Sunday, February 26, 2012

bulan lima nanti

ini entry yg langsung tak kelakar dan harus kasihan apabila selesai baca...setiap orang ada kelemahan masing-masing kan? kena la ada sebab tiada manusia yang perfect...kalau ada orang cakap dia perfect sila hubungi tanjung rambutan dengan kadar segera dan campak kan saja orang itu ke sana dalam kiraan 10...

i rasa sangat kasihan dengan diri ini sebab langsung tak berani nak drive n akan berpura-pura sawan setiap kali family suruh ambil lesen...i pernah je amik lesen time after SPM dulu dan lepas tu langsung tak ke mana sebab nampak je bukit, pengsan...nampak je tiang-tiang nak parking, koma...so memang tak payah la nak teruskan lagi...masa lepas SPM i la paling semangat waja antara calon awal yg eksited terlebih pergi daftar amik lesen tapi sebenarnya sampai sekarang i la paling ngek belum pun ada lesen n kawan-kawan i yang slow n steady dulu tak kecoh macam i pulak yang dah drive ke sana sini sambil bunyi hon setiap kali lalu depan rumah...waaahhh, sangat kurang pendidikan sivik di situ...kemudian timbul la perasaan LOSER teramat dalam diri maka mengambil keputusan akan mengambil lesen kapal terbang supaya nampak up semula...-.-

tapi i rasa nie adalah faktor genetik sebab apa i tak mampu ambil lesen sampai sekarang...sebab yang paling munasabah adalah kerana my mom n my mak cik sedara n my kazen kebanyakkan ada masalah fobia membawa kenderaan...semua jenis terdiam kaku tanpa menguit kalau duduk kat tempat pemandu...mama pun pernah belajar drive jugak pastu dia pun give up bila time nak naik bukit, kemain masa mula-mula belajar tu drive bapak la laju macam pelesit kat jalan raya, berlagak tau call hari-hari cakap senang je drive bla...bla...bla...lepas tu bila sampai tang bukit je terus cakap "ehhh...mama malas la amik lesen...ayahkan ada boleh bawak mama pergi mana-mana" =.=" haa...nampak tak ini memang faktor genetik? mengikut kajian sains memang kalau kita ada perangai pelek-pelek n takut sesuatu benda memang ada kena mengena dengan faktor genetik yang diturunkan oleh orang yang mempunyai persamaan DNA dengan kita...(kajian sains adalah rekaan)

setiap semester break mesti dalam senarai nak buat apa sepanjang cuti tu i akan letak "WAJIB AMBIL LESEN" but the end of the day yang esoknya nak masuk sem baru mesti akan pura-pura terkejut dan berkata dengan nada yang sangat sedih "ehhh...semester break dah habis...alaaa...tak sempat nak ambil lesen pun...kenapa la break sekejap sangat?" perkara nie dah berlanjutan sampai sem 6...baguskan perangai mulia nie?  mohon tepuk tangan kuat-kuat~

tapi sekarang i dah dapat jalan penyelesaian kepada masalah fobia untuk memandu nie...sila baca artikel nie 



sooo...kalau kereta auto pun tak boleh drive memang patut di campak ke sungai golok laa...bulan 5 nanti i akan ambil jugak lesen dengan penuh berhemah dan tawadok'...sila semua doakan i...:D 


lesen kapal terbang yang bakal dimiliki...:) ini adalah kapal terbang...kalau sapa kata selain dari kapal terbang akan di lontar ke hutan amazon! *amaran keras




Sunday, February 19, 2012

bukti

tidak...tidak...i masih lagi bekerja sebagai seorang pelajar sepenuh masa di UPM...belum lagi menukar profession sebagai seorang penyiasat CSI...arakian tajuk entry adalah "bukti" tapi bukan bermaksud i akan memperketengahkan bukti untuk kes pembunuhan Altantuya yang masih belum selesai dan telah senyap di telan zaman...nehi....nehi...i nak bagi bukti kenapa PELAJAR TIDAK PERLU MENGAMBIL SUBJEK YANG TIADA KENA MENGENA DI ANTARA HIDUP DAN KEHIDUPAN MEREKA...

haaaa...inilah sebabnya...tadaaaa~

kalau tak nampak pandai-pandai la bagi nampak...kang letak besar-besar cakap riak takbur pulak...=.="

ini adalah entry susulan kepada entry yang bertajuk "aku comel" (sebenarnya tajuk lain saja nak tukar supaya nampak lebih perasan di sini)...hari tu dah cakap dah...tak perlu mengambil subjek yang boleh menyebabkan kecacatan pointer...pfttt~ kan dah terbukti...macam nak je jumpa menteri pendidikan untuk tanya apakah relevan mengambil subjek yang tiada kaitan dengan kos sebenar...tapi mengenangkan menteri pendidikan adalah timbalan perdana menteri, haaa tak apa...kita kuburkan sahaja niat tulus tersebut...=.=

okee tak apa la kalau nak suruh belajar banyak subjek sebab boleh membantu masa kerja nanti tapi dah sah-sah la subjek tersebut langsung tidak nampak apakah perkaitan dengan kos tersebut...kenapa nak suruh ambil jugak kan? psikologi belajar tentang coding HTML adalah langsung tidak bermanfaat...sampai sekarang tertonggeng memikirkan kenapa kena belajar coding HTML yang susah tu untuk kos psikologi? kenapa? kenapa? kenapa? *sambil lari sepoloh pusingan padang UPM dengan memegang kepala*

princess said : pape pun...syukur sebab result sem nie Alhamdullilah dekan...:) thnx u Allah...^.^ errr...orang yang nak belanja tu jangan la lupa janji anda okee? tp macam dah lupa je...kbai~ T.T

Friday, February 17, 2012

bertukar wajah

sangat bersopan santun bukan tajuk entry ini? bagus ye cik rapunzel sekarang...penggunaan ayat juga makin bersopan mencerminkan diri sendiri yang mempunyai rupa paras iras Nora Danish...ow...masih belum berubah rupanya, masih mengekalkan sifat perasan yang amat ketara yang mampu menyebabkan pembaca muntah membaca entry beliau dan memberi kaki masing-masing tanda "teramat" setuju beliau mempunyai rupa paras iras Nora Danish...*melalut*

haaa...nampak tak blog nie dah bertukar wajah atau lebih dikenali sebagai transformasi di era globalisasi? *kemain ayat bahasa melayu A1 dah keluar*...i kan dah umur 18 tahun untuk tahun 2012 nie (tipu)...HARUS laahh ada perubahan? blog yang lama macam bebudak zaman jahiliah laa...mana masuk dah dengan jiwa rock kapak i untuk tahun baru nie dah...so i decided to change la my layout...:) 

zaman jahiliah 
|
|
|
|
|


zaman rock kapak 
|
|
|
|
|


konsep blog nie memang harus memegang frying pan untuk header supaya nampak-cool-macam-comel-ini-perasan-lalu-kau-jangan-jelez-kalau-blog-kau-tak-mampu-meletak-header-memegang-frying-pan-seperti-ini (cara baca : satu nafas laju-laju kalau tak cukup nafas ulang balik)...nampak tak kegigihan i mencilok frying pan di dapur demi header ini? harus di puji kegigihan itu...kalau ada contest header yang paling gigih i rasa blog nie WAJIB menang!



kedua-dua header ini dibuat oleh *bunyi drum* -----> ZOUL 



princess said : hey zoul...beta mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan hamba untuk layout and header yang comel dan sangat sesuai dengan jiwa rock kapak beta...apa ingat muka cute hati tak boleh rock ke? ceittt~

Wednesday, February 15, 2012

tanpa suara #4




hampir sama...

tapi berbeza...



p/s : typo is not good for your health...haha...errrkkk...dear my lovely fren...jangan marah aaa~ :P

Monday, February 13, 2012

farah's wedding

i rasa lepas nie i dah boleh kahwin sebab my best friend yang bernama farah (nama singkatan beliau bagi mengelakkan google search mempopularkan beliau) sudah pun menamatkan riwayat hidup sebagai seorang bujang...apa kaitan dengan i? haaa...iye memang ada kaitan di antara hidup dan kehidupan sebab dari awal beliau bertunang sampai la ke akhir step beliau naik pelamin bersanding sambil bergelak-gelak gemok bahagia di atas pelamin bersama suami tercinta semua i ada...i syak i kembar tak seiras beliau sebab ada di setiap inci majlis beliau...errr...atau pun i lebih dikenali sebagai seorang penyebok tegar yang tegar menempek kan muka di setiap perkara yang berlaku? haaa..itu mungkin juga...=.= 

  1. Bertunang
  • farah bertunang warna emas...cun jugak warna nie...i nanti nak warna pink! pink! pink! *ehhh..ini adalah entry untuk farah yang kau sebok nak cakap pasal warna kau nak bertunang kenapa ika? kenapa? ada orang tanyakah?* ~.~ 
bertunang...:) she looks awesome!

   2. Henna
  • i teman farah pergi henna tapi hanya teman yang sia-sia dan langsung tidak memberi sebarang faedah kerana kena tunggu henna tu kering jugak walaupun dah siap lukis-lukis bagai sebab kebongokkan i sendiri yang bukan boleh drive pun untuk bawak beliau balik...err...sorry ye PUAN FARAH...
lukis-lukis, conteng-conteng dan tadaaa~ siap! :D

   3. Nikah
  • Nikah adalah pada 10.02.12...sebelum i dengan kekawan pergi majlis nikah, ktorg sempat pergi beli hadiah kat eerr...tempat dirahsiakan harap maklum =.=...hadiah bapak kepada bapak la besar...saja pilih hadiah besar-besar dengan harapan masa i kahwin nanti farah akan hadiahkan sebiji peti sejuk sebagai balasan...                                                      sambil berkata dalam hati : hoi...sebiji je aku mintak la farah...kemon la jangan gelak-gelak baca hadiah yang aku mintak nie...aku tengah serius nak mati nie...nampak? 0.0 sila kumpul duit dari sekarang untuk masa depan yang lebih cerah bagi menghadiahkan aku peti sejuk...
my besties yang dah jadi bini orang...no more karok nampaknye yee~ !.!

kami-kami yang memeriahkan majlis...

4. Bersanding 
  • Bersanding 11.02.12...:) sempat snap beberapa keping gambar sahaja lepas tu hanya memerhatikan beliau dari jauh yang berseri macam kuih yang dibuat oleh kak suri jiran mak cu dekat kampung *ini tiada kaitan*...
besar kan hadiah ktorg? nampak sangat berbaloi farah membalasnya dengan sebiji peti sejuk...:O

b.f.f...sekarang dah kurang lagi sorang...T.T tinggal berlima je pasnie...:(

errrkkk...sila abaikan rapunzel yang dah terexcited lebih lalu tersenyum lebih...=.=" 
farah & suami...:)
zulaikha said : hoi cik...err...puan ye sekarang...puan farah...selamat pengantin baru dan happy selalo...macam tak percaya ko dah kahwin padahal dulu kite menari zapin sama-sama time tadika yang diajar oleh cikgu norizan dan amat lah comel kita pada waktu itu...tapi sebenarnya sekarang pun kita masih comel...-.- nanti jangan lupa cerita kat anak ko pasal 'kebaikan' kita time sekolah dulu yang pernah disebat di koridor oleh cikgu aini dan pernah menyorok dalam libry dan dimarahi oleh mak cik lat  sebab ponteng kelas..kbai...^__^ owh...lagi satu...cerita 'kalaivani' jangan lupa sampai bila-bila okee? haha...:P

Sunday, February 5, 2012

DSLR

i sure ramai orang kat dunia nie dah pakai dslr kan? kan? opss~ ini bukan entry untuk menyatakan kemegahan mempunyai dslr okee? tak main la nak berlagak-berlagak nie...takat dslr je pun, bukan nye i ada cincin bernilai 27 juta pun kan? -.-" i terpanggil-panggil untuk menulis entry ini pun disebabkan one of my friends yang tersangat kagum kepada orang yang ada dslr  namanya husna asmawi (memang nama sebenar)...tiap kali nampak orang ada dslr boleh tahan luas jugak la mulut beliau ternganga yang boleh memasukkan sekurang-kurangnya seekor siamang yang miang...tapi pada i la kan tak guna jugak ada dslr bagai kalau :

  • tangan yang menangkap langsung tidak berseni kreatif dan inovatif
    • kalau dapat kat tangan orang yang langsung tidak kreatif ibarat melukis orang lidi pun senget dan melukis buaya menjadi zirafah maka memegang camera dslr adalah tidak layak baginya...memang tak payah bagi dslr ke...bapak dslr ke...nenek dslr ke...adek beradik tiri dslr kepada dia okee? sebab gambar yang bakal dihasilkan adalah seperti pffftttttt~~~ (~.~) 
contoh tangan yang tidak berseni langsung...camera dslr tp hasil macam camera yang pakai kodak zaman dolu2...
  • tidak belajar dengan baik cara gunakan dslr
    • pada i laa...kalau ada dslr tapi takat gantung kat leher mengheret ke sana ke mari tak bererti jugak...buat patah tengkuk je sebab dslr boleh tahan beratnye...kita kena pandai main dengan dslr...maksud "main" disini adalah mengunakan secara manual dan tangkap berpuluh-puluh gambar secara berhemah...bukan "main" seperti campak-campak untuk tuju selipar yang dicuri di masjid...lagi satu kalau guna automatik button je baik tak payah sebab yang tu anak mak jemah sebelah rumah yang umur 3 tahun setengah tu pun boleh buat n hasilkan gambar yang cantek...

ini adalah hasil dslr + edit oleh penguin juju...

  • hanya meninggalkan dslr di rumah buat frame gambar
    • memang la dslr agak berat dan renyah untuk dijaga tapi ape kejadahnya kalau ada sebijik tapi tinggal kat rumah buat hiasan dinding? baiklah di baling ke lombong berdekatan buat makanan ikan je kalau tak guna dslr dengan baik kan? tapi ceritanya disini adakah ikan makan dslr? okee...ini tak lawak...jangan pandang i dengan pandangan loser tak pandai buat lawak tersebut sangat laaa...
ini hyperbolasepak...
  • idea dah kering disebabkan ada perkara tak diingini berlaku akhir-akhir nie...nak menaip pun jenuh terlentang tergolek tertirap terjelepok mencari idea...kang makin tak larat pulak korang membaca disebabkan bohsan...kbai~ 

Friday, February 3, 2012

happy birthday penguin

wanted penguin in the world! *budjet cun la posing cmgini:...phuiii*

nama :  
penguin tinggi


umur :  
PMR candidates tapi langsung tiada tanda-tanda akan mengambil PMR pada tahun ini...langsung tak ada walaupun sebesar zarah...=.="


feveret aktiviti
- chatting kat FB sampai i naik meronsing tengok...
- tengok glee sampai tercabut mata...
- bukak utube sehingga laptop hampir terbakar...
- tangkap gambar kakaknya yang comel...:P


perangai
- langsung tidak ada tanda-tanda akan mengemas bilik walaupun bilik sudah seperti sarang tebuan...
- langsung tidak akan membaca buku walaupun exam keesokkan hari...
- langsung tidak akan membasuh pinggan walaupun tinggal sebijik...
- akan menangis dan mengamuk jika kemahuan tidak dipenuhi...
- sangat manja hingga mahu termuntah melihatnya...

ucapan :
hoiii...selamat hari tua bangka dan sila jangan malas baca buku...dah tak larat dengar mama membebel-bebel...SEBULAN SEBELUM PMR KAMU WAJIB DEACTIVE FB! walaupun kamu dah besar kak yang still rasa kamu adek kecik kak yang yang comel-comel n manja n i love u so much dear adek! *ehh...ehh...sila lap air mata terharu tersebut...kuikui*

we share the same date of birthday  n we love each other~ sarang-nge! <3
princess said : 
3.2.1990 ----> my birthday...*okee...i muda lagi paham?*
3.2.1997 ----> my sister birthday which is PENGUIN TINGGI...
:) same date but different year...