Monday, December 24, 2012

perth

hurm...lama gila tak update blog nie...serius busy nak mampus sem nie sebab dah final year kan...nie serius tak tipu...memang busy jadi final year...lagi 2 sem nak habis kan, so pulun buat semua benda la sebab tak nak menyesal nanti bila dah habis study...:) 

antara benda yang i kalut buat time final nie, i berusaha memasukkan diri i untuk pergi mobiliti pelajar...dari sem lepas lagi ketua i Encik Ifwat dan Encik Yusri berusaha kasi proposal ktorg pergi ke Perth berjaya...i nak tolong tapi Ifwat cakap dia boleh handle, so i tolong sikit-sikit je la...^_^ Macam-macam ujian jugak la sebab mula-mula tu i thought i dah kena tinggal sebab UPM nak kasi 3 orang je pergi...:'( but finally, kami dapat tajaan dari pihak lain dan tiket pergi balik berjaya dibeli...yuhuuu~~!! :D *joget katak* 

so, 22 Oktober hari tu i n lagi 5 orang kawan pergi la ke Perth, Oz...*i memang suka hupdate lembab2 blog nie...nie kan hobi i, hupdate lelambat.. =.="* dalam flight seriusly i penampar diri sendiri laju-laju dekat 3 juta kali jugak la sebab tak percaya dapat pergi Perth...turun flight bila sampai sana pipi i merah gila hasil tamparan wanita lagu elite yang popular dulu melekat kat pipi...

2 weeks kat sana siap beraya haji-tapi-tak-macam-raya-sebab-duduk-rumah-tengok-dvd-omputih-je-dah-la-lucah-pulak-tu...tapi 2 weeks tu memang great moment la...pergi 3 universiti kat sekitar Perth...tengok perbezaan culture kita n diorg...most of the time memang lepak, shopping, makan angin, makan makanan mahal, korek hidung, jejalan kat town dan jejalan sekitar Perth...^_^ <3

6 orang yang bertuah...:)

tempat adam & hawa berlakon katanya~

kangarooo...^_~

raya di perantauan...:P 

izzati, me n muni cokelet...:D

girl generation...

curtin university...university paling moden kat sana...:)

murdoch university...uni yang kurang orang malaysia...

UWA...uni adam & hawa berlakon...<3

kami bersama...^_^


p/s : Lovely moment ever...miss this moment~ <3

Sunday, October 28, 2012

surprise......

hye awk yang dah 22 tahun tu...*dh tua*

Happy Birthday tau...

sorry tak dapat celebrate birthday sama-sama...:(

take care kat sana tu...*ily*

nahhhh ini untuk awk....


p/s : nanti balik malaysia sy nyanyi lagu birthday versi jarjit okee? haha...<3 you...miss you......^.^ 




salam aidil adha untuk yang lain dari perth...:D  

Monday, August 27, 2012

selamat hari raya 2012




~selamat hari raya~

~salam aidilfitri~

~maaf salah dan silap~

p/s : boleh post duit raya ke kampar,perak...kbai...:P

Thursday, August 16, 2012

nama dia juliana

i nie ada masalah pelupaan yang serius juga...i tak ingat apa pengalaman berpuasa i masa kekecik dulu...i rasa i manusia yang normal maka haruslah berpuasa penuh sejak usia mencecah 5 tahun...mama memang galakkan kami adek-beradek puasa awal-awal sebab nak mengajar kami dari kecik katanya...sebenarnya kalau tak puasa nanti mama akan menganjing dan akan rasa loser teramat ,maka lebih baik la berpuasa ye tuan-tuan dan puan-puan sekelian...tapi juliana i rasa dia lain sikit...mungkin atas faktor anak bongsu-kesayangan-keluarga-manja-nak-mampus-menyampah-aku-phui maka dia berpuasa agak lewat sikit...i syak la, i pun tak sure sangat sebab i kan ada dimentia...

apa yang i ingat pasal juliana yang sampai sekarang tak boleh lupa ialah, tiap kali i dan bangah dan balong puasa dia akan dengan slumbernya makan depan kami, minum tanpa segan silu dan berambat-rambat membawa ice cream ke sana sini tanpa rasa bersalah...bila perkara ini berlaku, i dan bangah akan pergi dekat dia dan situasi berikut berlaku :

kak yang : hoii ana...tak malu ke tak puasa? Allah marah...

bangah : haah...Allah marah nanti, Allah tak suka orang tak puasa...nanti masuk api neraka...

juliana : hah? iye ke? 

kak yang : iyeee...api neraka panas...nanti Allah marah pastu kamu masuk neraka...padan muka...

juliana : okee...kejap orang nak tanya "Allah boleh ke makan??" (suara berbisik seperti iklan yusof thaiyob)

juliana versi suara garau : "BOLEHHH"

juliana : haaa...tu Allah cakap boleh tu... *sambil sambung menjilat ice cream di tangan dengan rakus dan berlalu pergi* 


my only beloved sista ever...:) 

Friday, August 10, 2012

bukan anak saya

harap anda faham sefaham-fahamnya bahawa entry ini adalah untuk menerangkan tentang anak kawan i...bukan anak i...i belum kahwin pun lagi so ikut celah mana pulak i akan ada baby kan? target i kahwin adalah 5 tahun dari sekarang...apakah lambat sangat? =.=" apakah? apakah? masa itu, for sure kawan i yang dah beranak 1 nie akan beranak sehingga 3 lagi dan kawan i si farah mesti sekurang-kurangnya dah ada 3 anak dan i masih tegar mempunyai anak mata dan anak india sebelah rumah serta anak patung sahaja... *mohon baca dengan nada berbaur jeles*

my best friend yang i kawan since sekolah rendah dulu dah pun selamat bersalin hari tu *tak ingat tarikh sebab terlalu busy bekerja (baca : saya seorang pelupa)*...comel gila anak dia...nama khalish...i geram sangat so i rasa i cium pipi budak tu adalah dekat sejuta kali jugak...pipi dia bakal lunyai...kesian...kalau pipi anak dia i kiss sampai sejuta kali, i syak i akan kiss pipi anak i nanti 30 juta kali sehari...:3 

masa jumpa tikah, dia pun cerita pengalaman dia lahir anak sulung dan tiap kali teringat i akan pura-pura sawan supaya daya ingatan i menjadi lemah dan terlupa terus...*mulut berbuih-buih* 

kbai...

me with him...:)

style santai...mimpi tepi pantai lettew~ 

i brought this with miela...mahai tuuu...=.="

comel kan? baby nie pandai posing laa...:O

miela...tikah....zulaikha...khalish....
p/s : happy dengan baby baru ye tikah n harith...:D 

Tuesday, August 7, 2012

kepatahan kehatian

tuan-tuan dan puan-puan sekali...

oleh kerana blog ini telah ditegur oleh kekawan saya sebagai blog yang tidak berilmiah maka hari ini saya dengan penuh keinsafan diri semperna bulan-ramadhan-yang-penuh-kepenatan-dan-keberkatan-siapa-tak-puasa-tak-boleh-raya ini, maka saya akan mengeluarkan entry yang penuh ilmiah...mohon teruskan pembacaan kerana ianya sangat berilmiah...terutamanya kepada orang yang hatinya patah berderai-derai akibat dicerai kekasih hati...

i rasa semua orang pernah merasa patah hati nie...kalau tak pernah jadi dalam hidup korang tak thrill la kan? apa ke jenis hidup kalau tak pernah rasa sedeh dan kecewa nie kan? it was a part of life sebenarnya...benda nie akan ajar kita jadi lebih matang dan more careful di masa akan datang...:) so kalau rasa cam kecewa gegila macam gunung everest jatuh atas badan dan menghempap kepala sampai nak bernafas pun susah, relaxs...relaxs...ini i ajar cara macam mana nak sembuh cepat okee? nampak tak point ilmiah dah keluar nie? nampak tak kekawan?? (hoi ecah...nie aku buat entry ilmiah nie! mohon puji di FB!)

1. jangan ambil peduli tentang dia
tak kisah la apa jadi pada dia, dia nak kahwin dengan orang nepal ke, nak mati terjun banggunan ke, nak bergolek tengah jalan raya ke, nak apa je la kan...jangan ambil kisah dah...jangan ambil kisah sampai korang rasa yang korang memang dah tak ada hati dengan dia...kalau rasa dah leh terima kenyataan yang korang dan si dia dah clash so time tu boleh la nak menyebok sebab tak akan rasa apa-apa dah...

2. jangan gatal-gatal tangan bukak page FB dan twitter dia
tolong la tangan korang tu jangan gatal sangat bukak page facebook n twitter dia? kalau rasa nak bukak je cepat-cepat hantuk kepala ke dinding dengan kadar kelajuan maksima...dah kenapa nak gatal tangan sangat nak menyakitkan hati sendiri?

3. jangan contact dia lagi
jangan la nak pergi mesej-mesej bagai seperti :

"kehadapan awk yang diingati selalu,apa khabar? baiklah hendaknya...saya amat merindui awak...bolehkah kita couple semula?"

dah clash pun kan? kenapa nak mesej lagi? call lagi la jangan...kemon laa...banyak lagi benda lain yang boleh dibuat seperti menonton shin chan, bermain konda-kondi dan bermain tuju seliper...

4. jangan dengar lagu yang sedih-sedih
dah la hati korang tu memang tengah sedih kan? yang korang dengan penuh genius pergi dengan lagu yang sedih-sedih macam orang nak mati esok kenapa? mula la nak pasang lagu tenda biru la, trauma la, anggapanmu la, terlalu mencintai la, rindu setengah mati la dan segala jenis lagu yang akhirnya buat korang rasa nak tembak kepala sendiri dengan pistol mainan...

5. nekad dan redha
korang kena nekad untuk move on hidup korang tu secara lebih bahagia dari sebelumnya...kalau dulu asyik hidup dalam dunia korang dan dia sahaja, so sekarang korang kena keluar dari tempurung bahagia sementara tu...kena nekad gila-gila dan fikir secara positif bahawa apa yang berlaku nie adalah ketentuan Allah...dalam al-Quran pun ada cakap boleh jadi apa yang kamu suka itu bukan terbaik untuk kamu maka Allah keluarkan ia dari hidup kamu...so ada hikmah kenapa jadi macam nie...ada orang yang lebih baik,lebih sempurna yang Allah nak hadiahkan dalam hidup korang...bersabar dan jangan menyalahkan takdir yang Allah tentukan...lastly,rapatkan diri pada Allah...Allah akan tolong hambanya untuk kuatkan semangat kita...:)


p/s : trust me...Allah akan jumpakan kita dengan seorang yang jauh lebih baik dari apa yang kita ada dulu...sabar je tunggu hadiah dari Allah tu...:) *wahhh...gila ilmiah entry nie...kbai*

p/s 2 (bukan game) : thnxs la awak yang asyik buat saya gelak tu je...^_^ <3 <3 <3 

Thursday, August 2, 2012

life-style budak universiti

"hye nama saya ika...saya pelajar tahun akhir UPM"...


nampak style tak cakap gitu? style kan? tak sangka la...dah tahun akhir dah kat UPM...gila laa...kejap je masa berlalu...macam baru semalam terkial-kial daftar kat UPM dan attend orientasi week yg pffftttttttt~...pastu masuk kelas mamai-mamai dan study dengan penuh tawadok *tipu*...sekarang dan tahun akhir...^.^ sepanjang 3 tahun duduk kat UPM terchenta nie  memacam benda kot jadi...ye la tak kan la dok dediam tak jadi apa-apa kan? itu gila loser namanya...=.=" 

sebagai seorang yang sudah menjalani kehidupan universiti 3 tahun, i nak nasihat kan adek-adek kat luar sana yang baru nak masuk universiti tu sila la jangan terlalu excited lalu jadi culture shock pada tahun pertama ye...banyak gila kekawan i yang tertiba menjadi seekor baboon yang sangat jakun ketika tahun pertama dan hanyut di buai oleh baboon-baboon lain *mohon paham perumpamaan ini*...nanti kalau korang dah terculture shock,susah gila nak kembali ke pangkal jalan yang lurus lagi terang gilang gemilang itu...

lagi satu nak pesan sila la aktifkan diri anda sepanjang duduk kat U sbb rugi la i rasa kalau duduk dalam bilik sambil menjadi tikus mondok...tak mencabar la duduk dalam bilik je kan? sebenarnya i start aktif since pertengahan semester 3 dan i rasa menyesal sangat sebab lewat...3 semester kot i tertinggal dan keseorangan kesepian kat sana disebabkan terlalu bangang melayan perasaan di dalam bilik...mengenangkan perkara ini,i rasa nak naik kerusi dan lompat laju-laju dari kerusi itu sebab menyesal sangat~! 3 semester tak ada gambar kenangan dengan kekawan kalau diorg hang out or buat aktiviti apa-apa...sangat loser rasanya perasaan ini bila sebijik gambar pun tak kelihatan sepanjang 3 sem...*bongok!* so untuk mengelakkan adek-adek yang baru bertatih nak masuk U tu menyesal,i nasihatkan sila lah mengaktifkan diri sepanjang hidup kat U nnt...^.~ seriusly nak cakap yang kehidupan kat U adalah sangat seronok amat terlalu...:D


gilak~ ^.^
with my besties ever...:D 
pullman,putrajaya

classmate psiko...

mengilers bersama <3 <3

yees, kak an, yus n ika...

teater 2012

Malam Persona Ekologi
p/s : gonna miss this one day...:') 

Monday, July 30, 2012

intern

hye...i think not to late to wish all the muslim selamat berpuasa kan? alaa..lewat sikit je pun...maklum la bila blog bertemakan "lambat update" nie diketengahkan...maka lambat la segala bendakan? tak gitu kak timah, kak jemah dan tuan-tuan sekelian...

i nak bagitahu yang sebenarnya sekarang i tengah intern dekat sekolah...tapi tak ada la sekolah sangat sebenarnya...sebelah sekolah mungkin...tapi bukan tepi longkang seperti yang selalu budak-budak sekolah zaman sekarang lakukan...=.=" i intern dekat bahagian psikologi dan kaunseling...hari-hari i pergi kerja tau u'olls...tak pernah ponteng sekali pun...bapak la penat kerja nie even i banyak men whatsapp, on9 dan main game sambil menonton utube...nampak tak semua perkara berfaedah yang i cuba nak terangkan sebagai seorang guru dibahagian psikologi dan kaunseling? nampak?

sekarang i sedang sebok fikir apa nak jawab dengan pensyarah masa dia datang nak tengok keberjayaan i sebagai cikgu kaunseling nanti....pfftttttt~ mungkin situasi ini bakal berlaku :


pensyarah : apa yang awak buat selama dua bulan kat sini?

ika comel : saya buat comel dengan senyum kepada semua orang kemudian saya bermain whatsapp, twitter, blog, menonton utube, korek hidung sikit dan main game zuma-tapi-tak-pernah-menang-asyik-sangkut-kat-level-9...

pensyarah : wahhh...bagus...ini la tujuan UPM hantar awak ke sini supaya awak akan lebih mahir dalam segala aspek yang awak terangkan sebentar tadi.

ika comel : owh..terima kasih...mohon encik pensyarah bagi saya A ye untuk LI nie...kbai...

officemate...:)
my lovely place...^.^

kena buat pamplet berkaitan psikologi...:D

p/s : tapi xde la melepak je...ada jugak la kerja yang berfaedah yang dibuat...aa...aa....jgn tengok aku dengan muka ragu-ragu kau tu wahai pembaca sekalian...=.=" 



Thursday, July 26, 2012

smiling

there is butterfly inside my heart

which make me smiling like craziest people in the world 

^_^

video


~kbai~

Monday, July 23, 2012

dinner kolej 2012

masa sem 6 hari tu, i ada join dinner untuk kolej i dekat UPM tu...bukan join untuk makan tak tentu hala sambil bergelak-gelak mengemok kan diri okee? join jadi AJK dinner kolej...kemain gigihkan melalui kehidupan di U yang penuh berliku *tipu padahal melepak je*...masa mula-mula pembahagian tugas tu my bos tanya la nak jadi AJK apa...so i ingat i habis cerdik la pilih AJK JEMPUTAN Dan PENDAFTARAN sebab i membayangkan i hanya perlu duduk kat meja pendaftaran sambil buat muka comel sikit-sikit dan senyum persis kambing gurun...so i dengan kawan baik i si citot pun dengan bangga pilih la AJK tersebut...

tapi itu hanya angan-angan mak jemah je sebab sebenarnya AJK JEMPUTAN dan PENDAFTARAN adalah kedua paling susah lepas AJK PROTOKOL... i dengan citot kena carik VVIP untuk majlis tersebut, jemput semua orang penting dekat UPM termasuklah semua canselor,pengetua dan pengurus, pelajar-pelajar dan alumni...okee nampak tak kestressan yang sedang berlaku nie? AJK lain masih boleh main tuju selipar lagi masa awal-awal tahun tu sebab dinner bulan 5 tapi ktorg yang AJK jemputan nie dah pening muntah darah bila VVIP yang dijemput asyik mereject jemputan je...VVIP yang ke 4 baru laa setuju nak datang...yang lain semua busy mengalahkan rosmah mansor...=.=" 

Masa hari kejadian, i tak jaga kaunter pendaftaran pun...nampak tak angan-angan nak menayangkan muka tak kesampaian di sini bila i kena jadi runner untuk dinner tu...berbekalkan kasut setinggi 10 inci i lari dari lobi ke hall dekat 100 kali tahu? dah macam watson nyambek versi pompuan dah...berambat-rambat lari nak make sure majlis okee...jarak antara lobi n hall adalah jauh dan cuba bayangkan i yang berlari-lari terkangkang-kangkang bersama kasut tumit berinci-inci itu...phuiii~ patah 2 kaki persis model nie...kbai...


dengan my best assistant ever~ :)

sedikit tips untuk mereka yang tetiba TERjadi AJK JEMPUTAN dan PENDAFTARAN :

1) Sila buat surat jemputan VVIP awal-awal sebab nak kena jemput awal sebab diorang nie golongan VVIP yang schedule kemain penuh sepanjang tahun dari tahun gajah lagi...
2) Sediakan dari awal sekurang-kurangnya 5,6 orang VVIP yang bakal dijemput untuk back up plan in case yang pilihan pertama tak dapat hadir...

3) Buat list jemputan utk tetamu so dat tak la berkeceramuk nanti...
4) Make sure ada sekurang-kurangnya 3 orang pembantu bawahan...
5) Lastly, pliz make sure that tak ada nama yang tercicir dalam jemputan...nanti akan timbul isu yang sangat besar kalau ada terlupa jemput orang...




~junior-junior~

~org kuat MSG~ 

tema masquared mmg sangat gempak...:) 

puteri lilin...:P

^_^

~ladies with bos~ 

mei 2012

~buat style~


Monday, July 16, 2012

the moment

hye...iye...sekarang nie memang zaman otak mengalami kekurang sel-sel yang bergabung menyebabkan nak keluar 1 entry pun kemain susah tau...kena bertafakur sepam 2 sambil menari cak lempong 2,3 langkah baru leh siap satu entry...tu pun kalau siap...kalau tak memang mohon jgn sakit hati sebab bukak je blog rapunzel asyik nampak entry lama...jgn bom kan lappy anda sebab bukan lappy anda yang rosak tapi memang sebab blog tak berhupdate...=.=" *okee..lari tajuk*

sem 6 hari tu banyak sangat benda yang jadi dalam hidup...walaupun dah ketinggalan zaman i dengan penuh tawadok' dan saksamanya akan menerbitkan perkara-perkara yang jadi...haa...memang...memang blog nie suka update menda yang dah basi-basi...tu trademark! one of the beautiful moment that happen is my friends and i punya trip ke langkawi...sangat la seronok dan beronok-ronok...

sebenarnya ktorg pergi 3 tempat utama je kat langkawi tu iaitu cable car, island hoping dengan beras terbakar...waktu yang selebihnya adalah digunakan untuk bersesat-larat di dalam kereta...kawan i yang bernama yusri saban (memang nama sebenar) tu yang pegang map...bukan 1 yang dia pegang tapi 3 map langkawi yang dia pegang dan tahap kesesatan adalah langsung tidak menemui jalan yang benar...-.- kemain tunjuk hebat pegang sampai 3 map bagai...tapi......phuii......asyik berpusing tempat yang sama 10 juta kali...tapi trust me, kalau i yang pegang map...i syak ktorg akan pusing di tempat yang sama sebanyak 20 juta kali dan akhir sekali akan sampai siam...lagi hebat bukan? :3

even ktorg sesat dan tidak menemui jalan kebenaran...tapi ktorg tetap rasa best yang melampaui batas sepanjang 3 hari duduk kat sana...memang best gila...:D maybe sebab spend time sama-sama...sesat pun masih bergelak ketawa dan penat pun masih boleh tersengeh-sengeh seperti kerang busuk di lautan dalam jangan di duga...

us together~ :D

gadis topi kebun

beras terbakar panggil bomba...

with rumate n her boyfie~ 

posing poyos2 sedunia...

dataran lang long ling...

boys n gurls zone...
style k-pop...:P

p/s : next trip gonna be sabahan~!

Friday, June 22, 2012

hye again~

hye nama saya zulaikha in case u'olls terlupa nama i...=.="

been busy all this time and can't even write any single thing here...

feel crap to start blogging again...

insyaAllah i akan start semula masuk ke dunia blogger... *budjet retis*

kind of miss so much my blogger frens...tapi ktorg banyak sembang kat twitter kot...so xla loser sangat rasa perasaan ini!? -.-"

in case terlupa muka i...so this is me... tadaaaaaaaaaaa~~


:P

                                                                   okee tipu..=.=" 


                                        nie sebenar...kbai...


nama saya ika...orang panggil ika danish...*tipu lagi*

Sunday, February 26, 2012

bulan lima nanti

ini entry yg langsung tak kelakar dan harus kasihan apabila selesai baca...setiap orang ada kelemahan masing-masing kan? kena la ada sebab tiada manusia yang perfect...kalau ada orang cakap dia perfect sila hubungi tanjung rambutan dengan kadar segera dan campak kan saja orang itu ke sana dalam kiraan 10...

i rasa sangat kasihan dengan diri ini sebab langsung tak berani nak drive n akan berpura-pura sawan setiap kali family suruh ambil lesen...i pernah je amik lesen time after SPM dulu dan lepas tu langsung tak ke mana sebab nampak je bukit, pengsan...nampak je tiang-tiang nak parking, koma...so memang tak payah la nak teruskan lagi...masa lepas SPM i la paling semangat waja antara calon awal yg eksited terlebih pergi daftar amik lesen tapi sebenarnya sampai sekarang i la paling ngek belum pun ada lesen n kawan-kawan i yang slow n steady dulu tak kecoh macam i pulak yang dah drive ke sana sini sambil bunyi hon setiap kali lalu depan rumah...waaahhh, sangat kurang pendidikan sivik di situ...kemudian timbul la perasaan LOSER teramat dalam diri maka mengambil keputusan akan mengambil lesen kapal terbang supaya nampak up semula...-.-

tapi i rasa nie adalah faktor genetik sebab apa i tak mampu ambil lesen sampai sekarang...sebab yang paling munasabah adalah kerana my mom n my mak cik sedara n my kazen kebanyakkan ada masalah fobia membawa kenderaan...semua jenis terdiam kaku tanpa menguit kalau duduk kat tempat pemandu...mama pun pernah belajar drive jugak pastu dia pun give up bila time nak naik bukit, kemain masa mula-mula belajar tu drive bapak la laju macam pelesit kat jalan raya, berlagak tau call hari-hari cakap senang je drive bla...bla...bla...lepas tu bila sampai tang bukit je terus cakap "ehhh...mama malas la amik lesen...ayahkan ada boleh bawak mama pergi mana-mana" =.=" haa...nampak tak ini memang faktor genetik? mengikut kajian sains memang kalau kita ada perangai pelek-pelek n takut sesuatu benda memang ada kena mengena dengan faktor genetik yang diturunkan oleh orang yang mempunyai persamaan DNA dengan kita...(kajian sains adalah rekaan)

setiap semester break mesti dalam senarai nak buat apa sepanjang cuti tu i akan letak "WAJIB AMBIL LESEN" but the end of the day yang esoknya nak masuk sem baru mesti akan pura-pura terkejut dan berkata dengan nada yang sangat sedih "ehhh...semester break dah habis...alaaa...tak sempat nak ambil lesen pun...kenapa la break sekejap sangat?" perkara nie dah berlanjutan sampai sem 6...baguskan perangai mulia nie?  mohon tepuk tangan kuat-kuat~

tapi sekarang i dah dapat jalan penyelesaian kepada masalah fobia untuk memandu nie...sila baca artikel nie 



sooo...kalau kereta auto pun tak boleh drive memang patut di campak ke sungai golok laa...bulan 5 nanti i akan ambil jugak lesen dengan penuh berhemah dan tawadok'...sila semua doakan i...:D 


lesen kapal terbang yang bakal dimiliki...:) ini adalah kapal terbang...kalau sapa kata selain dari kapal terbang akan di lontar ke hutan amazon! *amaran keras




Sunday, February 19, 2012

bukti

tidak...tidak...i masih lagi bekerja sebagai seorang pelajar sepenuh masa di UPM...belum lagi menukar profession sebagai seorang penyiasat CSI...arakian tajuk entry adalah "bukti" tapi bukan bermaksud i akan memperketengahkan bukti untuk kes pembunuhan Altantuya yang masih belum selesai dan telah senyap di telan zaman...nehi....nehi...i nak bagi bukti kenapa PELAJAR TIDAK PERLU MENGAMBIL SUBJEK YANG TIADA KENA MENGENA DI ANTARA HIDUP DAN KEHIDUPAN MEREKA...

haaaa...inilah sebabnya...tadaaaa~

kalau tak nampak pandai-pandai la bagi nampak...kang letak besar-besar cakap riak takbur pulak...=.="

ini adalah entry susulan kepada entry yang bertajuk "aku comel" (sebenarnya tajuk lain saja nak tukar supaya nampak lebih perasan di sini)...hari tu dah cakap dah...tak perlu mengambil subjek yang boleh menyebabkan kecacatan pointer...pfttt~ kan dah terbukti...macam nak je jumpa menteri pendidikan untuk tanya apakah relevan mengambil subjek yang tiada kaitan dengan kos sebenar...tapi mengenangkan menteri pendidikan adalah timbalan perdana menteri, haaa tak apa...kita kuburkan sahaja niat tulus tersebut...=.=

okee tak apa la kalau nak suruh belajar banyak subjek sebab boleh membantu masa kerja nanti tapi dah sah-sah la subjek tersebut langsung tidak nampak apakah perkaitan dengan kos tersebut...kenapa nak suruh ambil jugak kan? psikologi belajar tentang coding HTML adalah langsung tidak bermanfaat...sampai sekarang tertonggeng memikirkan kenapa kena belajar coding HTML yang susah tu untuk kos psikologi? kenapa? kenapa? kenapa? *sambil lari sepoloh pusingan padang UPM dengan memegang kepala*

princess said : pape pun...syukur sebab result sem nie Alhamdullilah dekan...:) thnx u Allah...^.^ errr...orang yang nak belanja tu jangan la lupa janji anda okee? tp macam dah lupa je...kbai~ T.T