Posts

Showing posts from February, 2012

bulan lima nanti

Image
ini entry yg langsung tak kelakar dan harus kasihan apabila selesai baca...setiap orang ada kelemahan masing-masing kan? kena la ada sebab tiada manusia yang perfect ...kalau ada orang cakap dia perfect sila hubungi tanjung rambutan dengan kadar segera dan campak kan saja orang itu ke sana dalam kiraan 10... i rasa sangat kasihan dengan diri ini sebab langsung tak berani nak drive n akan berpura-pura sawan setiap kali family suruh ambil lesen...i pernah je amik lesen time after SPM dulu dan lepas tu langsung tak ke mana sebab nampak je bukit, pengsan...nampak je tiang-tiang nak parking, koma...so memang tak payah la nak teruskan lagi...masa lepas SPM i la paling semangat waja antara calon awal yg eksited terlebih pergi daftar amik lesen tapi sebenarnya sampai sekarang i la paling ngek belum pun ada lesen n kawan-kawan i yang slow n steady dulu tak kecoh macam i pulak yang dah drive ke sana sini sambil bunyi hon setiap kali lalu depan rumah...waaahhh, sangat kurang pendidikan siv...

bukti

Image
tidak...tidak...i masih lagi bekerja sebagai seorang pelajar sepenuh masa di UPM...belum lagi menukar profession sebagai seorang penyiasat CSI...arakian tajuk entry adalah "bukti" tapi bukan bermaksud i akan memperketengahkan bukti untuk kes pembunuhan Altantuya yang masih belum selesai dan telah senyap di telan zaman...nehi....nehi...i nak bagi bukti kenapa PELAJAR TIDAK PERLU MENGAMBIL SUBJEK YANG TIADA KENA MENGENA DI ANTARA HIDUP DAN KEHIDUPAN MEREKA ... haaaa...inilah sebabnya...tadaaaa~ kalau tak nampak pandai-pandai la bagi nampak...kang letak besar-besar cakap riak takbur pulak...=.=" ini adalah entry susulan kepada entry yang bertajuk "aku comel" (sebenarnya tajuk lain saja nak tukar supaya nampak lebih perasan di sini)...hari tu dah cakap dah...tak perlu mengambil subjek yang boleh menyebabkan kecacatan pointer ...pfttt~ kan dah terbukti...macam nak je jumpa menteri pendidikan untuk tanya apakah relevan mengambil subjek yang tiada kaitan...

bertukar wajah

Image
sangat bersopan santun bukan tajuk entry ini? bagus ye cik rapunzel sekarang...penggunaan ayat juga makin bersopan mencerminkan diri sendiri yang mempunyai rupa paras iras Nora Danish ...ow...masih belum berubah rupanya, masih mengekalkan sifat perasan yang amat ketara yang mampu menyebabkan pembaca muntah membaca entry beliau dan memberi kaki masing-masing tanda "teramat" setuju beliau mempunyai rupa paras iras Nora Danish ...*melalut* haaa...nampak tak blog nie dah bertukar wajah atau lebih dikenali sebagai transformasi di era globalisasi? *kemain ayat bahasa melayu A1 dah keluar*...i kan dah umur 18 tahun untuk tahun 2012 nie (tipu)...HARUS laahh ada perubahan? blog yang lama macam bebudak zaman jahiliah laa...mana masuk dah dengan jiwa rock kapak i untuk tahun baru nie dah...so i decided to change la my layout...:)  zaman jahiliah   | | | | | zaman rock kapak  | | | | | konsep blog nie memang harus memegang frying pan un...

tanpa suara #4

Image
hampir sama... tapi berbeza... p/s : typo is not good for your health...haha...errrkkk... dear my lovely fren ...jangan marah aaa~ :P

farah's wedding

Image
i rasa lepas nie i dah boleh kahwin sebab my best friend yang bernama farah (nama singkatan beliau bagi mengelakkan google search mempopularkan beliau) sudah pun menamatkan riwayat hidup sebagai seorang bujang...apa kaitan dengan i? haaa...iye memang ada kaitan di antara hidup dan kehidupan sebab dari awal beliau bertunang sampai la ke akhir step beliau naik pelamin bersanding sambil bergelak-gelak gemok bahagia di atas pelamin bersama suami tercinta semua i ada...i syak i kembar tak seiras beliau sebab ada di setiap inci majlis beliau...errr...atau pun i lebih dikenali sebagai seorang penyebok tegar yang tegar menempek kan muka di setiap perkara yang berlaku? haaa..itu mungkin juga...=.=  Bertunang farah bertunang warna emas ...cun jugak warna nie...i nanti nak warna pink! pink! pink! *ehhh..ini adalah entry untuk farah yang kau sebok nak cakap pasal warna kau nak bertunang kenapa ika? kenapa? ada orang tanyakah?* ~.~  bertunang...:) she looks awesome! ...

DSLR

Image
i sure ramai orang kat dunia nie dah pakai dslr kan? kan? opss~ ini bukan entry untuk menyatakan kemegahan mempunyai dslr okee? tak main la nak berlagak-berlagak nie...takat dslr je pun, bukan nye i ada cincin bernilai 27 juta pun kan? -.-" i terpanggil-panggil untuk menulis entry ini pun disebabkan one of my friends yang tersangat kagum kepada orang yang ada dslr  namanya husna asmawi (memang nama sebenar)...tiap kali nampak orang ada dslr boleh tahan luas jugak la mulut beliau ternganga yang boleh memasukkan sekurang-kurangnya seekor siamang yang miang...tapi pada i la kan tak guna jugak ada dslr bagai kalau : tangan yang menangkap langsung tidak berseni kreatif dan inovatif kalau dapat kat tangan orang yang langsung tidak kreatif ibarat melukis orang lidi pun senget dan melukis buaya menjadi zirafah maka memegang camera dslr adalah tidak layak baginya...memang tak payah bagi dslr ke...bapak dslr ke...nenek dslr ke...adek beradik tiri dslr kepada dia okee? sebab gambar ...

happy birthday penguin

Image
wanted penguin in the world! *budjet cun la posing cmgini:...phuiii* nama :   penguin tinggi umur :   PMR candidates tapi langsung tiada tanda-tanda akan mengambil PMR pada tahun ini...langsung tak ada walaupun sebesar zarah...=.=" feveret aktiviti :  - chatting kat FB sampai i naik meronsing tengok... - tengok glee sampai tercabut mata... - bukak utube sehingga laptop hampir terbakar... - tangkap gambar kakaknya yang comel ...:P perangai :  - langsung tidak ada tanda-tanda akan mengemas bilik walaupun bilik sudah seperti sarang tebuan... - langsung tidak akan membaca buku walaupun exam keesokkan hari... - langsung tidak akan membasuh pinggan walaupun tinggal sebijik... - akan menangis dan mengamuk jika kemahuan tidak dipenuhi... - sangat manja hingga mahu termuntah melihatnya... ucapan : hoiii...selamat hari tua bangka dan sila jangan malas baca buku...dah tak larat dengar mama membebel-bebel... SEBULAN SEBELUM...