Friday, July 29, 2011

kami fanatik senario

waaa...i dah lama nak update entry pasal nie...teruja memikirkan betapa fanatiknya i n kawan-kawan i pada senario...jangan la jelez sangat bila ktorg mengatakan bahawasanya anak bulan dapat dilihat pada ahad ini...okeep...itu bukan point entry nie...tu point lain...berbalik pada senario...iye ktorg memang fanatik habis la kat group nie...lawak diorg memang masyuk~ kalau tengok tak gelak memang melampau! memang sangat tidak berhati perut dan kurang pendidikan sivik kalau tak kering gusi gelak pasal senario...patut lontar masuk jel je kalau tak gelak bila tengok! =.=" 

i nak tunjuk bukti dulu yang ktorg memang fanatik senario k...tadaaaaaaaa~

pemulaan perbincangan tentang filem kegemaran ktorg...FANATIK la katakan...O.O
perbincangan makin hangat bila filem lain diketepikan semata-mata demi senario...:O
demi senario ktorg sanggup ketepikan HP7 n transformers tau...ktorg sanggup redah apa je cabaran asalkan dapat tengok...kira macam dasat punya fanatik la...pemulaaan ktorg jatuh cinta dengan senario adalah di saat raya tahun lepas yang time tu senario asam garam keluar wayang...wak lu la...time tu dah tak ada cerita lain nak tengok dah....so disebabkan hati semua dah tergedik-gedik berkeinginan tinggi untuk tengok wayang jugak...ktorg gagah kan diri tengok senario time tu...

memang sangat tragis memikirkan peristiwa hitam tersebut...wayang memang penuh la...ramai orang...ktorg pun redha je bila terjebak dalam kancah tersebut...yang paling tak boleh blah la kan...ktorg TAK GELAK langsung-langsung...orang lain tu ada jugak gelak...ada tu sampai guling-guling bawah kerusi gelak...ktorg berenam nie tak tahu la terencat ke...putus urat gelak ke...blurr ke...tapi sikit pun tak gelak...macam tengok filem hantu pulak rasa...seram je bila orang lain gelak...ktorg senyap cam kat bilik mayat..."seram nieh" bak kata ady putra dalam kl gengster...

so sampai sekarang ktorg memang tobat la bila cakap pasal cerita senario...maybe lawak diorg terlalu high standart sampai budak tadika macam ktorg nie tak boleh faham...ktorg redha je la...tapi untuk tengok lagi lepas nie...TOBAT~ bila ktorg cakap pasal senario...mula la akan merepek seperti comment di atas lepas tu gelak pecah urat perut sorang-sorang...hukhuk~

sanggup tau i dengan ecah mengagahkan diri tangkap gambar dekat poster senario nie khas untuk entry nie...=.="
princess said : ini hanyalah pendapat peribadi i dan kawan-kawan...jangan pulak nak saman i lepas nie...karang mati pulak kena saman 30ribu dengan peminat sebenar kumpulan senario sebab entry atas nie...tak sanggup mak nyahhhh~ awwwww~ (^^,)V

Wednesday, July 27, 2011

gemok = kurus

tengok tajuk je mesti korang rasa macam dah berdebar nak baca sampai habiskan? mesti korang terus bermonolog dalaman seperti "ape ke gilenye ika nie? gemok tu macam the nutty professor...kurus tu macam penagih dadah"...relax-relax, bukan itu yang nak kita ketepikan *baca : ketengahkan* hari nie...yang nak kita cakap hari nie ialah pasal kesamaan orang mengumpat atau mengata orang yang gemok dan kurus...

ayat-ayat seperti : 
  • kau nie gemok sangat la...dah macam tong drum aku tengok...
  • kau gemok sangat apa hal ek? ko makan semua benda kat dunia nie ek? 
  • ya Allah...aku tengok ko dengan peti ais besar kat dapur tu dah sama besar dah...apa ko pun main sumbat-sumbat jugak ke macam peti ais? 
  • pergi la exercises sikit...kecik kan apa yang patut di kecik kan...ini aku tengok nak bawak badan pun punya la susah...gemok kemain!
bila ayat di atas diungkapkan *kemain tau bahasa melayu gred A1 dah kuar dah* kepada orang yang berbadan besar...mesti orang badan besar akan touching lebey n bergolek-golek masuk ke bilik pastu baring sambil memandang syiling mengatakan pada diri sendrik "asal la aku gemok sangat? apa salah aku? apa dosa aku jadi gemok macam nie?" ada jugak yang tak dapat terima kenyataan n terus la makan pil kurus 100 bijik dan mati sekaligus tanpa meninggalkan kesan...=.="

cuba korang fikir pulak kalau ayat kat bawah nie dipercakapkan :
  • nie apa kurus sangat nie? dah macam penagih dadah dah aku tengok...ish2...
  • ko kurus sangat apahal hah? ko tak makan ek? mama ko tak kasi makanan ek?
  • ya Allah...aku tengok ko dengan lidi penyapu dah sama kecik dah...apa ko memang bercita-cita nak jadi lidi penyapu ke?
  • pergi la makan banyak sikit...besar kan apa yang patut dibesar kan...kurus keding kemain dah aku tengok!
bukan ke orang yang kurus jugak akan buat tindakan yang sama macam orang yang gemok tadi..orang yang kurus akan mengesot-gesot masuk ke bilik then baring atas katil jugak sambil mata redik-redik pandang syiling mengenang nasib diri seperti penagih dadah...silap-silap orang yang kurus tadi tu terus je berlari pergi jumpa doktor rozmey mintak ubat gemok...bukan ke akan menyusahkan doktor rozmey nanti? habis rambut cendawan stylo dia tu nanti...

so kesimpulan yang i nak cakap kat sini...konsep mengata orang gemok dan kurus adalah sama je...touching dia sama je...orang yang kena kata tu akan senyum je walaupun dalam hati rasa nak bagi amukan serigala...

i keluarkan entry nie suka-suka je...i tak pernah terasa pun kalau orang kata i kurus macam lidi...memang dari kecik cita-cita i nak jadi kecik n kurus macam nie...memang target i nak jadi model terkurus di dunia...yay! peace~ (^^,)

sapa paling kecik?? carik dan perhatikan~ lala~
yay! i paling tinggi n gemok! yay~ korang jangan jelez~
haaa...kan i dah cakap...dengan kwan mana-mana pun i paling tinggi n besar~ tak percaya lagi?

semua kawan i kalah dengan ketinggian ika rapunzel the cutest gurl in the world...=.="
terbuktikan ketinggian dan kebesaran i? terserlah~
i n adek i...yay! i lagi TINGGI n GEMOK! yay~ yay~
princess said : sumpah tak terasa kalau orang cakap i kurus ke hape...cool la...yang penting i comel cam nora danish...u'olss ada? perrgghhhh~ *macam dah terover upload gambar je...abaikan ek? =.="*

Monday, July 25, 2011

tips makan tutti frutti

huyooo...ada peningkatan blog rapunzel nie...sekarang dah pandai bagi orang lain tips kott~ nie tips makan tutti frutti ye...bukan tips makan kaki...kalau tips makan kaki senang je...korang tanya pada orang yang tengah period pain atau lebih dikenali sebagai sesunggut a.k.a senggugut soalan macam nie "ehhh...sakit sangat ke senggugut nie? takkan la sampai nak duduk atas katil sepanjang hari?" sambil tanya jangan lupa buat muka sinis...i boleh konfem korang akan makan kaki dalam masa 15 saat kemudian...

so...berbalik kepada tips makan tutti frutti...korang pernah makan tak? kalau nak try makan boleh la baca so bila di hari kejadian tak la rasa nebes nak muntah sangat bila pergi masuk kedai nampak xclusive macam tu...i pun kawan yang ajar...thanxs kepada zatul yang ajak i dengan ayien pergi try tutti frutti nie...i buat jugak muka comel depan zatul dengan harapan dia belanja...tapi tak berkesan la...pelik i! =.=" padahal dah habis nora danish dah i buat...heh~ maybe lepas nie kena buat muka manja gedix kilafairy baru berkesan kot suruh orang belanja...hurrrmmm~

tips-tips :
  1. korang boleh pilih bekas yang korang suka...kecik ke besar ke...suka hati nenek korang la...
  2. lepas tu pilih perasa yogurt yang korang suka...i suggest ambil VANILLA banyak-banyak sebab sedap sangat! coklat tinggalkan sebab rasa pahit melampau sampai nak naik turun eskelator 10x untuk hilang pahit...*padahal tak ada kena mengena*
  3. pilih bijirin yang korang suka...i suggest lagi sila ambil yang rangup-rangup seperti kacang, badam n cornfleks...tinggalkan mashmellow sebab rasa macam makan debu pasir...tak sedap langsung! 
  4. bayar dengan muka redha dan relax malah muka tu sila ejas budjet banyak duit dalam poket walaupun rasa macam nak je lari tinggalkan kaunter sebab harga yang mahal...
nampak je macam bodoh-bodoh...tapi harga!!!! hurmmmmmmm~ =.="
makan dengan muka budjet kaya walaupun kayap...O.O
princess said : tutti frutti pakai sistem timbang macam beli emas tu...so pandai-pandai la budjet duit korang untuk mengelakkan berlakon terkena sawan vavi depan kaunter sebab tak mampu bayar...hari tu pun i mujur-mujur je tak kena sawan tengok harga kat screen kaunter tu...mahal!!!!! :O

Friday, July 22, 2011

yay! yay!

i dah makin ketagih la dengan dunia blogger nie...padahal tak la mantap sangat pun blog nie...kekadang tu malas nak mengupdate...bukan tak ada menda nak kongsi...ada...tapi karang orang tak larat baca pulak blog nie dan jadi menyampah pulak...=.=" maklum la..blog nie banyak berunsur angkat bakul sendiri sampai bakul tersebut pecah malahan kadang-kadang koyak rabak...so untuk mengelakkan cacian masyarakat sekeliling...proses update entry hanya dilakukan selang dua atau tiga hari...korang jangan lupa blog nie sudah...penat i menaip nanti tapi tak ada orang singgah...

kehadiran entry ini adalah khas untuk mengatakan bahawa blog rapunzel diaries dah ada 400 followers...memang la bukan 4 ribu...tapi kasi la chances rapunzel nak menunjuk sikit...riak sikit je pun...kemain tau blog rapunzel sekarang...cakap tak pernah down dah...padahal baru 400 je...kalau 4 ribu mau buat kenduri rebah sebijik unta...thnx kepada cik suka hijau ye...^^, walaupun i memang tak suka hijau dan rasa berbulu je pandang warna hijau tapi i tetap nak say thnxs kat cik cun sorang nie...:) 

ini la header yang sempat i cilok...g la blog cik hijua nie ek... :D
i dah ade blog wajib terjah seperti blog inchik ALIF HARIS yang kelakar n entry semua tak boleh blah...blog GUA TERTIDUR yang buat i gelak 5 minit tanpa henti...blog SYAZ@ROZELT yang rajin mengupdate tiap masa...blog MN yang tak habis-habis dengan inchik botaknya...blog FF yang rajin jerit-jerit kat chatbox i...blog ZORRO yang lagu dia semua best-best...blog HYZ yang macam blog artis tu...blog ZOUL yang rindu SCHA tak habis-habis...blog CUNNDAA yang sempoi je tiap entry...blog SAMPAN yang ada lukis gambar rapunzel, suka sangat! blog TEHA yang cute sangat tu...blog ZATI doktor yang ada sikit kesewelan yang makin terserlah...blog TONEY yang asyik tak menyempat je nak update disebabkan kekangan waktu sebagai cikgu wanna be...blog CHA yang banyak gambar best-best...blog BOAN yang selalu menempek di chatbox rapunzel n FB rapunzel n twitter rapunzel...blog ZAZA yang aje muntah nak tengok sebab hidup segan mati tak mau...banyak lagi tapi tak larat nak senaraikan...^^,

i akan singgah blog yang tinggal jejak ibu jari korang dekat chatbox or follow my blog...i akan baca entry korang kalau korang letak link korang kat situ...i akan berusaha bersungguh-sungguh untuk baca jugak walaupun kadang-kadang i syak mata i dah juling dan rasa nak tersembul keluar...i tetap gagah baca dan drop comment...thnxs ek kat korang yang jadikan blog nie bloglist...sayang giler kat korang...^^, *touching sambil mata berkaca-kaca* T_T

Tuesday, July 19, 2011

syarat versi pertama

ini entry pertama untuk episode "syarat" okee? kalau korang terbaca entry nie korang kena nantikan entry seterusnya syarat versi dua, tiga, empat dan mungkin sepoloh ribu...i sendiri pun tak tau...just baca je nanti ye? walaupun i bukanlah hanis zalikha atau fatin liyana atau kate middleton...i nak mengagahkan diri untuk taip entry nie...lepas korang baca pastu korang rasa macam nak muntah hijau atau merah...silakan...cuma jangan muntah depan lappy korang takut nanti rosak tak boleh pulak nak baca rapunzel diaries dah kan? rindu meroyan nanti i bertanggungjawab k...

i nak tulis pasal syarat untuk propose i...bukan proposal...tapi propose i okee? disebabkan i rapunzel dan ada budjet macam nora danish sikit...i nak tulis syarat pertama kat sini...i tak nak la pakai ayat-ayat macam di bawah nie :

"ohhh ika...kau ibarat cakerawala dalam hidupku...aku tak rela kehilanganmu ika...sudikah dikau menjadi ratu hidupku?"

"ika...u ibarat bunga yang kekal hidup dalam hati i...walau gunung berapi sekalipun...i rela mati demi u ika...terimalah lamaran i untuk u ika..."

"ika...walaupun sejuta tahun ika suruh saya tunggu...saya sanggup...saya hanya nak ika menjadi suri dalam hidup saya"

ayat-ayat di atas atau berpantun malahan bersyair serta bergurindam...i tak nak semua tu...tolong la...i boleh pitam dan koma terus kalau orang buat macam tu...ingat drama swasta tv RTM ke? kalau hero dia hensem tak pe lagi...kalau hero pun...hurmmmm~ ala-ala je...tak ke rasa nak lari laju-laju tengah jalan menanti kereta sorong langgar? 

i nak letak syarat orang yang nak propose i itu sila bertanya tan sri google map atau gps dato' garmin lokasi haven restaurant...sila pastikan lokasi sebenar restaurant tersebut...then, korang boleh la tempah meja betul-betul kat tempat view yang paling menarik...then korang boleh la bawak i kat restaurant tu sambil buat surprise...percayalah i akan buat-buat tergamam dan mata automatik akan berkaca-kaca tanda terharu...then bolehlah sembang-sembang dengan i sambil suruh pihak restaurant pasang lagu-lagu touching macam lagu titanic...kalau nak lagi masyuk...korang yang nak melamar tu main la piano or gitar kat i ke...nyanyi kat i ke...waaahhh~ memang i akan terjun terus dalam hutan kat atas bukit tu tanda terharu melampaui batas...

view yang paling menarik ek...jangan tanya kenapa gelap gambar nie...ini adalah gara-gara camera 5mp yang memang terbaik...=.=
kalau la betul ada orang buat semua perkara di atas untuk i...balik dari kena propose tu i akan berguling dari atas bukit tu sampai la ke bawah...guling-guling macam tenggiling...memang sangat mengharukan kalau cerita dongeng versi hidup rapunzel penuh perasan dan anganan menjadi kenyataan ek...=.=" 

haven restaurant ek...^^, plish2...

model restaurant yang mngunakan camera 5mp...terang sangat gambar nie kan? kan? kan?
princess said : time i pergi haven hari tu...diorg pasang lagu titanic tau...tapi disebabkan elergik lagu tu sekarang rasa macam gatal-gatal badan je dengar...lagipun pergi dengan banglaboi, tunang dia n blog ijat...apa barang nak feeling-feeling? phuuuiii~

Thursday, July 14, 2011

nostalgia biodata

mak aii...tajuk entry je dah skema...rase nak muntah hijau bila taip...*buweekk2*...entry nie khas untuk "gua tertidur" yang suruh i buat entry sal biodata i sama masa time sekolah dulu..."gua tertidur" tu bukan apa dia nak jadi stalker i no 2 lettew~ i tau dah taktik dia...:P (rapunzel perasan) korang boleh terjah blog beliau...agak 18SX sikit *hurrmmm..banyak kot =.="~* tapi i suka baca sebab semua kelakar dan boleh buat i gelak 5 minit tanpa henti...

korang engat tak masa dulu-dulu akhir tahun je konfem semua orang tukar buku biodata...siap kena que lagi untuk tunggu sampai giliran...i pun tak paham apa relevan buat natang nie sebab tahun berikutnya konfem jumpa muka yang sama...kalau last year biodata kaler pink...this year tukar kaler jadi biru pulak...pastu konfem la blink-blink bagai-bagai...nak lagi VOGUE tempek sebijik gambar pastu ayat skema bawah gambar mesti tulis "kenang daku dalam doa mu"...jangan tak mengaku ye siapa yang baca entry nie! i konfem semua orang buat natang nie...kan? kan? =.="

"sepintas lalu kenali daku"
(iye inilah tajuk biodata i tiap kali menulis...ada rasa nak muntah? silakan...=.=")


nama panjang : princess rapunzel ika binti parameswara (ada kena mengena dengan sultan melaka)


nama pendek : rapunzel / ika / nora danish


tarikh lahir : 3 februari 2006
(baru 5 tahun dah pandai berblogger...i syak i genius macam adi putra :O )


tempat lahir : perak medical center, ipoh
(dulu-dulu mesti ada orang tulis "atas katil" kan? pastu kita yang baca mesti gelak budjet cam kelakar la...padahal...phuuiii~)


waktu lahir : 6.32 petang


alamat rumah : bandar tasik selatan, kl


hobi : baca buku, memasak, tolong mama, tengok cerita korea
(dak pompuan mesti tulis yang +ve je padahal hobi aneh-aneh belaka seperti korek hidung dan tengok cermin 24jam)


makanan kegemaran : mama masak dan halal (jawapan typical darjah 6)


minuman kegemaran : air putih dan halal (jawapan skema darjah 5)


cita-cita : doktor
(ini adalah jawapan paling hot n top la...semua pakat nak jadi doktor...dah besar tinggal seciput je yang capai target...phuuu~)


no telefon :R.A.H.S.I.A
(budjet hot la tak tulis no phone...padahal zaman tu memang tak ada telefon sendiri)


nama pakwe/makwe : R.A.H.S.I.A :P
(nie lagi satu...dah tau rahsia jadah apa la pergi tulis...siap smiley bagai-bagai budjet malu nak bagitau la...budak zaman dulu memang tak ketahuan je fikiran diorang...=.=")


kenangan manis : makan gula-gula 
(buat lawak tak ketahuan versi darjah 5)


kenangan pahit : minum kopi 
(buat lawak lagi dengan harapan kawan-kawan darjah 6 gelak)


ucapan : fren forever...jangan lupa kita tau...main petang-petang ajak kita sekali tau...semoga kamu dapat keputusan peperiksaan yang bagus...kenang daku dalam doa mu...^^,


ada iras RAPUNZEL tak? :P
princess said : ada macam sama dengan biodata korang zaman dulu-dulu tu tak? i konfem sama la...budak tyipical darjah 5 dengan 6 memang macam tu...buat bio sampai tak siap kerja rumah cikgu bagi...mula la bederet beratur kat koridor bila kena denda...alasan semua orang sama je nanti "cikgu...saya terlupa buat kerja rumah sebab banyak buku biodata tak siap lagi...saya mintak maaf" cikgu pun bagi jelingan tajam dan melangkah pergi...hurmmm~ *typical life but really mish dat moment! mula la mata nak berkaca-kaca...T.T*  

Wednesday, July 13, 2011

tanpa suara

r.a.p.u.n.z.e.l  c.o.m.e.l  w.i.t.h  z.a.z.a  k.a.k.i  u.t.u.b.e

Saturday, July 9, 2011

ke"bersih"an pantai cherating

sila jangan terkejut mengapa entry ini dapat diterbitkan di saat i sedang "bercuti membawa diri"...entry semalam bukan gimik ye...i takkan buat entry untuk publisiti murahan seperti adinda evans...tidak~ itu bukan cara rapunzel...rapunzel cool je tiap kali taip entry...taip untuk keseronokan dan hobi...bukan publisiti...u'olls tau kan hari ini apa yang jadi kat malaysia? kalau tak tahu sila packing bagasi anda dan pergi duduk bangladesh...untung-untung boleh jumpa banglaboi...

i kan dah bagitau yang i nak pergi bercuti semalam? sepatutnya di waktu ini i tengah bersantai menikmati angin pantai sambil berjemur ibarat victoria beckham sambil memakai ray-ban dan berbikini *bikini hanya provok sahaja*...tapi apa yang berlaku? apa? okee sila tengok gambar di bawah untuk rujukan di masa hadapan...

baik punya jem~

baik jalan kaki dari duduk dalam kereta...at lis boleh berlari...laju sikit~ =.="
peristiwa tragis nie la yang terjadi...jalan jem sangat-sangat pagi tadi...pukul 7 dah keluar rumah untuk pergi rumah sepupu lagi satu dekat putrajaya...dia yang nak bawak pergi cherating...nak main jemur-jemur badan...nak hitamkan sikit kulit yang putih...tapi disebabkan perkara di atas terjadi maka i dah kena tinggal...sedih tak? ada tak macam touching baca entry nie? baru nak rest-rest tepi pantai dan tengok ke"bersih"an pantai cherating...tapi yang jadi sekarang ialah duduk di kedai hi-goat kajang teman zaza kerja...

kedai hi-goat nie pun boleh tahan...ada pokok kelapa jugak...ada angin sepoi-sepoi...ada pekerja cemerlang yang asyik maen FB n tengok utube seperti zaza...memang terbaik! sebaik dan se"bersih" cherating~ sila anda jangan jelez melihat rapunzel menghabiskan masa di sini sambil mendandan rambut yang panjang mengurai...u'olls ada tersekat dalam jem pepagi buta pastu kena tinggal padahal dah bayar seratus untuk holiday tepi pantai? o'lls ada? tak de kan? *emo*

rapunzel emo...grrr~ :S
princess said : ada sapa-sapa nak bawak i holiday lagi tak? :( sapa-sapa yang drop comment n mintak ole-ole entry lepas...sila pasrah kerana rapunzel sendrik pun tak pergi...sekian~ :(

Friday, July 8, 2011

membawa diri

waahhh...tajuk ada macam tragis sangat tak? :P just a simple entry i nak buat di kala matahari menegak ke langit dunia nie...nak bagitau semua yang i menyepi sekejap ye...sekejap je...jangan la rindu-rindu ek...plish2... :P nak pergi holiday...setelah penat lelah bekerja...nak jugak berehat melapangkan minda...bak kata johan ye "insan yang cemerlang datangnya dari akal ye...hati yang bersih...ye...dan jiwa yang tenang"...maka untuk menjadi insan yang cemerlang...i decide untuk berholiday...so tata semua...muahhhxxss~ *kish*

cuba teka kat mana ye...kalau tahu jum join rapunzel bercuti...:D
nanti balik i BW balik n balas comment n terjah blog korang-korang yang sudi datang blog rapunzel diaries nie...i tinggalkan korang dengan lagu nie ye...lagu yang sangat bermakna...~.~

Thursday, July 7, 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

ini GA kedua yang rapunzel terpanggil untuk menjoinkan diri...=.=" thnxs kepada sorfiena yang dengan baik hati lagi mulia malahan lemah lembut menge"tagged" nama RAPUNZEL untuk join...GA yang first dulu rapunzel terbetuah lalu mendapat topup secara percuma...GA yang nie tak tau la...kalau ada rezeki dapat lah...xdapat pergi korea dapat hadiah dari korea pun jadilah~ u'olls ada kalau i menang? 


untuk more info click sini :


dengan ini sudah siaplah entry untuk mendapat GA dari korea n bandung...dengan baik budi bicara dan manisnya kurma itu...i mengge"tagged" mereka ini : 


p/s : akhirnya siap...=.="

Tuesday, July 5, 2011

konfius

sorry lama menghilang...lepas post entry pasal banglaboi...polis busy carik i tanya banglaboi ada kat mana sekarang...diorg nak tangkap dia hantar balik bangladesh...permit dia duduk kat malaysia dah tamat tempoh...itu yang polis sibok sangat carik dia...ish-ish...dah-dah la jual karpet koyak kat malaysia nie...bawak-bawak la balik negara sendiri...banglaboi...banglaboi...=.=" konfius i dibuatnye...

wif both of my bro n tunang banglaboi...pssttt~ nak bagitau...yang tak hensem langsung tu adalah banglaboi...

tu konfius pertama i...now i nak cerita konfius yang seterusnya...hari ahad hari tu sepupu i bertunang...oh, ini sepupu yang lain ye...bukan zaza yang i selalo tempek nama dia untuk mengumpat...zaza tak mungkin bertunang sekarang sebab dia baru join kelab single cun-cun di bawah naungan i...i lantik dia setiausaha i sekarang sebab dia memang setia dengan i...tiap minggu bawak i berambu-ramba merata-rata bersama viva elite KAMI...okeep i dah melalut cerita pasal zaza yang sangat komited dengan hi-indanya itu ye...

berbalik kepada bertunang tu...ahad lepas i pergi sepupu i bertunang...niat i memang ikhlas datang untuk melaram baju baru i supaya orang lain boleh tengok dan menjadi konfius sambil mengeluarkan monolog dalaman seperti "ehhh...itu ke orang yang bertunang tu...canteknye dia macam nora danish"...i sengaja je nak bagi semua orang konfius...nampak tak niat ikhlas i tu? lagi satu i nak bagi mak pihak lelaki makin konfius sampai tersalah sarung cincin..haaa...free-free dapat gelaran tunangan orang malam tu...siap boleh dapat hantaran 7 dulang dengan duit RM5k lagi...boleh update blog tajuk "i dah bertunang...u ada?" tp misi i gagal...mak pihak lelaki berjaya mengecam pemilik sebenar cincin tunang...=.=" *cis bedebah*

ada macam nora danish? *kalau jwb tak de sila pergi jumpa doktor mata sekarang jugak!*
bila misi gagal...i pun balik dengan perasaan hampa berbaur kesal...mungkin baju i tak cukup cun lagi untuk melawan sepupu i tu...sampai je rumah i terus bergolek atas katil mengenangkan misi gagal mengkonfiuskan orang...heh~ disebabkan rimas melampau dengan baju yang tak cukup glemer...rasa nak buang je baju tersebut...time nak bukak tu *ini bukan cerita lucah...sila teruskan pembacaan anda* i baru terperasan yang baju tersebut langsung TIDAK di zip...baju tu ada zip sebelah kanan dia,dan yang terbaik dari ladang baju tersebut langsung TIDAK di zip! sekarang i yang konfius ye sambil mengeluarkan monolog dalaman  sendiri "ehhh...tadi time orang kenduri tu memang ramai orang pandang aku dua kali...adakah mereka pandang sebab zip yang terbukak ataupun i memang cun?"...i jadi makin konfius dan tak jumpa jawapan sampai sekarang...*hampa*

my bro, RAPUNZEL n kazen i...ada sapa-sapa kenal my bro nie tak? dia pun blogger gak...femes gak blog dia tu...

hampa sebab baju i gagal mengalahkan baju bertunang sepupu i...:(
:) -the end-