warkah terakhir buat sang mantan
Seperti mimpi segala yang diimpi pergi begitu sahaja, telah ku cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan semuanya. Apakan daya, usaha ku ternyata disia siakan begitu sahaja. Tergapai aku mencari jawapan di mana silapnya sehingga dihukum sebegini rupanya. Dua minggu lamanya aku jatuh tersungkur, dunia yang berwarna warni satu ketika dahulu betukar gelap secara tiba tiba. Tegarnya dia pegi begitu sahaja. Benar kata orang, tahap kesabaran seseorang itu ada batasnya. Jika sebelum ini aku sungguh sungguh mempertahankannya, akhirnya aku nekad untuk melepaskannya pergi. Terkilan tidak terhingga, tapi kini aku mampu tersenyum. Mungkin benar kat pepatah, pengakhiran yang sedih mungkin permulaan sesuatu yang baik. Welcome back Zulaikha. =)) Buat anda yang mungkin membaca, saya dah maafkan segalanya. Saya juga dah halalkan segalanya. Saya juga dah merelakan segalanya. Moga apa yang anda cari selama ini membahagiakan anda. Terima kasih untuk segalanya juga yang telah anda berikan. Jauh di sudut...