Monday, August 27, 2012

selamat hari raya 2012




~selamat hari raya~

~salam aidilfitri~

~maaf salah dan silap~

p/s : boleh post duit raya ke kampar,perak...kbai...:P

Thursday, August 16, 2012

nama dia juliana

i nie ada masalah pelupaan yang serius juga...i tak ingat apa pengalaman berpuasa i masa kekecik dulu...i rasa i manusia yang normal maka haruslah berpuasa penuh sejak usia mencecah 5 tahun...mama memang galakkan kami adek-beradek puasa awal-awal sebab nak mengajar kami dari kecik katanya...sebenarnya kalau tak puasa nanti mama akan menganjing dan akan rasa loser teramat ,maka lebih baik la berpuasa ye tuan-tuan dan puan-puan sekelian...tapi juliana i rasa dia lain sikit...mungkin atas faktor anak bongsu-kesayangan-keluarga-manja-nak-mampus-menyampah-aku-phui maka dia berpuasa agak lewat sikit...i syak la, i pun tak sure sangat sebab i kan ada dimentia...

apa yang i ingat pasal juliana yang sampai sekarang tak boleh lupa ialah, tiap kali i dan bangah dan balong puasa dia akan dengan slumbernya makan depan kami, minum tanpa segan silu dan berambat-rambat membawa ice cream ke sana sini tanpa rasa bersalah...bila perkara ini berlaku, i dan bangah akan pergi dekat dia dan situasi berikut berlaku :

kak yang : hoii ana...tak malu ke tak puasa? Allah marah...

bangah : haah...Allah marah nanti, Allah tak suka orang tak puasa...nanti masuk api neraka...

juliana : hah? iye ke? 

kak yang : iyeee...api neraka panas...nanti Allah marah pastu kamu masuk neraka...padan muka...

juliana : okee...kejap orang nak tanya "Allah boleh ke makan??" (suara berbisik seperti iklan yusof thaiyob)

juliana versi suara garau : "BOLEHHH"

juliana : haaa...tu Allah cakap boleh tu... *sambil sambung menjilat ice cream di tangan dengan rakus dan berlalu pergi* 


my only beloved sista ever...:) 

Friday, August 10, 2012

bukan anak saya

harap anda faham sefaham-fahamnya bahawa entry ini adalah untuk menerangkan tentang anak kawan i...bukan anak i...i belum kahwin pun lagi so ikut celah mana pulak i akan ada baby kan? target i kahwin adalah 5 tahun dari sekarang...apakah lambat sangat? =.=" apakah? apakah? masa itu, for sure kawan i yang dah beranak 1 nie akan beranak sehingga 3 lagi dan kawan i si farah mesti sekurang-kurangnya dah ada 3 anak dan i masih tegar mempunyai anak mata dan anak india sebelah rumah serta anak patung sahaja... *mohon baca dengan nada berbaur jeles*

my best friend yang i kawan since sekolah rendah dulu dah pun selamat bersalin hari tu *tak ingat tarikh sebab terlalu busy bekerja (baca : saya seorang pelupa)*...comel gila anak dia...nama khalish...i geram sangat so i rasa i cium pipi budak tu adalah dekat sejuta kali jugak...pipi dia bakal lunyai...kesian...kalau pipi anak dia i kiss sampai sejuta kali, i syak i akan kiss pipi anak i nanti 30 juta kali sehari...:3 

masa jumpa tikah, dia pun cerita pengalaman dia lahir anak sulung dan tiap kali teringat i akan pura-pura sawan supaya daya ingatan i menjadi lemah dan terlupa terus...*mulut berbuih-buih* 

kbai...

me with him...:)

style santai...mimpi tepi pantai lettew~ 

i brought this with miela...mahai tuuu...=.="

comel kan? baby nie pandai posing laa...:O

miela...tikah....zulaikha...khalish....
p/s : happy dengan baby baru ye tikah n harith...:D 

Tuesday, August 7, 2012

kepatahan kehatian

tuan-tuan dan puan-puan sekali...

oleh kerana blog ini telah ditegur oleh kekawan saya sebagai blog yang tidak berilmiah maka hari ini saya dengan penuh keinsafan diri semperna bulan-ramadhan-yang-penuh-kepenatan-dan-keberkatan-siapa-tak-puasa-tak-boleh-raya ini, maka saya akan mengeluarkan entry yang penuh ilmiah...mohon teruskan pembacaan kerana ianya sangat berilmiah...terutamanya kepada orang yang hatinya patah berderai-derai akibat dicerai kekasih hati...

i rasa semua orang pernah merasa patah hati nie...kalau tak pernah jadi dalam hidup korang tak thrill la kan? apa ke jenis hidup kalau tak pernah rasa sedeh dan kecewa nie kan? it was a part of life sebenarnya...benda nie akan ajar kita jadi lebih matang dan more careful di masa akan datang...:) so kalau rasa cam kecewa gegila macam gunung everest jatuh atas badan dan menghempap kepala sampai nak bernafas pun susah, relaxs...relaxs...ini i ajar cara macam mana nak sembuh cepat okee? nampak tak point ilmiah dah keluar nie? nampak tak kekawan?? (hoi ecah...nie aku buat entry ilmiah nie! mohon puji di FB!)

1. jangan ambil peduli tentang dia
tak kisah la apa jadi pada dia, dia nak kahwin dengan orang nepal ke, nak mati terjun banggunan ke, nak bergolek tengah jalan raya ke, nak apa je la kan...jangan ambil kisah dah...jangan ambil kisah sampai korang rasa yang korang memang dah tak ada hati dengan dia...kalau rasa dah leh terima kenyataan yang korang dan si dia dah clash so time tu boleh la nak menyebok sebab tak akan rasa apa-apa dah...

2. jangan gatal-gatal tangan bukak page FB dan twitter dia
tolong la tangan korang tu jangan gatal sangat bukak page facebook n twitter dia? kalau rasa nak bukak je cepat-cepat hantuk kepala ke dinding dengan kadar kelajuan maksima...dah kenapa nak gatal tangan sangat nak menyakitkan hati sendiri?

3. jangan contact dia lagi
jangan la nak pergi mesej-mesej bagai seperti :

"kehadapan awk yang diingati selalu,apa khabar? baiklah hendaknya...saya amat merindui awak...bolehkah kita couple semula?"

dah clash pun kan? kenapa nak mesej lagi? call lagi la jangan...kemon laa...banyak lagi benda lain yang boleh dibuat seperti menonton shin chan, bermain konda-kondi dan bermain tuju seliper...

4. jangan dengar lagu yang sedih-sedih
dah la hati korang tu memang tengah sedih kan? yang korang dengan penuh genius pergi dengan lagu yang sedih-sedih macam orang nak mati esok kenapa? mula la nak pasang lagu tenda biru la, trauma la, anggapanmu la, terlalu mencintai la, rindu setengah mati la dan segala jenis lagu yang akhirnya buat korang rasa nak tembak kepala sendiri dengan pistol mainan...

5. nekad dan redha
korang kena nekad untuk move on hidup korang tu secara lebih bahagia dari sebelumnya...kalau dulu asyik hidup dalam dunia korang dan dia sahaja, so sekarang korang kena keluar dari tempurung bahagia sementara tu...kena nekad gila-gila dan fikir secara positif bahawa apa yang berlaku nie adalah ketentuan Allah...dalam al-Quran pun ada cakap boleh jadi apa yang kamu suka itu bukan terbaik untuk kamu maka Allah keluarkan ia dari hidup kamu...so ada hikmah kenapa jadi macam nie...ada orang yang lebih baik,lebih sempurna yang Allah nak hadiahkan dalam hidup korang...bersabar dan jangan menyalahkan takdir yang Allah tentukan...lastly,rapatkan diri pada Allah...Allah akan tolong hambanya untuk kuatkan semangat kita...:)


p/s : trust me...Allah akan jumpakan kita dengan seorang yang jauh lebih baik dari apa yang kita ada dulu...sabar je tunggu hadiah dari Allah tu...:) *wahhh...gila ilmiah entry nie...kbai*

p/s 2 (bukan game) : thnxs la awak yang asyik buat saya gelak tu je...^_^ <3 <3 <3 

Thursday, August 2, 2012

life-style budak universiti

"hye nama saya ika...saya pelajar tahun akhir UPM"...


nampak style tak cakap gitu? style kan? tak sangka la...dah tahun akhir dah kat UPM...gila laa...kejap je masa berlalu...macam baru semalam terkial-kial daftar kat UPM dan attend orientasi week yg pffftttttttt~...pastu masuk kelas mamai-mamai dan study dengan penuh tawadok *tipu*...sekarang dan tahun akhir...^.^ sepanjang 3 tahun duduk kat UPM terchenta nie  memacam benda kot jadi...ye la tak kan la dok dediam tak jadi apa-apa kan? itu gila loser namanya...=.=" 

sebagai seorang yang sudah menjalani kehidupan universiti 3 tahun, i nak nasihat kan adek-adek kat luar sana yang baru nak masuk universiti tu sila la jangan terlalu excited lalu jadi culture shock pada tahun pertama ye...banyak gila kekawan i yang tertiba menjadi seekor baboon yang sangat jakun ketika tahun pertama dan hanyut di buai oleh baboon-baboon lain *mohon paham perumpamaan ini*...nanti kalau korang dah terculture shock,susah gila nak kembali ke pangkal jalan yang lurus lagi terang gilang gemilang itu...

lagi satu nak pesan sila la aktifkan diri anda sepanjang duduk kat U sbb rugi la i rasa kalau duduk dalam bilik sambil menjadi tikus mondok...tak mencabar la duduk dalam bilik je kan? sebenarnya i start aktif since pertengahan semester 3 dan i rasa menyesal sangat sebab lewat...3 semester kot i tertinggal dan keseorangan kesepian kat sana disebabkan terlalu bangang melayan perasaan di dalam bilik...mengenangkan perkara ini,i rasa nak naik kerusi dan lompat laju-laju dari kerusi itu sebab menyesal sangat~! 3 semester tak ada gambar kenangan dengan kekawan kalau diorg hang out or buat aktiviti apa-apa...sangat loser rasanya perasaan ini bila sebijik gambar pun tak kelihatan sepanjang 3 sem...*bongok!* so untuk mengelakkan adek-adek yang baru bertatih nak masuk U tu menyesal,i nasihatkan sila lah mengaktifkan diri sepanjang hidup kat U nnt...^.~ seriusly nak cakap yang kehidupan kat U adalah sangat seronok amat terlalu...:D


gilak~ ^.^
with my besties ever...:D 
pullman,putrajaya

classmate psiko...

mengilers bersama <3 <3

yees, kak an, yus n ika...

teater 2012

Malam Persona Ekologi
p/s : gonna miss this one day...:')