Tuesday, March 26, 2013

rahsia

hye awak yang suka nak hupdate semua benda kat facebook tu....entry ini untuk awak....sila la baca....kalau tacing or sentap...harap mahap...pecah kaca ambil dacing, sudah baca harap tacing...bila tacing tu jangan la sampai simbah cat merah kat kereta saya ye...tapi saya tak risau pun kalau awak nak simbah sebab saya tak pernah ada kereta pun...lesen pun tak ada...saya memang seorang loser yang tiada lesen...haa...nampak?? nampak tak cara nak panjang kan entry? taip je apa-apa yang korang suka...nanti panjang la entry korang...:3 

so berbalik kepada tajuk rahsia...okee tak semua benda celah kain tepi kain dalam kain anda perlu dihupdate dalam facebook anda...adalah annoying apabila rakan facebook anda membaca status anda yang asyik-asyik nak dihupdate 23.45 saat kemudian...muntah pulak rasanya kalau dekat home tu ada muka anda bersama DP muka anda yang tersangat suci kerana disnap mengunakan camera 360'...haaaa...terasa ada benda tajam menikam dibelakang badan? kalau terasa, teruskan pembacaan anda...

boleh je nak share pada kawan-kawan perkara yang berlaku dalam hidup anda tetapi tak semua benda boleh dikongsi bersama...ada sesetengah perkara yang berlaku anda hanya perlu senyap atau kongsi bersama rakan baik serta ahli keluarga sahaja...jangan lakukan ini di wall FB anda :

1) share perkara remeh 
status seperti ini : 

=.="

tak faham jugak sebab benda yang simple perlu dimasukkan ke FB? status langsung tak ilmiah...share la benda yang sedikit ilmiah...kalau bos anda baca status macam nie...mesti dia tanpa segan silu membuang anda dari tempat kerja...kalau nak share sangat semua benda sila buat akaun twitter...twitter tu kalau anda nak membebel tiap 3 saat pun orang tak pernah kisah...

2) percintaan facebook yang sangat menjengkelkan
status seperti ini : 

ini contoh laaa...contohhhhh!!!!

bukankah ini sangat menjengkelkan? okee tak salah nak post ke, nak sweet-sweet ke...tapi ada laa batas-batas dia...jangan la asyik nak wall-to-wall sangat sampai orang rasa nak block anda dari FB mereka...post gambar yang sangat sakan bercinta sambil berpeluk bagai...semua tu tak perlu...saya pernah buat dulu dan saya rasa amatlah bodoh perkara tersebut...-.-" rasa nak hantuk kepala ke dinding setelah menyedari kebodohan diri kerana terlalu sakan bercinta...tak bawak kemana pun bercinta yang show off nie...seriusly sangat annoying tambah-tambah kalau post terlalu banyak gambar...sikit-sikit dah la baiii...macam la anda sorang je sedang hangat bercinta....*muka sinis*

3) status seperti karangan SPM pelajar cemerlang terbilang
status seperti ini : 

gambar hiasan...*tuan punya status sila jangan bunuh aku*
dah kenapa nak taip pepanjang sampai orang naik pening nak baca? kalau rasa nak buat karangan SPM A1 kenapa tak buat blog ja? blog adalah medium terbaik untuk express feeling...setiap status pulak cerita benda yang tak penting...tak mendatangkan manfaat kepada orang lain...rasanya tak perlu...tak perlu....kalau kadang-kadang tak apa lagi kalau selalu seriusly orang akan muntah darah baca...*sinis kali kedua*

4) pergaduhan suami isteri
status seperti ini : 

nusyuz nie...nusyuz!! 
hello...hal dalam kelambu pun nak habaq kat orang ke?? kadang-kadang rasa macam orang yang tak kahwin lagi matang berbanding dengan mereka yang dah kahwin tapi masih mengeluarkan status-status kelakar seperti ini...status ini kelakar la pada orang lain sebab benda memalukan seperti ini kan lebih baik dikongsi dengan orang yang rapat sahaja sekarang satu arena FB dah tahu...buatnya ada orang share benda tu...naaaaa terus seantero dunia tahu masalah rumah tangga kau yang dilandai badai-semalam-novel-sedih-tu....




Princess said : tak semua benda kita perlu beritahu orang dan tak semua benda orang perlu tahu tentang kita...

Wednesday, March 20, 2013

future

confusing...............................................

seriusly macam nak pengsan kalau fikir pasal masa depan nie...ini la masalahnya bila dah habis belajar...sekarang kena fikir masa depan yang kabur-kabur tak ketahuan-tolong-la-boleh-tak-nak-kahwin-je-so-tak-payah-fikir-nak-buat-apa-lepas-nie-boleh-la-timang-anak-je-ehhh....=..="

almost everyday i lying on my bed thinking about my future...basically i want to further my study la kan sebab i only 20 years old (umur ini tipu)...tapi masalahnya nak continue study kat mana la kan? nak sambung masters or lompat step terus ke Phd? nak sambung kat dalam malaysia ke luar negara? nak sambung Universiti yang mana? at the end...memang tak ada jawapan dan i terus rasa "okee ikaa...duduk rumah belajar memasak, tunggu prince Dobi mai meminang...kawen...dapat anak...hidup bahagia ke akhir hayat" *flip hair* owhh...membuat ayat memang sangat mudah tp nak merealisasikan ayat yang dikarang adalah ibarat mencurah air ke daun keladi..#ehh

so i buat la timbang tara semua perkara yang i fikir...conclusion akhir i tak dapat lagi tapi sinar menuju ke jalan yang benar tu dah nampak sikit laa...tak apa, Dr.Zana cakap kita kena fikir tentang masa depan kita mula dari sekarang supaya perjalanan hidup kita smooth...:) so ini antara perkara yang perlu korang fikir la kalau nak continue study lepas bacelor-------->

1) dalam atau luar negara?
i rasa i tak yakin pun nak study luar negara sebab i tak berani nak duduk sorang-sorang...i nie lesen pun tak ada...pergi kelas sensorang pun rasa loser...makan sensorang tak pernah...kalau kat sana of cos la kena dependent gila-gila kan...untuk mengelakkan diri sendiri meroyan, menangis, merepek dan merapu di tengah-tengah bandar omputih ke, orang arab ke...i tolak dulu hajat untuk sambung study jejauh...experience masa pergi perth hari tu pun dah cukup dah untuk i rasa kalau sensorang memang tak yakin nak pergi jauh-jauh...kalau nak study jejauh memang i akan kahwin dulu la so that my husband boleh jaga i...hewhew...

2) masters atau Phd?
masters dulu la...actually i nak lompat PhD terus tapi hari tu masuk kelas Dr. Zana, Dr. cakap ada pulak kawan dia yang koma terus masa ambil PhD sebab susah sangat dan sangat mencabar...untuk mengelakkan diri ini menjadi orang kedua yang koma dalam arena PhD, maka lebih afdal la i sambung masters dulu...step by step pun tak apa la...:) lagipun i bukan nak jadi lecturer...-.-" my mom punya wish yang suruh i sambung PhD...insyaAllah la kalau ada rezeki...^.~ 

3) Universiti? 
i hope sangat dapat sambung kat UKM...haishh...bukan lupa daratan laa...i just nak tukar environment je laa...dah 4 tahun menghadap UPM terchenta la sangattt nie...i rasa UPM pun dah bosan tengok muka i nie...so kalau la dapat UKM memang alhamdullilah sangat...:D tapi kalau tak dapat UPM tetap dijiwa raga jantung nadi darahku la nampaknya...uhukuhuk...*batuk kecil*


conclusionnya ialahhh...........




errr....-.-"



belum ada conclusion...sekian terima kasih....=.="

Friday, March 8, 2013

MATA

seriusly mata amat penting terlalu sangat paling penting dalam hidup nie...kalau penglihatan hilang means memang buta mata tak nampak jalan di dunia la kan?? so i just nak kongsi one truth story that happen to me last week...hopefully boleh jadi pengajaran kat semua yang baca *fulamakk...intro entry yang sangat menyayat hati meruntun perasaan*

last week i pergi shopping dengan my aunty-aunty yang lovely lagi sweet kat area klang...baju, seluar n tudung kat situ boleh buat i gilos memilih...kalau boleh nak beli semua! haaa...nampak? itu bukan perkara yang i nak cerita sebenarnya...maafkan saya terlari tajuk konfem dapat D kalau SPM buat begini...-.-" 

then masa i rakus persis tikus merobek labu, i sentap hanger yang gantung seluar yang i suka tu...i sentap gila la kuat then hanger tu kena kat mata...mata kiri and at that time memang berpinar mata nie...gelap la dunia 1 minit...*.* start dari peristiwa tak berdarah tersebut mata i kabur gila dan keluar air mata tak henti-henti...okee sekarang i dah paham perasaan kassim selamat yang mencucuk garfu ke matanya...memang pedih gila dan tak mampu nak bukak mata pun...:'( 

4, 5 hari jugak la terbaring tak mampu buat apa-apa...nak bukak fb, twitter dan chat kat whatsapp pun tak mampu...nak makan pun air mata jatuh mengalir kat pipi...memang sadis gilos baq hang! baring je la yang termampu dilakukan...memang bosan gila kalau asyik baring macam tu...so pengajaran dari cerita ini adik-adik serta tentuan dan pempuan..."majulah sukan untuk negara" #ehhh..

do appriciate your own eyes...:O
kalau mata tercucuk something sila lakukan perkara di bawah untuk sihat cepat :

1)  jangan kesat mata dengan tangan korang, guna tissu untuk kesat air mata yang jatuh...nak lagi berkesan gunakan tisu 1 Malaysia...baru la rosmah sayang lebih nanti...<3

2)  pergi klinik secepat mungkin! mata sangat senang kena infection so make sure kalau mata sakit or kena something lari golek guling-guling pergi ke klinik terus okee? mohon jangan pergi klinik 1 Malaysia sebab doktor pun tak ada kalau korang pergi dan konfem kesakitan hati yang bakal melanda...

3) biarkan mata korang rest so pejam je mata...jangan kena cahaya...jangan membaca...jangan tengok screen phone...

4)  titis ubat yang doktor kasi setiap 5 jam...makan ubat yang doktor kasi...

thats all from me "budak sakit mata terluka sebab kena hanger" -memalukan betul- kbai...


princess said : thnxs awak si pakar mata...:D