Sunday, January 15, 2012

nama itu anugerah

setiap orang kat muka bumi nie ada nama sendiri kan? takkan la nak panggil "hoi-hoi" je tiap kali jumpa kalau tak ada nama kan? itu kurang manis dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman atau lebih difahami sebagai kurang kesopanan pendidikan sivik kalau kita "hoi-hoi" orang je...nama sangat penting! Alert okee? NAMA SANGAT PENTING!!~ nama tu anugerah..:) *dah macam contoh karangan spm*

tapi i sangat tak paham kenapa seseorang tu langsung tak hargai nama yang parents diorang kasi? i nak kasi beberapa contoh kat snie...tadaaaa~ 

ini sekadar contoh...sila jangan saman blog ini kalau tuan kepada nama membacanya...=.=" *cuak*
haaa..memang la nama kat facebook je pun...tapi macam perlu ke nak letak nama yang tersangat-amat-pelik-aku-baca-pun-tak-paham-kenapa-kau-letak-nama-itu-dan-macam-kau-berbangga-dengan-nama-tersebut *sila baca dalam satu nafas*...kalau nama kat FB tu boleh tak letak yang agak formal at lis ada kena mengena dengan nama sendiri? kalau nama juliana, letak la juju ke, ana ke, juli ke, julia ke, liana ke...kan macam ada kena mengena...at lis orang macam paham kenapa nama tu yang korang pilih...tapi kalau nama juliana then kau letak "penguin" or "anak manja" or "aku dak kiut" or "pelangi petang" or "aku pemalas kemas bilik"...haaa...tu memang tak faham kan? at lis kalau letak nama "aku pemalas kemas bilik" (juliana)...tak pe lagi...nie memang semata-mata "aku pemalas kemas bilik"...pffttttt~

kalau nama kat blog or twitter i rasa semua orang pun tak ada masalah kot...itu memang orang akan buat nama samaran dan orang tak ambik port sangat kalau bukan nama betul...tapi kalau dekat FB...itu pelik...FB kan ada kawan sekolah, family, saudara mara, kawan kerja, majikan dan sewaktu dengannya la kan? bukan ke akan rasa macam malu sampai nak benam kepala dalam tanah kubur je kalau nak bagitau bos korang:

"iye boss...saya ada FB bos...add la FB saya bos...nama FB saya kain batik koyak..."    =.="

kalau i nampak geng-geng bernama pelik ini, i akan berfikir selama 1 jam apakah perkaitan nama sebenar dengan nama yang pelik tersebut...i akan kaji dan final result i dapati:

"damn! aku tak paham apakah motif kau letak nama sebegini rupa?"

kakyang said : ana...jgn bunuh kakyang...kakyang bagi contoh je...*hahaha*

Friday, January 13, 2012

motif?

hewhewhew *ini gelak gedik bagi permulaan entry*...i nak bagitau yang i dah habis exam...seronok sangat...rasa macam nak lari bogel kat tengah padang UPM nie tapi untuk mengelakkan publisiti i melebihi amalina si seluar legging...so i batalkan niat suci i tersebut...duduk dalam bilik diam-diam sambil golek-golek...:)

hurmmm...sebenarnya i nak mengetengahkan satu topik yang menghantui hidup i sejak bergelar student nie...satu benda yang memang i tak faham dan tak akan faham apakah motifnya perlu mengambil subjek yang tak ada perkaitan diantara hidup dan mati? ...kalau korang student i hope korang baca dan sudi-sudi la drop komen okee? *ini arahan!*

i ambil "bacelor science-human development minor psychology" *wahh...panjang beno nama course*...my course more about psychology and human and therapy and counseling and sewaktu dengannya la kan...tapi ada satu kemusykilan di kepala hotak i nie...kenapa course i macam tiba-tiba kena ambil statistik dan teknologi maklumat? =.="  kenapa? kenapa? 

macam dulu i ambil statistik...dari awal sem sampai la ke hari exam, i keep asking "why i have to take this subject? why? why?" i tak paham apa kejadahnya nak ambil statistik bagi budak psiko? adakah masa tengah buat sesi terapi atau sesi kaunseling nanti tiba-tiba i kena ambil calculator dan kira percentage kegilaan dan ke"stress"an yang dialami oleh client i nanti? atau time sesi tu i tiba-tiba akan melakar graft probability untuk mengukur tahap pemasalahan yang dialami oleh client-client i...adakah itu tujuan utamanya? =.=" huh...i dah la sebenarnya ada sedikit *sebenarnya banyak* masalah bengong yang amat ketara dalam matematik sepanjang kehidupan...so disebabkan statistik yang tak diketahui tujuan asal perlu diambil tu i punya pointer terus jadi cam ngek satu sem tu...haaa...kan dah memberi kesan yang memang tak boleh blah la kan?

untuk sem ini pulak i kena ambil teknologi maklumat...haaa...ini lagi satu...adakah semasa mengkaji punca utama stress client tu i tiba-tiba kena bukak lappy dan bukak note pad dan menaip coding html? coding html yang dah memang sah-sah tak ada kaitan dengan budak psiko kan? atau adakah time client tengah meluah perasaan bagai nak rak dengan harapan masalah yang membelenggu dia tu dapat diringankan, i dengan tiba-tiba kena bukak Microsoft Access dan key in data yang tak ketahuan pasal benda lain? macam tu ke? tak ada perkaitan kan? kan? i memang tak faham...dah la paper teknologi maklumat tadi susah tahap puaka tebing biru...lepas jawab berlari-lari ke cafe dan makan seguni nasi dengan harapan hilang ingatan pasal paper yang susah itu...*cis bedebah punya paper!*

gigih melukis untuk menunjukkan level stress tahap dewa sedang melanda diri...=.="
princess said : memang tak ada motif kan? *sila angguk laju-laju*... ~.~

Tuesday, January 3, 2012

kbai~



siaran ini tergendala seketika

nak exam minggu nie sampai minggu depan

so tak sempat nak merepek meraban kat sini

sila jangan rindu sangat (budjet retis ada org nak rindu)

n

jangan rasa depress sangat sampai nak lompat bangunan bila bukak blog nie tapi tak ada entry baru

*terutamanya mila n toney...jgn la marah aku tak hupdate aku busy meneruskan hidup nie*

wish me luck untuk exam yang menjadi feveret aktiviti tiap semester...=.=" 

kbai~ 

*nak study sambil tidur n tengok utube...kau mampu?*


ika said : sila sedekahkan al-fatihah kepada arwah pak cik yang meninggal khamis lepas...semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman... T.T