Thursday, April 28, 2011

saat-saat "genting"

ini adalah entry yang di taip saat-saat genting budak-budak UPM tengah jawab exam...time orang lain kalut berulit mayang dengan buku baka i pulak tanpa perasaan takut dan bersalah walaupun ada lagi 3 exam yang sedang menunggu sempat lagi menaip dan mengedit-edit gambar untuk entry terbaru...sangat rindu nak taip-taip...idea dah banyak...tapi asyik terbantut...i memang suka taip-taip dan pikir-pikir idea merepek untuk di update sampai kadang-kadang buku depan mata pun mengelamun pasal blog...memang jiwa blogger makin kental la...kadang-kadang tu rasa marah dan geram memikirkan kenapa la soalan exam tak tanya pasal "apakah tajuk entry terbaru anda?"..."pada bulan lepas berapa kalikah anda mengupdate entry anda?"..."siapakah rakan blogger yang paling anda suka rodek-rodek dia punya blog?"...memang sangat tak puas hati la mengenangkan soalan-soalan di atas tak pernah pulak lecturer tanya...i sampai give up bila tengok je kertas soalan mesti semua soalan yang lecturer tanya sangat skema menanya tentang slide-slide dan buku teks...apakah? haishhh~ 

bila penat memikirkan soalan di atas tak pernah keluar...i pun amik inisiatif untuk menceritakan pasal saat-saat genting i pergi genting hari tu (tiada perkaitan langsung dua perkara di atas...harap maklum)...i pergi genting last 2 week...memang dah basi untuk share dengan semua orang...tapi lantak la...i nak share jugak...dah lama tak pergi genting dengan family n tido dekat sana...so i excited sangat! akceli...nothing new la about genting...still macam last year i pergi...mainan yang sama...tempat yang sama...jeritan yang sama...sejuk yang sama...tapi untuk snow house lain sikit sebab ada snow turun dari langit which means dari ceiling la...diorang buat ala-ala korea tau u'olls...i dengan family sangat la seronok duduk bawah "salji" tersebut...but then all of us realize one thing..."salji" tersebut adalahhhhhhh "buih" sahaja...kami pun sedar diri kembali yang kami sebenarnya berada di MALAYSIA tanah tumpah darahKU...bukan KOREA tanah tumpah RAIN...okee fine! =.="

three musketeers...

my big family! sarang-ngee~ <3

jangan tanya kenapa i paling cute okeep...=P

kazens and sibling~
p/s : entry ringkas lagi sebab nak tengok cerita korea...huhu~ malas dah study...bye!

Friday, April 22, 2011

kembali ke dunia nyata

entry ringkas je yang i nak update...tak la nampak bersarang labi-labi (lebih dikenali sebagai "berjuku" dalam bahasa perak) sangat blog kesayangan i nie...i busy sangat sekarang...minggu exam tau...i kena study...makan...study...tido...study...mandi...study...berus gigi... study...termenung...study lagi...
haaa...nampak berapa banyak "study" yang i tekan kan di situ? i memang sangat struggle sekarang nie...sampai tak de masa nak pergi bukak facebook dan blog...tapi di sebabkan jiwa blogger dah lahir dalam diri i nie...i tabahkan hati menaip entry terbaru nie...i memang blogger tegar sekarang walaupun tidak berjaya mengalahkan Hanis Zalikha lagi...=.=" ada banyak benda baru nak cerita sebenarnya...tapi di sebabkan encik masa ada unsur-unsur cemburu terlebih dengan diri i...i tak sempat nak update...i kena bersabar dan update after i exam...walaupun cerita tu akan jadi basi dan masam at that time...i nak cerita jugak...do i care? huhu...

btw i tak berapa sehat dua tiga hari nie...disebabkan enjoy terlebih masa pergi PD n genting...i got fever...not bieber fever...tapi fever betul-betul...~.~ dah la banyak benda tak study lagi...tiba-tiba demam pulak...memang sangat nebes la takut tak sempat nak study...huh~ i hope sempat la...paling i tak suka bila demam ialah i kena makan ubat...dalam hidup i nie, i sangat-sangat takut ubat...i asyik terbayang bila i makan ubat, ubat tersebut akan tersekat kat kerongkong i...i tak nak mati sebab tak dapat telan ubat....huaaaaaaaaa~ T.T tapi kan...i rasa dalam dunia nie, tak pernah lagi i terbaca ada orang mati sebab ubat tersangkut dekat kerongkong...orang mati terlebih makan ubat adalah...tapi i tetap dengan PENDIRIAN i yang i BENCI dan TAKUT ubat!!! syuhhh...syuhhh kat semua ubat di dunia! =O

p/s : memerlukan masa sebanyak 30 minit dan air sebanyak sebotol untuk makan ubat...sekian terima kasih...-___-

ini gambar hiasan...tiada kena mengena dengan entry di atas...

Tuesday, April 19, 2011

banana boat lagi best dari banana ice cream!

dekat PD hari tu, i try naik banana boat tau...kalau la parents i tau...mau sakit jantung my dad tu...=.=" i kan princess diorg...mana boleh pergi buat benda-benda lasak nie...mau kena pelangkung kalau diorg tahu...so semua yang baca entry nie diam-diam je tau...sembunyikan benda nie dari my parents terchenta! syuuuhhhhh~ (silent mode)

okee...fokus pada banana boat yang sangat seronok tu...banana boat sangat enjoy okee?? i sebenarnya cuak nak naik...my dad dah pesan "jgn mandi tengah laut...jgn pergi tgh laut"...dia pesan dekat sepoloh kali jugak...sebagai anak yang agak degil tetapi sedikit durhaka...i pun dengan tanpa rasa bersalah dan tidak sedar diri pergi la naik banana boat yang dah sure-sure la akan dibaling di tengah lautan bergelora...=.=" ishhh2...adik-adik yang baca entry nie sila jangan tiru peragai tak senonoh akak nie...akak nie tiada kesedaran sivik akhir-akhir nie...tapi balik je rumah i call my parents tau untuk mengaku semua perkara yang i buat....nampak tak peranan anak solehah masih terserlah di situ? nampak?

manusia-manusia comel yang naik banana boat hari tu ialah ika danish, siti nur citot, lina  rosalinda, isma daniel, wira shomel, marini save dan sharifah aini...ini senarai-senarai nama gurl yang jiwa kental nie...ktorg punya prinsip "kalau tak cuba...mana tahu"...pinjam tagline yuna time iklan libresse...yang naik boat pulak tiqah awan dania, aina chips more dan anis  korea...senarai yang nie pulak jenis berani separuh la...still pergi tengah laut tapi naik boat la...diorg la kepala menghasut abang yang bawak boat jatuhkan ktorg sebanyak lima kali...di ulang...LIMA KALI! badan dah melayang macam kapas dah...senarai nama ibu mengandung pulak ialah kak ana izni, qilah jeli, sya al-ahmad dan tikah mede...mereka hanya menjadi pemerhati di tepi pantai kerana perlu menjaga kandungan masing-masing (ini ialah tipu)...

kali pertama jatuh i memang dah terkejut badak dah...i telan sebanyak 1 little air laut..."pluuuppp!" bunyi i dengan kawan-kawan i jatuh...nebes gila dh time tu...sebagai seorang yang tiada berenang education...i pun cuak la kan...tak pasal lemas pulak...tapi bila tengok kawan-kawan i yang lagi cuak...i terpaksa la belagak macho dengan menenangkan diorg...terutam rumate kesayangan i yang sorang tu...i try la nak tenangkan dia...dia pulak risau telinga masuk air...padahal dah sah-sah la telinga akan dimasuki air kalau tercampak dilautan gelora...=.=" 

kali kedua kena campak lagi la kelakar kan...one of our friends tu boleh pulak steady tak menunjukkan tanda-tanda akan jatuh...time i tengah terkapai-kapai tu i dengan kawan-kawan boleh gelak sampai terguling-guling (macam mana nak gelak guling-guling dalam air? hurmmm...) bila tengok dia dengan muka cuak terkejut yang dia tak jatuh...syabas merebete sharifah aini! kamu memang hebat sebab tak jatuh...=D 

paling i takut dan nebes gila adalah last yang i jatuh...i tercampak pergi dekat boat...disebabkan tiada skill berenang kelihatan di badan sendiri...i pun makin lama makin dekat dengan enjin boat...gila cuak la...mula la terbayang cerita piranha...korang tengok tak cerita piranha ada satu part tu rambut perempuan sorang tu masuk dalam enjin lepas tu tercabut kepala...i memang dah nebes gila la...terbayang enjin tu makan kepala i...huaaaaa...T.T mula la terbayang yang i nie dah la tak de boyfriend lagi...mana boleh kepala kena makan dengan enjin sebelum cari balak! tak nak...tak nak! i kena carik boyfriend sorang dulu~ (ika sangat gatal) then mujur la ada superman selamatkan i lepas tu...superman pencen...=.=" terima kasih inchik superman pencen

muka budjet berani semua orang...=D

dekat tengah laut...i siap posing-posing lagi...=.=
laju sangat dia "drive"...boleh tertinggal nyawa tau u'olls~

sesi campak mencampak di tengah lautan gelora segelora hatiku ini...lemas sebenarnya tapi maintain posing jugak!
ending~ dah sampai daratan balik selepas lupa daratan utk berapa ketika...o.o
p/s : ada sapa-sapa nak belanja banana ice cream pulak?

Monday, April 18, 2011

gurls only...boys not allowed!

tajuk tak boleh blahkan?? hehehe~ =P saja je pun...tapi itu memang konsep sebenar percutian i kali nie...ini first time i pergi bercuti dengan kawan-kawan tau...i nie kan "princess rapunzel"...mana leh keluar-keluar sesuka hati sesedap rasa nie...kali nie nak pergi tu pun i call my parents bila dah naik kereta n nak bergerak...=.=" nampak macam anak durhaka...tapi itu je jalannya untuk i pergi meronjang dengan kawan-kawan i...=D

i dah plan benda nie lama gila...dah dekat sebulan...i la "pengarah program meronjang tak ingat dunia" kali nie...i plan kecil-kecilan je...pastu banyak yang nak ikut so semua jumlah ada 14 orang gugurl...ktorg memang nak gugurl je yang ikut...senang nak merapu kalau gugurl je...^__^ 2 kereta yang pergi...memang happening la...dari awal bertolak sampai ending sangat gumbira...gelak-gelak gemok je sepanjang hari...

even hari khamis tapi tepi pantai ramai giler la kan manusia-manusia...ktorg decided pakai baju merah-merah...makin terserlahlah gaya mutu keunggulan kekacakkan ktorg kat tepi pantai tu...ktorg buat bbq kat tepi pantai tu...paling besh snap-snap gambar la kan...kemain tau ktorg snap-snap gambar sampai seribu lebey keping...boleh buat kesimpulan kecil kat sini yang gugurl kalau dah jumpa camera memang sakit sawan camera akan datang jugak...semua nak posing! tak seswai tau! =O i nie je pemalu...ade la dekat 3 ratus keping je gambar...=P sebagai seorang yang pemalu ala-ala princess rapunzel...i tak nak la upload banyak-banyak...tengok sikit je k? o.0

kami-kami yang kacak luar kacak dalam...=D
yeahhhhh~ saya anak merdeka! (apa kaitan?)

kekawan yang semuanya senget! ^__^

citot si befday gurl...
muka harus serius utk memasak! =O

nampak tu skill princess ika yang hebat tu?? nmpak??
meronjang di tepi pantai yang indah...

dah habis dah...siap-siap utk balik...=)

p/s : kekawan...lepas nie genting highland! siap-siap duit okeep? ^.^

Tuesday, April 12, 2011

sila bezakan PICC dan PWTC

my xtvty last weekend yang i dah plan with my bro and his gf ialah tengok pameran kasut...korang tau tak ada pameran kasut dekat KL nie? ish...ish...mesti tak tau kan?? orang baca surat khabar macam i je yang tau ada pameran tu...pameran tu Dato' Dr Jimmy Choo yang anjurkan...i kemain excited lagi tau nak pergi beli kasut Jimmy Choo tu...ada hati tau u'olls padahal dah sah-sah la harga paling murah RM 2000 "je"...tunggu la i kahwin nanti...i mintak hantaran kasut Jimmy Choo "je" dekat my husband...mesti lepas nikah ktorg makan pasir selama seminggu...KONFEM! =.="

sebagai seorang yang alert macam i nie yang tahu tentang pameran tu...i pun dengan yakin bagitau my bro yang pameran tu dekat PICC, putrajaya...i memang suka buat muka yakin bila bercakap...so my bro pun 100% la yakin dengan muka yakin i tu kan? =P so...ktorg pun pergi la PICC "terchenta" tu...setibanya kami di sana...kami berasa sungguh pelik malahan hairan kerana kawasan tersebut sangatlah sunyinya...arakian kami meneruskan juga perjalanan kami dan masuk ke tempat parking kereta...maka sungguh berdukacitalah hati ini kerana hanya ada 5 bijik kereta di tempat parking (dah macam syair lama-lama dah bercerita)...dalam hati mula la tertanya-tanya "haiikkk...takkan la pameran kasut Jimmy Choo ada 5 bijik kereta je parking? apakah yang berlaku? Jimmy Choo dah mogok balik US ke?"...i dah panik dah tau time tu...tapi gagah la pergi cari hall tempat berlangsung "pameran" tu kan? =__= jenuh la pusing-pusing kat dalam PICC tu...memang SAH...KONFEM...YAKIN...HALAL(xde kaitan)...tak de apa-apa pameran...

i pun call la my kazen zaza gendut yang dah lama tak update blog tu kan...maklum la sejak jadi ibu tunggal dunia blooger terus lupa tau! i pun tanya la dia pameran tu sebenarnya kat manakan...nie cam pelik sangat tak de apa-apa pun dekat PICC nie...my kazen cakap "PWTC"...i pun terus berpeluh-peluh dan rasa cam darah naik kat kepala...=.=" malu sangat nak cakap kat my bro...kan salah tempat dah nie...putrajaya dengan pusat bandar raya ingat dekat ke nak patah balik?? perjalan 40 minit jugak la nak patah balik pergi KL...tapi disebabkan sifat tegar tu masih wujud dalam diri...i dengan kak ami (my bro GF) paksa jugak dia drive pergi PWTC...nak jugak tengok kasut "bakal" hantaran i nanti...nak jugak!

oleh kerana sifat tegar kemain ada dalam diri...maka dapat la sampai PWTC dan tengok pameran tu...banyak sangat kasut! memang datang sawan jugak la tengok kasut-kasut tersebut...berbekalkan duit yang ayah bagi untuk makan seminggu akan datang nie...i pun TERbeli la sebijik kasut...so duit makan minggu nie dah habis atas kecuaian mengawal nafsu bershopping...maka makan pasir je la minggu nie...tak pun nak jerit kuat-kuat kat sini nak tanya kat semua orang "ADA SAPA-SAPA NAK BELANJA I TAK MINGGU NIE?????" =.=" (dalam nada insaf sebab duit dah habis)

sesat-sesat pergi PICC pun sempat snap2 gambar tau!

tengok view Putrajaya dari PICC...sangat menarikkan? sangat menenangkan...lpas nie kalau nak ketengan pergi PICC la...=)
pemeran kasut PWTC...sila jangan silap lagi! >.<
taaadaaaaa~ this is my new shoes....cantikkan? kan? kan? =P -harga pun cantik-
p/s : lepas nie sila jangan beryakin sangat dengan ika kalau bab-bab bawak jalan or tunjuk arah...harap maklum~~ =.="

Friday, April 8, 2011

kaya kemudian kayap

makan-makan sambil mengemokkan badan adalah aktiviti wajib tiap kali keluar...i memang kuat giler makan sekarang nie...misi nak capai 40 kg masih dalam ingatan menyebabkan i akan telan je semua benda depan mata...tapi tidak termasuk benda yang merapu la kan...tapi yang i paling geram sangat bila i makan...pipi i akan jadi tembam...i tak faham la apa konsepnye badan i nie...bila makan...pipi yang akan tembam...part lain tak nak la pulak mengembangkan...apakah?? =.="

okee dah lari tajuk...memang pipi tembam tak da kaitan dengan tajuk entry...sory dah termerapu ke bidang yang lain...ika sila fokus apabila menulis! hari tu i pergi makan-makan gelak ketawa dekat satu cafe nie nama chocolate...chocolate adalah adik-beradik starbucks tapi macam adik-beradik tiri je la sebab chocolate lagi mahal...chocolate tak nak mengalah dengan starbucks so harga dia memang sangat mahal...=___=

i dengan my bro n my sis n my sis punya geng saja try makan kat sana...kemain lagi ktorg nak berlakon jadi orang kaya time tu...masuk cafe tu pun dah buat style angkuh ala-ala fasha sandha menang award ABP-BH...tapi tu diorg la...i tetap muka nora danish...bersopan gaya mutu keunggulan...>.< ktorg pergi cafe tu jugak sebab ada my kazen kerja kat situ...saja kacau dia time dia kerja...ktorg paksa dia yang layan ktorg...tapi malangnya beliau terlalu busy...so just tengok dia dari jauh je...

ini la trademark kedai tu...^_^
jangan tanya kenapa i saja yang putih...i sendiri kurang kefahaman sampai sekarang...=P
sangat sedap air kat cafe tu...sumpah sedap! i suka sangat2...=)

muka WAJIB buat macam orang banyak duit giler...+_+
ktorang makan-makan...minum-minum...dannnn perkara wajib ialah snap-snap gambar...macam jakun pun ada masuk cafe mahal snap-snap gambar...tapi ada i kisah?? biarlah...asal i ada bahan nak mengarut dekat blog entry i nie...i posing-posing chomel je la...akceli tujuan utama ktorg pergi cafe tu nak pergi kacau my kazen si faridz tu kerja...saja la nak sembang-sembang dengan dia...tapi disebabkan beliau busy sangat dan sempat datang 5 minit sahaja...itu pun dia datang sambil senyum-senyum macam kerang untuk bagi bill...bill yang membuatkan semua orang terdiam kaku dan buat muka cool...semua senyum ja tengok bill yang berharga RM 106++...padahal makanan order 2 bijik...air 5 cawan...dan hasilnya ialahhhhhh....tadaaaa~ SEKIAN TERIMA KASIH~ +__+"

memang hasil terbaik untuk menghabiskan duit! =(

p/s : mujur ada duit...kalau tak basuh pinggan la dengan kazen i tu...=.="

Wednesday, April 6, 2011

rasa macam muda comey

my sis n ika danish...posing-posing...^__^
hari sabtu lepas i pergi jalan-jalan kat area damansara...i pergi the curve and one utama...kerja i sekarang kalau hujung minggu memang suka merepek-repek sambil makan kerepek...memang tak lekat kat rumah dan kolej...walaupun assingment ade lagi yang tak siap...tapi disebabkan kurang kesedaran sivik...i terus je tinggal semua assigment tersebut...=P 

i pergi dengan geng adik-adik i...diorang semua baru 14 tahun...tapi kalau u'olls tengok la kan gambar diorang dan bandingkan dengan i...tak banyak beza la...i macam lebey kurang sebaya diorang je...i kadang-kadang pelik la tengok tiada perbezaan diorang dengan i...huhuhu~ dalam erti kata yang lain...adakah i awet muda?? hooo...mungkin juga...=P ktorg pergi nak kereta abang i punya awek...ktorg dah la ada 7 orang...so jadi la sandwish dalam kereta tu...memang sangat sempit...sepatutnya i tak ikut sebab tak muat kereta tapi disebabkan ada dasar-dasar cemburu iri hati tak dapat berjalan...i tabahkan hati untuk masuk menyelit juga dengan budak-budak tu...=__=

ktorg jalan-jalan...makan-makan...tangkap-tangkap gambar...pastu terjumpa la reza muhamad kat situ...alaaa...reza yang radio era tu...pastu i masuk contest oreo dengan adik i si penguin tinggi tu...contest yang kalau posing cun leh menang 1 ribu...masalahnye i posing cam pahape-hape...so memang takkan menang...=.=" lepas jumpa reza tu team skuad era pun datang...ktorg tunggu je la sebab reza cakap banyak hadiah dapat nanti...so tunggu-tunggu dalam keadaan panas bahang mahang...dapat la i sebijik lipstik and bekas air minum...okeep la dari tak dapat apa-apa...so i rasa memang happy sangat la hari tu...=)

nie la contest tu...sila perhati betul-betul...i lagi tinggi dari adik i tau! =O

sah kan i muda macam budak-budak tu kan?? sah kan?? haaaa...=) reza pun ada gak...

i paksa budak-budak nie posing macam i...kalau tak i mogok tak nak bawak diorang jalan-jalan...=P cute meh?

my sis n her fren...adik i pun ade la mewarisi sifat-sifat gila camera macam i...i pun tak paham macam mana boleh mewarisi nie...=.="

Monday, April 4, 2011

bila masuk tv

hari jumaat lepas i telah buat something new in my life...yang i tak pernah terfikir akan dapat buat pun...gila bangga la...i masuk tv3 tau...i pergi seri pentas...walaupun jadi penonton untuk rancangan al-kuliyyah SAHAJA...tapi i memang tak terfikir pun akan tengok rakaman tv secara langsung...pergi stesen tv lagi la tak terfikir...dapat jumpa orang-orang glamor depan mata lagi la tak bley blah...so sangat la teruja amat terlalu sampai pengsan beberapa kali (okee..ini tipu!) 

i nak cerita sikit la...tak banyak pasal perjalanan i ke seri pentas yang terpacak kat bandar utama damansara tu....so plish la baca and fokus...ini bukan cerita rekaan tapi ada kena mengena dengan yang masih hidup...pelakon utama dalam cerita i nie ialah my lovely mom...dia la orang kata apa "kepala"..."mastermind"..."ketua rombongan cik kiah" lam cerita ini...mama i memang aktif wa cakap lu kat teman perumahan i dekat perak sana tu...so dia la segala sebab i terjebak sama dalam drama sebabak ini...

sebelum on the pergi seri pentas...dengan confident amat sangat tanpa secalit rasa ketakutan dan kira memang anak jantan la kata orang yang pemandu bas rombongan cik shidah (tukar kepada my mom name) tu mengaku yang dia memang sangat pandai jalan...macam orang putih kata "small the pieces" je la...so i pun buat tak tahu je la duduk seat belakang and goyang-goyang jari kaki...but then bila i pandang luar tingkap je i dah pelik bin cemas dah bila jalan dia lain macam...so i dengan gaya NORA DANISH pergi la depan tanya...dia dengan confident lagi jawab "ini betui la adik...betui! betui punya!"(pemandu adalah india)...tapi i pelik...memang dah salah...=.="

i pun call my aunty untuk tanya...SAH!! memang salah...i suruh la uncle tu pusing balik...so uncle tu pun pusing...tapi dengan muka tak puas hati la sebab i punya level confident tahap longkang je masa tu...pastu dia cakap "lu salah la adik...td punya jalan ada betui!"...i pun tambah la panik bin berpeluh-peluh takut and suruh dia pusing balik...pastu bas tu pusing lagi semula (kira dua kali pusing la)...i keluar la penyelamat dunia akhirat i iaitu GPS i...GPS i cakap salah tau...i tambah-tambah la basah ketiak time tu...memang rasa nak terkeluar dah muntah hijau oren pink dan macam-macam kaler lagi la kan sebab dah menyebabkan bas pusing dua kali...makcik- makcik dalam bas semua dah bising macam pasar lambak dah dalam bas...memang sumpah i panik gila la kan...u know wat? satu bas harap kat i sekarang nie...i dah la ada masalah bongok GPS sket...kalau baca GPS konfem melalut-lalut entah kemana-mana...so dengan tabah dan buat muka NORA DANISH versi confident i pun cakap "tak pe-tak pe...kita ada GPS...tak kan sesat la...relax ye semua orang"...padahal memang rasa nak turun bas then lari macam husin dalam hantu kak limah...

so...i pun buat muka orang pandai gila la baca GPS...siap cakap kuat-kuat bagi orang kerusi paling akhir dengar "okee uncle lepas ini uncle masuk kiri...lepas tu kanan...jangan risau...kita memang tak sesat kemana la!"...berkat KEPANDAIAN i yang dah terrer sikit baca GPS...i berjaya akhirnya...bawa rombongan cik shidah ke seri pentas utama...^.^ kira i leh berbangga la lepas ini...sapa-sapa rasa perlu tourist guard untuk i bawa jalan KL...i memang sudi la nak jadi...sejam i cas RM50 JE...so...apa-apa...bagitau i...=P

time rakaman pulak...my bro kata camera asyik fokus muka i je...so i gila control ayu macam kolej seri ayu la kan...my bro pulak kata "ajeee getik tengok muka kamu tadi!"...i pulak balas dengan muka comel "alaaa...muka IKA DANISH memang selalu masuk tv la...itu pun tak reti ke?!" 

this is the "mastermind" yang telah membuat i muntah hijau oren n pink pada hari kejadian...=.="

with my sis...both of us cute rite?? >.< (sambil buat bunyi kucing ngiuw2)

ini kami geng-geng muda yang comey2 dengan ustaz-ustaz...=)

ika dengan trademark barunya iaitu "bahagia"...sopankan i u'olls?

rombongan cik shidah...^.^ really love this makcik-makcik yang selalu puji i macam-macam...malu tau! awww~ =P
p/s : untuk sebarang tempahan tourist guard bolehlah berhubung dengan cik ika danish ye...>.<