Tuesday, December 27, 2011

prank!

hari nie i akan ajar kat korang semua cara-cara untuk prank orang tak kira la masa birthday dia ke, masa dia tengah study ke, masa tengah dating ke...kalau korang rasa macam berdendam n tak puas hati dengan seseorang...tengok dia pun rasa macam kecik besar kecik besar je...so baiklah korang prank dia time birthday dia...mereka yang di prank tidak ada hak untuk meluahkan rasa marah malahan kena senyum dengan tabah sambil menyatakan "yay! dah terkena...korang memang jahat kan?" selepas itu berlalu pergi ke tepi tangga dan menangislah kau sepenuh jiwa raga...*ini dah melalut*

i ada 2 cara yang i praktikkan bagi mengenakan orang dengan membasahkan baju mereka mengunakan air terbusuk didunia dan membalingkan tepung serta menguli mereka dengan mesin penguli yang dibeli di kedai ah teng...takat nie i hanya berani mencurahkan air busuk (yang rasa nak muntah darah bila cium) dan membaling tepung sahaja...di masa akan datang mungkin i akan tingkatkan skill "nakal" i dengan lebih extreme seperti mencolek atau meragut mangsa...(amaran kepada kekawan : sapa kawan aku sila berjaga-jaga tiap kali birthday korang datang menjelma...jangan ingat aku berhati mulia sangat!)

cara pertama
sila pastikan anda membawa mangsa ke tempat yang luas seperti tempat letak kereta supaya misi membasahkan mangsa akan menjadi lebih fantastik disertai adegan kejar-mengejar seperti filem hindustan...cara membawa mangsa adalah pura-pura menyatakan bahawa terdapat kereta kawan yang rosak dan anda memerlukan khidmat mangsa untuk melihat keadaan kereta...mangsa akan percaya bulat-bulat dan sila bagi touchlight untuk nampak lebih real...mangsa akan fokus kepada kenderaan tersebut dan anda boleh datang dari belakang untuk mencurahkan sekurang-kurangnya 2 baldi berisi air busuk dan membaling tepung sekurang-kurangnya satu plastik...so mangsa sudah terkena...

kak an...my rumate! :D sorry kak an...huhu~ love u arh sista!
cara kedua : 
sila pastikan lagi sekali anda membawa mangsa ke tempat yang luas dan strategik...kali nie anda boleh berpura-pura untuk mengenakan orang lain dan membuat rancangan jahat itu dengan mangsa sekali...mangsa akan menjadi teruja dan membancuh sendiri air tersebut dengan penuh berhemah tanpa mengetahui bahawa dialah yang akan dibasahi sendiri oleh air terbabit...berpura-pura menyorok dibelakang kereta bersama mangsa dan pastikan muka anda serius semasa melakonkan watak terbabit...apabila watak pelakon tambahan iaitu orang yang mangsa ingat adalah mangsa (hoi...i harap u'olss paham jalan cerita yang i cuba ketengahkan nie) datang ke tempat kejadian maka keluar dari tempat persembunyian bersama mangsa dan dengan excited curahlah air busuk tersebut kepada mangsa yang akan blur tak ketahuan...sila pastikan seplastik tepung itu juga dicurahkan bersama air busuk untuk kesan yang lebih menawan...mangsa hanya akan mengeluarkan perkataan seperti "haaa...kenapa pulak saya yang kena?" dan pada ketika itu sila jawab dengan muka puaka tapi comel "ehhh...salah orang lahh...btw...tahniah n selamat hari jadi~" 

tqah...^.~ sorry ek besties! :P tahun depan kita main tepung lagi...
princess said : 2-2 cara nie i dah praktikkan...tapi yang 1st tu sebenarnya tak menjadi...penat i berlakon bagai nak rak malam tu tapi mangsa terlepas...=.=" terkedek-kedek beliau lari ke bilik dan mengunci pintu...heh...yang cara 2nd tu menjadi dan sepanjang malam i gelak guling-guling atas katil mengenangkan ayat dan muka mangsa yang blur "haa...kenapa pulak saya yang kena?"

mastermind yang sebenarnya dah "terkena" jugak...=.=" padan muka kau ika!

pelakon utama bersama pelakon tambahan...^.^ terima kasih kerana berjaya menjalankan watak masing-masing...

Sunday, December 25, 2011

harimau bintang

one of the great memory sem nie lagi ialah mencuci kadang harimau bintang...hari tu jadi volunteer untuk mencuci zoo taiping...banyak ye amal kebajikan yang i buat sem nie...hati ika makin mulia sejak akhir-akhir nie...i makin kagum dengan diri sendiri! hurmmm~ ~.~

muka excited masing-masing...:D

before pergi lagi i dah berdoa-doa dapat cuci kandang yang agak mencabar kreadibiliti sebagai seorang pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang (kaitan???) so i memang dah set dalam mind supaya dapat la kandang harimau...pliz...pliz...i terhengen sangat nak bermanja peluk mesra dengan binatang tersebut..then sampai je sana tertiba je uncle tu cakap "okee...yang group nie nanti bersihkan kandang harimau bintang so boleh la berjabat mesra dengan inchik harimau bintang tersebut yang ada dekat 20 ekor jugak"...yay! so hasrat terkabul kot~ excited gila i berlari-lari anak sambil lompat bintang mencari kandang harimau tersebut...nebes gak tapi cam syiok je...:D 

tak la masuk dalam kandang tu sebab tak pasal je kena makan kang...tapi i terfikir gak, adakah i akan dimakan kalau masuk ke dalam kandang tersebut sebab i rasa harimau tu pun tak ada selera tengok kekecilan badan yang melanda diri KIUT MIUT ini...mesti dalam kepala hotak harimau tu terlintas "hek eleekkk budak kecik muka cam nora danish nie...macam la aku nak makan die...isi pun tak ada~ cis! baik kau keluar la budak MUKA MACAM NORA DANISH oiii~" (sila jangan muntah membaca apa yang terlintas di fikiran harimau tersebut, itu adalah fakta)...so bersihkan tepi-tepi kandang dan bagi makan kat mereka-mereka yang memang ganas nak mati dan tidak langsung melemparkan senyuman walaupun i bersusah payah membawa makanan untuk mereka...sombong betul! haish~

skuad membersih kandang harimau! ^_^

balik tu akibat keterujaan menguasai diri tahap puaka maka i pun call mama n ayah dengan nada berlagak berkata "tadikan zulaikha bersihkan kandang harimau...bagi makan la...tengok-tengok la...main-main la...salam-salam la...menari-menari la...SERONOK~~" dan mama menjawab dengan pantas dan laju macam machine gun "hah? betul ke? lain kali jangan harap mama nak kasi dah pergi...bahaya...nanti kena makan, kena cakar ada orang nak tolong ke? ade? binatang tu bukan tahu apa-apa yang dia tahu makan orang je...bla...bla...bla....bla...bla...bla...(selama 20 minit)" =.=" yes! dapat ceramah free dari penceramah bebas...kbai~

sila jangan ternganga melihat kesungguhan i yang menyapu bagai nak rak tu...tutup mulut tu ye! :P

ini la uncle yang jaga kandang harimau tu...baik sangat! :D thnxs uncle...
princess said : korang try la jadi volunteer macam nie...seriously said that sangat seronok n ada pengalaman yang sangat la berharga yang tak dapat dijual kat mana-mana...i rasa everybody should try it la...:D tapi balik tu sila mandi dengan bersungguh-sungguh selama 1 jam untuk mengelakkan diri berbau seperti beruk, baboon dan monyet...=.="

Saturday, December 24, 2011

trip budak psiko

jangan takut untuk meneruskan pembacaan anda wahai peminat-peminat sekelian *ayat budjet retis* walaupun tajuk macam psiko sket~ :D i memang psiko okee? kat upm i amik kos yg memang psiko gler la...cita-cita ini wujud since i tengok cerita BULI yang afdlin shauki berlakon dengan nasha aziz tu...dalam cerita tu kalau sapa yang ingat lagi Nasha Aziz jadi "Doktor Ika" iaitu doktor kepada si afdlin yang ada masalah mental dan low self-esteem...time cerita tu keluar i baru tingkatan 2 dan memang jatuh hati dengan ke"cun"an Doktor Ika dalam cerita tu dan terus bercita-cita menjadi seperti die pada masa akan datang...haha...lepas nie nak buat pemedahan muka pulak supaya boleh jadi cun macam nasha aziz dalam ceruta tu...walaupun nampak macam cita-cita budak hingusan meleleh dari hidung lagi time tu tapi i betul-betul kagum la dengan Doktor Ika time tu dan nak sangat jadi macam dia! :D time Nasha nak rawat kakak dia n afdlin tu makin tergedik-gedik hati nie nak jadi macam tu~ sebab tu berusaha untuk mengambil bidang yang ada kaitan dengan psikologi...tapi i bukan doktor tau...so tak ade la title "doktor" kat depan tu...=.= ade "Ika" je...okee la tu...ade gak "Ika" kan? kan? *angguk laju-laju sebelum anda ditetak*

sem nie amik subjek psikopathologi...psikopathologi means semua yang berkaitan dengan abnormal person...belajar pasal tanda-tanda orang yang ada masalah mental dan kategori-kategori dia...trust me, kadang-kadang rasa macam ada simptom-simptom abnormal tu dalam diri sendiri...~.~ so everybody beware okee? sebab semua orang berpotensi untuk jadi gila tapi kita sendiri yang kena kawal diri kita dari collapse...once collapse susah nak bangun jadi normal balik...(waahhh...entry ini sangat ilmiah! 1st time nie mengeluarkan entry ilmiah...rasa sangat teruja)

dah nama pun budak psiko kan? so...ktorg pergi lawatan ke hospital bahagia tanjung rambutan...masuk-masuk pagar je terus "kebahagiaan" tu menjelma dalam diri...i memang nak kerja sangat kat sana one day...i dah siap tanya semua kat pegawai-pegawai n misi-misi kat situ cara nak kerja kat sana...macam sangat mencabar je...i memang suka menda yang mencabar so i hope one day dapat la kerja kat hospital bahagia tu...tapi i waras tau...jangan mengesyaki i gila plak...=.=" plish!

muka excited sorang-sorang...:D

wad pertama yang pesakit kena pergi kalau masuk sana...seb baik i dapat keluar balik~ pheww~ =.="
pengalaman paling "sweet" time trip adalah di saat TERlihat pesakit sedang meng"uhhh...uhhh" di tepi longkang...waaaa..."sweet" sangat...makin teruja nak kerja kat sana...kau ada tengok orang "uhh...uhh" secara live? ada? so...jangan nak jelez sangat! 

khusyuk dengar sister cakap...:)

ini tak ade kene mengena dengan tg. rambutan...ini mengedik di kellie's castle...

habis~ ^_^
princess said : sorry sangat pada blogger lain sbb x balas BW korang n comment2 korang...been bz...sempat update je...sila jangan touching sangat sampai mendelete blog ini dari blog anda...=.+" rapunzel janji habis je exam i'll continue jd blogger tegar balik...:D J.A.N.J.I!