak-mampus-sampai-orang-korea-pasti-akan-terkagum-keterlaluan-dengan-diri-i" menyebabkan terhenti niat suci untuk mengambil bahasa korea lagi...

tengok...tengok! seong saeng nim puji tu...bangga sekejap! ^00^ <----hidung kembang

yang bulat tu adalah cara orang korea tanda kertas...mula-mula i pun ingat i buat salah,rupanya itu tanda betul...:)
princess said : ehhhh...ada ke part yang sedih? ada kan? sedih la tu kena drop benda yang kita suka...dah-dah lap air mata korang tu okeep kalau dah tertumpah...T.T ow...lagi satu...maksud entry nie "selamat tinggal korea"...:)

Tuesday, November 8, 2011

aina tagged rapunzel

rasa terharu sebab masih ada sudi menge"tagged" walaupun blog ini sudah hidup segan mati tak mahu...~.~ thnxs kat aina ye...aina merupakan rakan blogger sama U dengan rapunzel...malangnye, sehingga sekarang masih tidak ketemuan...tak faham~ nak kata U nie besar sangat taklah...tapi tidak ketemuan juga...=.= ada sepoloh soalan cepu yang tak berapa cemas untuk dijawab yang aina tanya...so boleh jawab sambil makan kit-kat-yang-dalam-iklan-ada-m.nasir-tapi-tak-nak-mengaku-dia-m.nasir-pastu-melompat-lepas-dapat-kit-kat...

soalan-soalan tak berapa peperiksaan yang ditanya so konfem dapat full marks ialah :

1. anda peminat coklat?
peminat coklat yang diberi oleh peminat misteri atau lebih dikenali secret admirer...barang free siapa tak minat kan?

2. coklat kegemaran anda?
coklat indulgence secret recipe...tengah gila bayang dengan coklat tersebut...meroyan kalau tak makan sekali seminggu...kalau nak tackle i sila la belikan mende nie ye...

3. kereta apa yang menjadi idaman kalbu?
kereta yang dipandu oleh pemandu sambil i mengibaskan rambut di seat penumpang arakian memakai sunglasses hitam besar macam mata belalang...kalau ada pemandu kereta, kereta mr.bean pun menjadi idaman kalbu jiwa jantung...*berlagak MEM besar*

4. kaki shopping atau tidak?
kaki comel macam model korea ada la...

5. pandangan tentang kanta lekap? kalau orang bagi amik tak?
KONFEM ambik...KONFEM! barang free sapa yang tolak sila hantuk kepala ke dinding seratus kali sambil menjerit "ika rapunzel memang comel, cute habis...dia memang comelllll" *saja je nak mention kat sini...tak ada kena mengena pun*

6. antara yana samsudin dengan intan ladyana siapa lagi cun?
apa tanya soalan macam nie aina? jawapannye mestilah NORA DANISH...lepas nora danish adik dia pulak...ika danish...ish3...tanya la soalan yang lebih mencabar seperti bush dengan obama siapa lagi kacak...baru la ika danish perlu bertafakur untuk menentukan jawapannye...=.=

7. kalau jumpa farid kamil depan mata...perasaan anda?
tak ada perasaan sebab takut diana daniella terperasan yang i nak rampas balak dia...oh nooo~!

8. cara anda menangani stress?
berlari sampai rasa hampir koma...makan coklat sampai gigi hitam mengalahkan punggung kuali...pergi tepi pantai melemaskan diri sambil berharap jejaka kacak menyelamatkan diri...

9. suka bercuti?
suka GILA bercuti...sangat suka dan berhajat mengelilingi dunia dengan burung belatuk suatu hari nanti...

10. destinasi pelancongan?
ARAB...pastu KOREA...pastu MELBOURNE...pastu INDIA...pastu semua la...ongkos di tanggung oleh suami...so...bakal suami sila bekerja keras dari sekarang...i mean RITE NOW!

11. kenangan manis n kenangan pahit anda?
as long as i been support by my family and friends...all gonna be sweet...:D kenangan pahit macam tak ada...ehhh...jangan fikir hidup i perfect sangat la...tapi takat nie kenangan pahit hanyalah small a pieces in my life...syuh2 je terus lupa...^_^

sekadar gambar hiasan...
princess said : kalau la soalan exam macam nie kan...jawab sambil makan choki-choki je...aman hidup~

Sunday, November 6, 2011

banglaboi sudah kahwin

hyep korang...:) rasa makin terharu mengenangkan blog yang tidak lagi aktif seperti dulu...=.=" ade ke patut 3 entry sepanjang bulan oktober? rasa macam nak terjun bangunan sambil menjerit "aku belummmm kawin...abang aku yang sulung dahhhhhh~~" ow...memang tak ada kaitan tak mengupdate blog dengan dia kawin...saja je nak jerit memberitahu si banglaboi sudah kawin...korang kenal lagi ke banglaboi? alaaa...orang yang mengalami masalah mental yang amat ketara tu...i syak dia memang kena di hantar ke tanjung rambutan...tapi disebabkan dah kawin...tak sampai hati nak hantar dia ke pusat bahagia tersebut...=.= kemain tau banglaboi berlagak nak mampus sebab berjaya akad nikah dengan sekali lafaz...siap tunjuk "peace" dengan muka riak takbur lepas akad nikah...padahal sebelum tu macam dah tercekik tulang kerbau je...siap nak muntah bagai-bagai...cis!

yang 26hb 11 tu dekat rumah i ye...di jemput hadir...:D

(sila click untuk mengetahui siapakah dia...yang pasti dia bukan retis popular atau jaguh kampung)

:) sudah sah...

diorg punya warna biru...i punya warna merah...*semua mama dah plan walaupun calon masih menjadi rahsia di taman hati...haha~*

banglaboi dengan kak ami dah kawin minggu lepas...ucapan yang ikhlas sambil menunjukan muka simpati meminta chocolate indulgence secret recipe dari mereka adalah :

ini banglaboi...ow...jgn cerahkan screen laptop anda...dia MEMANG gelap...
hoi banglaboi...sila tampar diri sendiri sepoloh kali untuk menyedari status anda sekarang...selamat menjadi seorang yang buncit dan selamat berbahagia sehingga masuk semula ke tanjung rambutan...jangan lupa bawak orang kalau pergi honeymoon jauh-jauh...orang dengan gendut nak ikut...tapi kalau takat tesco kampar, gopeng, lumut, gua tempurung dan malim nawar...hurmmm~ rentikan la ajak ktorg...

kak ami...:D untung kak ami dapat bercium pp dengan nora danish...ish2...:P
hye kak ami (bercakap bersopan sambil tunduk lemah lembut dengan kakak ipar)...welcome to the circle of our family...:) banglaboi tu ada terkena kejutan eletrik masa kecik-kecik dulu...orang syak sebab tu dia berperangai demikian rupa (tiga suku)...so sila banyak-banyak bersabar...jangan lupa datang UPM berjogging petang-petang...yeahh!

ini sepupu feveret...dia bakal menyusul selepas ini...

one happy family....^__^
jangan tegur kenapa baju i pun giler glemer...i memang poyo...=.="

teknik pencahayaan yang berjaya memutihkan banglaboi...tahniah pada i berjaya memutihkan beliau...
princess said : selamat hari raya aidiladha...ow...ucapan ini pun tiada kaitan dengan entry di atas...sekian~ kbai...=.="

Monday, October 31, 2011

duniaku kelam

i suka sangat pergi tempat-tempat yang ada alam semula jadi nie tau...:D i rasa tenang je...paling suka pantai la...i boleh duduk bertanggak kat tepi pantai selama beberapa jam just untuk tengok laut je...biarlah kulit yang licin gebu putih ini di mamah cahaya matahari, i rela kot...^_^ ow...tapi entry nie tak ada kena mengena dengan pantai pun...saja buat intro lari tajuk...kasi nampak panjang entry...tak la cam loser sangat malas menaip kan...=.=

hari tu *maksud hari tu disini adalah dulu...dah lama...dah dekat sebulan...nie memang treadmark blog nie...keluar entry dah basi-basi...jangan jelez sangat pembaca-pembaca*...i pergi utara tanah air bumi bertuah malaysia terchenta 1 malaysia kata pak lah...dekat 4 hari jugak la menempekkan diri kat sana gara-gara sepupu nak jumpa kekasih hati di UUM...ow...kekasih hati dia adalah seminar bahaya dadah...tah hape je nak kena pergi seminar jauh-jauh semata-mata untuk mendengar ceramah bahaya denggi *tadi rasanye cakap bahaya dadah...tak pa sama je*...tapi i memang suka berjalan-jalan, so i pun melibatkan diri menjadi pelakon tambahan dalam drama arahan sepupu i si zaza...abang i pun ikut jugak si jojet cikgu bio yang ada mental problem akibat terlalu ketagih bermain farmville di FB...

perjumpaan blogger ke 6...diorg nie semua blogger...sila la carik blog diorg...:)
 
tempat yang i nak cakap best pergi adalah gua kelam...:) excited i membuka gps mencari gua kelam sebab signboard menunjukkan tempat tu tersangat la best...signboard punya gambar yang tunjuk la...so dah terpengaruh...cis! dengan ke"excited"an yang ada...ktorg berempat pun pergi la gua kelam...tambahan peserta program pelancongan ke utara berlaku disebabkan kawan abang yang pensyarah dekat UUM agak hencem tu pun nak ikut...so...berempat la pergi...sesat-sesat la jugak sebab yang membaca gps adalah i di mana memang KONFEM akan salah dan tak payah nak berlagak akan betul la...2 jam perjalanan la jugak nak sampai sana...tapi bila dah sampai....CIS! CIS! CIS! ini yang jadi -------->

tak ada elektrik kot...:( tak boleh masuk dalam gua...CIS BEDEBAH! *sila perhatikan ejaan elektrik*
model gua kelam yang cun macam hanis zalikha tapi nama i zulaikha k...:)
zaza yang ada hati nak angkat i padahal i GEMOK kemain...heh...dia nie la pengarah program berjalan ke kedah...
nie la kawan abang tu...pensyarah tuuuu...:O jadi student die leh? ;P

budak budjet paling comel...:P

sooo...pergi berambu-ramba dekat luar-luar kawasan je la...nak masuk "letrik" tak ada...ejaan elekrik pun jadi "letrik" je...memang orang utara mementingkan bahasa ibunda mereka...=.=" kagum seketika...waaa~

princess said : ingatkan time cuti mid sem hari tu nak aktif berblogger tapi nenek sakit teruk pulak n abang kahwin...tak sempat nak membloggerkan diri...nanti ada masa rapunzel drop by kat korg punya blog k...:) sorry sangat tak berblogwalking balik...mish u'olss~ -salam sayang- ^__^  (btw...sila doakan nenek rapunzel cepat sembuh...) :(

Thursday, October 27, 2011

buih mandian 100 plus

hyep...nama saya ika danish...bukan nora danish...itu kakak angkat saya *tipu je*...saya bagi nama blog saya rapunzel bukan sebab saya suka sangat nak berangan jadi rapunzel sambil pintal-pintal rambut depan cermin...bukan-bukan! saya bagi nama rapunzel-life sebab my life like rapunzel life...^.^ been love by my family too much until i have a lil space for myself...but i don't care and i don't mind because i know why they act like that...just only one reason why they protect me so much, BECAUSE THEY CARE ABOUT ME AND LOVE ME till the end of my life...:) 

eheemmm...ehemmm...itu adalah perenggan introduction untuk mereka yang sudah terlupa kewujudan perempuan tercute di dunia ini selepas nora danish...sila ketuk-ketuk kepala anda ke dinding kalau terlupa tentang kewujudan i ok...tau la dah lama meninggalkan arena blogger nie...memang i akan melupakan niat mengalahkan hanis zalikha sebab update blog pun sebulan sekali...heh...niat suci terpaksa dilupakan begitu saja...busy sangat melayan kerenah peminat yang mengila *padahal line tenet macam duduk kat somalia*...

entry nie nak cerita pasal kerja volunteer yang i buat last week...sangat seronok la kerja jadi volunteer nie...dekat putrajaya hari tu ada night marathon...so that, i dengan kawan-kawan involve la dengan benda tu...ingatkan saja-saja nak dapat duit poket lebih je...tapi sebenarnye sangat seronok kot...SANGAT!! :) dapat jumpa ramai orang yang membuatkan diri ini tersenyum sipu beribu kali...haha...:D *++ktorg dapat RM50 kottttt~*

posing-posing sebelum marathon setat...~.~

ini bukan gadis litar...:P
kerja ktorg just isi air untuk peserta marathon je...i dengan inchik rahmad  si ketua kami yang kacak bergaya hencem kemain muka mature n  kak ana my lovely rumate tu isi air 100 plus untuk diorg...yang tiqah si perfectionist, wira si tajima n syasya si scha al-ahmad tu jaga air mineral...masa mula-mula tu ktorg boleh relax-relax jaga sambil memerhatikan ke"sasa"an pelari-pelari...but then start je sejam kemudian, bila pelari dah ramai giler-giler...usahkan nak memerhatikan ke"sasa"an manusia-manusia tersebut...nak kelip bijik mata pun dah tak sempat...memang kelam sangat sebab pelari dah macam orang kat bosnia herzegovina...berebut mintak air dengan ktorg...nak bernafas pun tak sempat...=.= 


dengan ketua ktorg yang baik giler...:)
susun-susun cawan sambil senyum-senyum comel...:D *abg tu pun nak inteprem tau!*

kelam kabut punya pasal...ktorg punya baju dah basah dengan tumpahan-tumpahan air 100 plus n mineral dah...dah tak kisah dah basah lenjun...nak nak ktorg yang menjaga 100 plus nie...berapa kali air tu meletup seperti wiski...busshhhhh ke muka n baju...so redha je la...tak sempat dah nak cover cun ke...cover comel ke...cantek ke...plish la...semua tak sempat...yang penting mereka itu dapat minum...~.~ buih mandian 100 plus tu memang sangat best time melekat kat badan...esok tu, terasa kulit makin lembut dan licin...so...korg yang baca boleh la try pakai buih mandian 100 plus k...:D tak tipu!

sampah-sampahan yang menjelmakan diri selepas semua berakhir...==" ktorg kena kutip kotttttttt~ :O

Saturday, October 8, 2011

nama dia madi, yana & sya...

finally my wish untuk jumpa VVIP list nie tercapai jugak...lepas spm...ada certain-certain name yang i really-really want to meet la...yang time MRSM dulu same-same mengila, gelak ketawa, menangis, mencomelkan diri dan merepek meraban...dalam seminggu tu i jumpa semua diorang nie...tanpa plan pape sebab dah give up nak plan...plan dah dekat sejuta kali...tapi satu pun tak sangkut untuk jumpa...last-lastnye yang betul-betul jumpa macam perjumpaan tergempar-tergempar tanpa dirancang baru menjadi...:)

1st sekali...madihah ialah kawan kelas dari F4 dan F5...waaa...giles skema ayat i...madi ada masalah mental jugak...so sangat seswai kawan dengan i...mula-mula kenal dia glers mencik *ayat gedik* kat i...katanya dia jelez dengan ke"KIUT"an i yang sangat menyerlah ketika itu...i redha je...then bila dia dah kenal i...dia menyedari kesengetan i dalam kehidupan harian so ktorg jadi kawan...madi giler terrer add math kot~ i plak terrer fizik *ini adalah penipuan*...so ktorg akan buat halaqah dalam kelas untuk membincangkan 2 subjek kritikal tersebut selama 5 minit dan selepas 5 minit ktorg akan terus ke topik perbincangan seperti "ehhh...dak tu asal gedix sangat?" dan "awat la cikgu tu yang mai ajaq kita? gila bosan kott~" so...objektif perbincangan akan selalu mencapai kegagalan melampau...=.="

berkarok-karok sambil membuat muka kiut malahan muka sebijik nora danish dan fasha sandha...

peace yooo...:) 
2nd plak...liyana plak kawan kelas jugak...yana nie memang genius...dia sekarang ada kat Dublin sambung belajar medic kat sana...nanti balik sinie boleh la jadi bidan i time i sakit-sakit...so yana sila belajar rajin-rajin dengan harapan boleh bagi i free tiap kali lepas rawatan...senang kawan dengan doktor nie...tak payah pening-pening bayar bil...yana kuat study...disebabkan i jenis "lalalalala~" so dalam kelas tak boleh dekat dengan yana...nanti i jadi "seteressss~" kalau nak lepak dengan dia kena keluar dari kelas dulu...yana baik...kalau mintak dia xplain menda-menda yang tak faham...dia akan gigih menerang dengan penuh kusyuk walaupun i tetap dengan peragai "lalalalaa~"...mesti dia tensen dengan peragai i...tapi dia selalu cakap i kiut *ehh...macam tipu sangat je nie...rasanya tak pernah dia cakap* ~.~

:) sehari sebelum yana balik dublin...sempat la sembang sepam dua...

sama je muka si yana dari dulu...yana plak cakap kat i "sama je badan ika dari dulu sampai sekarang"...*cis
3rd plak...syafiqah pulak kawan bilik time F5...sya pun boleh tahan merepeknye...kalau ktorg gelak...boleh menyebabkan blok lelaki yang agak jauh dengar suara gelakkan yang mengalahkan suara ning baizura time nyanyi lagu awan yang terpilu...sya dengan i kuat bergosip...tapi gosip benda yang agak ilmiah seperti "ehhh...asal haaa dia tu budjet cam cute?"..."ehhh...kenapa diorang dah clash haa?"..."hishhh...engat bagus la dia buat macam tu?"...haaa...ilmiah SANGAT kan? sya life dengan i punya life tak banyak beza...so dat sampai sekarang ktorg keep in touch...dulu sya selalu sakit...iye...hobi di waktu lapang dia adalah sakit...kesian pun ada...tapi dia cakap kalau dia pandang muka i sakit dia semua hilang....haaa...magik kan? kan? nampak sangat muka i muka penawar penyakit....:P

kitorg sempat pergi oversea lagi tuk tgkap gambar...hehe...cun kan tempat nie? :)

ini la sya yang suka buat kiut jugak akibat pengaruh rakan sebaya iaitu i...

princess said : sayang korang...:) selalu ada time ika jatuh tergolek-golek...korang la salah satu sebab ika terus gigih bangun bertabah...^.^