Saturday, February 26, 2011

warkah terakhir buat sang mantan

Seperti mimpi segala yang diimpi pergi begitu sahaja, telah ku cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan semuanya. Apakan daya, usaha ku ternyata disia siakan begitu sahaja. Tergapai aku mencari jawapan di mana silapnya sehingga dihukum sebegini rupanya. Dua minggu lamanya aku jatuh tersungkur, dunia yang berwarna warni satu ketika dahulu betukar gelap  secara tiba tiba. Tegarnya dia pegi begitu sahaja. Benar kata orang, tahap kesabaran seseorang itu ada batasnya. Jika sebelum ini aku sungguh sungguh mempertahankannya, akhirnya aku nekad untuk melepaskannya pergi. Terkilan tidak terhingga, tapi kini aku mampu tersenyum. Mungkin benar kat pepatah, pengakhiran yang sedih mungkin permulaan sesuatu yang baik. Welcome back Zulaikha. =))


Buat anda yang mungkin membaca, saya dah maafkan segalanya. Saya juga dah halalkan segalanya. Saya juga dah merelakan segalanya. Moga apa yang anda cari selama ini membahagiakan anda. Terima kasih untuk segalanya juga yang telah anda berikan. Jauh di sudut hati tak dinafikan saya terkilan dengan apa yang terjadi. Banyak yang telah saya korbankan demi membahagiakan anda, saya utamakan anda lebih dari keluarga, saya ketepikan dunia saya semata mata ingin hidup di dalam dunia yang hanya wujud kita berdua. Saya korbankan segalanya demi awak. Saya penuhi setiap permintaan awak. Tapi kini? tidak lagi. Hati saya sudah tawar. Mungkin kerana impak yang awak bagi terlalu kuat hingga saya kehilangan hati dan kata2. 

Dua tahun. Bagi saya itu bukan satu tempoh yang singkat. Susah senang kita bersama. Suka duka kita sama sama. Mudahnya awak menggantikan segalanya dalam masa dua minggu.  Sekelip mata awak berubah. Awak tinggalkan saya tergapai2 mencari jawapan. Akhirnya saya temui segala jawapan di atas segala persoalan yang awak timbulkan. Bukan niat saya nak mengaibkan awak di sini. Tujuan saya buat entry ini juga bukan untuk minta simpati sesiapa. Ikhlas saya tulis entry ini untuk awak baca kerana saya dah tiada kekuatan untuk bercakap dengan awak. Bagi saya segalanya antara kita telah berakhir. Dan kali ini sungguh sungguh saya maksudkannya. Doa saya moga awak bahagia dengan pilihan dan keputusan awak. Jangan pernah sesalinya. Apa yang dah terjadi saya redha. Saya maafkan awak dan saya juga harap awak maafkan saya.

Setelah apa yang terjadi, kini saya telah benar benar bangkit. Saya nak mulakan hidup baru. Saya nak lupakan awak. Benar kata orang kalau kita sayangkan sesuatu, jangan terlalu sayang kerana ia boleh berubah menjadi benci. Cukuplah saya mengingati kenangan indah yang jadi antara kita bermula dari dua minggu sebelum ini. Apa yang jadi dua minggu ini saya anggap tidak pernah berlaku. Awak dah mati dua minggu lalu. Awak mati dengan meninggalkan kenangan indah kepada saya. Terima kasih. =) 

Andai kata suatu hari nanti awak mengingati saya apabila terbangun dari tidur. Maaf. Ketika itu saya sudah jauh. Tidak akan berpaling lagi mengerjar kenangan kita dan cinta yang pernah kita bina. Janji yang awak taburkan saya telah lupakan. Lupa selamanya. Terima sakit untuk segala kesakitan yang telah awak beri. Awak yang memberi saya noktah. Dan kali ini saya tak mahu berpatah balik.

" Tugas kita bukan melihat apa yang jauh di hadapan
tapi melakukan yang terbaik 
dengan apa yang berada di dalam tangan sekarang ini"

Awak pernah kata awak timggalkan saya kerna ingin mencari kejayaan terlebih dahulu dan akan kembali pada saya suatu masa nanti apabila sudah berjaya. Tapi bagi saya pula tak perlu kita lepaskan sesuatu yang telah kita ada skrg ini kerana belum tentu sesuatu yang awak tinggalkan itu akan tetap ada lagi pada masa akan datang. Siapa awak nak buat saya menunggu awak di sini sedangkan awak di sana bersama dengan teman baru? Selamat tinggal dan selamat berbahagia. 


Sunday, February 13, 2011

guys be alert!!


(^^,)
Hurmmm…entry yang bakal i bahaskan tuk this time adalah about guys a.k.a mamat hati batu…mamat hati batu nie memang sukar difahami…dimegerti…diambil peduli…entry nie bukan untuk kaki busuk seorang je tau…encik kaki busuk i tu baik orangnye dan alim lagi tau, walaupun kadang-kadang die gak boleh menyebabkan i sasau meracau dan dapat mengumpul air mata sebanyak 7 gelen baldi…tapi i xkesah semua tu coz i tetap bahagia dengan die…tetap tersenyum sampai tak nampak mata kalau dia ada di sisi i…die je sebenarnye yang boleh layan kerenah “princess” i nie…so that’s why la i akan stay dengan die…

Okeep stop bout that…macam dah lari tajuk sket…akceli I nak cakap bout mamat-mamat yang tak boleh memahami minah-minah, awek-awek, cikaro-cikaro, buah hati, pengarang jantung dan mata air diorang nie…mamat-mamat nie selalu wat “dek” je dengan perasaan minah-minah diorang…name pun minah (merujuk kepada semua perempuan bukannye seorang perempuan bernama Aminah…harap maklum)…ktorang nie nak disayangi, dimanjai, dibelai, dilayani, ditimang dan macam-macam lagi la…memang la pada korang macam mengada je semua permintaan tersebut…tapi itu adalah FAKTA ye…memang minah dilahirkan untuk diberi layanan macam tu…korang tak boleh la menafikan benda-benda tersebut… 

Korang sila alert ye dengan suara hati minah yang hatinye senipis kulit bawang nie…sekali terhiris dah banjir satu kl dengan air mata yang boleh mengalir macam air pili bomba tu…
  • Ktorang tak mintak masa korang 24 jam n 7 hari seminggu tuk fikir pasal ktorang…ktorang nak korang tahu je kewujudan ktorang dalam hidup korang dalam sehari tu…
  •  Ktorang tak mintak korang bawak ktorang date tiap hari…cukuplah sebulan sekali asalkan ada jumpa dan makan sama-sama sebulan tu…
  • Ktorang tak mintak korang call sampai habis topup setiap hari…cukuplah sekadar wish “gud nite sayang” selama 5 minit…
  • Ktorang tak mintak korang hentikan aktiviti riadah korang dengan kekawan korang tu tapi ktorang mintak korang bagitau ktorang yang korang nak keluar dengan kekawan tu…tak la ktorang ternanti-nanti msg or call dari korang…
  •  Ktorang tak mintak korang belikan hadiah tuk ktorang selalu cukuplah sekadar sekali setahun masa annivessary or birthday…
  •   Ktorang tak mintak duit korang habis tuk belanja ktorang sampai korang pun kopak…cukuplah korang belanja makan kadang-kadang…
  •  Ktorang tak mintak korang manjakan ktorang dengan beli macam-macam hadiah dan berabih duit untuk ktorang beribu-ribu…cukuplah korang sentiasa ada untuk ktorang time ktorang perlukan korang…
  •  Ktorang tak mintak korang hafal tiap benda kesukaan ktorang cukuplah korang bagi perhatian masa ktorang cakap dengan korang…
  •  Ktorang tak mintak korang berhenti main game, futsal dan snooker atau ape-ape yang korang suka la…tapi tolonglah jangan terlalu leka sampai msg n call ktorang pun korang wat tak tahu…
  • Ktorang tak mintak korang berubah jadi orang lain untuk bahagiakan ktorang…cukup sekadar korang dapat bahagiakan ktorang dengan diri korang sendiri...  
  • Ktorang tak mintak korang buat lawak untuk senyumkan ktorang...cukup sekadar korang ada di sisi ktorang dan temani hidup ktorang... 
  • Ktorang takkan mintak korang bagi ktorang space dan masa sebab korang adalah orang yang memenuhi setiap space hati dan masa ktorang...^^,

Huh~ banyak dah ada dalam senarai nie...tapi akceli banyak lagi la...tak larat nak menaip dah...korang renung-renungkan dan selamat beramal dengan menyelami hati awek korang...awek korang xmintak banyak...cukuplah dapat memahami diorang seadanya dan bahagiakan diorang selamanya~ =)

we want ur attention...*.*

p/s : i fulfill ur request by giving u a space that u needed...i hope u gonna be happy even-though in here my life is empty...=)  

Monday, February 7, 2011

SCARY~

dua hari lepas i tido kat kampung i...then i mengalami pengalaman yang sangat menakutkan...SANGAT...SANGAT!!!! tapi nak pesan awal-awal...entry nie tak tiada kena mengena dengan mende halus atau cik yan-yan atau sebagai nye ye...entry nie di tuju khas untuk kucing-kucing yang telah berjaya membuatkan i histeria dan menjerit sambil mengeluarkan suara NING BAIZURA yang menyanyikan lagu awan yang terpilu...teringat plak arwah din beramboi yang ada dalam video klip tu...hurmmmm~ ='( sedih lak jap...

ehhhh...dah terlari tajuk...okeep...nak sambung cerita pasal ke"fobia"an i terhadap kucing...i sangat...amat...terlalu la takutkan kucing...walaupun comel, gebu, putih dan menawan kucing tersebut...i tetap xkan mendekatkan diri kepada mereka-mereka tersebut...walaupun orang len akan mengeluarkan kata-kata berunsur perli sambil memaksa diri mereka untuk senyum...i tetap x suka dan akan bertukar menjadi hulk bila kucing-kucing tersebut lalu di sebelah i....

kat kampung i diorang ada bela 4 ekor kucing...=.=" EMPAT okee?? bila time makan i menjerit-jerit sambil melompat-lompat (sangat buruk perangai...=.=") sebab kucing tu suka sangat nak menyempit kat makanan i...time tido pulak....cousin-cousin i suka sangat bawak g atas tilam n tido bersama-sama sambil tepuk-tepuk dan dodoi-dodoi kucing-kucing tersebut....cousin-cousin i langsung x pedulikan perasaan i yang terancam, terketar-ketar dan tergugat dengan kucing-kucing tersebut...sumpah leh naik gler selama dua hari time tido rumah diorang...="(

ini adalah kecik namenye ye...i sempat berkenalan...^.^"

ini adalah setem...ye rasenye name die setem...=.=" comey gak yang nie...tp takut tetap takut! =O

ini kebanggaan cousin i...name die cepet...die pernah hilang dan cousin i nangis macam orang meroyan...=.="

nie la kucing yang mengancam nyawa i kerana die suka bergolek-golek disebelah semasa i tido...='(

nie overview kesemua kucing-kucing yang ada kat kampung i...diorang nie manja sebenarnye tapi i tetap menjauhkan diri dari diorg~ hukhuk~
huh~ yang paling xley blah la kan...my future husband yang tough tu....sangat amat la suka kan kucing...dia memang suka tahap dewa la...kalau ada kucing tepi-tepi jalan pun dia sanggup nak bawak balik...padahal i nie kena ekor kucing pun dah melompat tembus syiling...so....."how come mehhh?" =?

p/s : i akan bela kucing gak one day coz kaki busuk dah cakap awal-awal yang dia nak bela sekor~ so i akan menari tarian kuda kepang tiap hari kat umah sebab mengalami fobia tahap melampau dengan kucing tersebut...=.="