lepas korang baca entry nie...i akan make sure korang punya tahap kecemburuan dan kedengkian pada i akan bercambah dalam diri okee?
entry nie dituju khas untuk seorang manusia yang bernama banglaboi yang gigih...beliau merupakan seorang manusia yang sangat berkeazaman tinggi malahan stalker terhebat di alaf ini...dia selalu buat i dan sepupu i zaza rasa macam diva mengalahkan adinda evans n fasha sandha yang suka meroyan dekat twitter sebab sifat beliau yang kuat stalker ktorang kaw-kaw punya...
cerita bermula disini...pada suatu hari...burung-burung pun berkicauan pada hari tu...ada yang bekerja, ada yang bergembira...banglaboi pula sedang lepak di rumah sambil goyang-goyang ibu jari kaki yang berwarna gelap...beliau sungguh merasa bohsan kerana tidak ada kerja yang harus dilakukan...beliau pun mencapai i-pad beliau lalu menghidupkan enjin search google...beliau mencari satu-persatu nama untuk mengetahui blog ika n zaza yang beliau admirer dari zaman persekolahan dulu...i pun tak paham apakah konsep yang cuba beliau lakukan sehingga sanggup mengadap pak cik google lame-lame untuk mencari blog ktorg yang sangat diadmirer oleh beliau...
tapi banglaboi yang gigih itu sungguh kental hatinya mencari blog yang bertuankan adek nora danish nie...beliau mencari hinggalah beliau terjumpa! dem~ akhirnya banglaboi dah tau tentang blog ini! stalker i yang hebat tu dah dapat jumpa blog i yang tragis ini...cis bedebah sungguh! penat i menyembunyikan blog ini sepanjang 7 bulan berblogger...pukul 4.30 pagi banglaboi text me dengan penuh yakin muka tak kacak lagi tak bergaya beliau menaip "huahuahua...mari bergelak beramai-ramai di www.rapunzel-life.blogspot.com"...ada nada bangga kedengaran di situ...
sifat tidak mahu kalah banglaboi makin terserlah dari hari ke hari...minggu lepas i perkenalkan header baru dekat blog i nie...semua orang cakap comel sangat header blog i yang zoul buat...tapi banglaboi tak mahu kalah...beliau dengan penuh tak kacak dan tak bergaya lagi sekali membuat header baru blog rapunzel dengan harapan i akan letak dekat blog ini...cuba korang tengok header yang beliau cuba ketengahkan pada i...
![]() |
cuba perhatikan header yang beliau buat untuk i...memang ada unsur-unsur sabotaj di situ... |
beliau ingat header nie comel sangat ke sampai i akan pilih untuk tempek dekat blog i?? gambar tersebut memang tak boleh blah la kan? kalau i letak konfem tak de sapa nak singgah blog i lagi lepas nie...dah la trademark i comel-comel berlaka...tapi header tersebut macam comot-comot neraka...=.="
banglaboi memang suka cari point supaya i bertinju dengan beliau...setiap kali i post apa-apa dekat FB i mesti banglaboi akan memunculkan diri untuk ajak i bertinju...ayat beliau semua power-power sampai i rasa kalau orang lain yang kena mesti akan ditimpa sakit meroyan seumur hidup...dah la...tak larat nak cakap pasal stalker terhebat masa kini i...pesanan akhir i untuk beliau ialah "lu bagitau mama pasal blog nie...wa amik i-pad lu selama-lamanya...leh men angry bird sampai juling...lu jaga sket!"
![]() |
setiap gambar i kat FB banglaboi akan melapangkan waktu untuk mendrop commnt berunsur dengki tahap dewa... |
![]() |
sila perhatikan penggunaan bahasa yang digunakan oleh banglaboi...mmg rasa nak meroyan tengok! *sigh* |
sebab utama i cakap u'olss dengki dan cemburu buta dengan i ialah i ada stalker yang giler macam banglaboi...u'olss ada?
princess said : banglaboi ialah abang sulung i yang ada sedikit masalah di mental ye! i syak masa kecik-kecik dulu dia suka tidur tak baca bismillah sebab tu dah besar jadi macam tu...hahahaha~ *nada gelak evil*
"padan muka kau banglaboi...baca entry nie smpai tersembul bijik mata!" monolog dalaman rapunzel...