farah's wedding
i rasa lepas nie i dah boleh kahwin sebab my best friend yang bernama farah (nama singkatan beliau bagi mengelakkan google search mempopularkan beliau) sudah pun menamatkan riwayat hidup sebagai seorang bujang...apa kaitan dengan i? haaa...iye memang ada kaitan di antara hidup dan kehidupan sebab dari awal beliau bertunang sampai la ke akhir step beliau naik pelamin bersanding sambil bergelak-gelak gemok bahagia di atas pelamin bersama suami tercinta semua i ada...i syak i kembar tak seiras beliau sebab ada di setiap inci majlis beliau...errr...atau pun i lebih dikenali sebagai seorang penyebok tegar yang tegar menempek kan muka di setiap perkara yang berlaku? haaa..itu mungkin juga...=.=
- Bertunang
- farah bertunang warna emas...cun jugak warna nie...i nanti nak warna pink! pink! pink! *ehhh..ini adalah entry untuk farah yang kau sebok nak cakap pasal warna kau nak bertunang kenapa ika? kenapa? ada orang tanyakah?* ~.~
![]() |
| bertunang...:) she looks awesome! |
2. Henna
- i teman farah pergi henna tapi hanya teman yang sia-sia dan langsung tidak memberi sebarang faedah kerana kena tunggu henna tu kering jugak walaupun dah siap lukis-lukis bagai sebab kebongokkan i sendiri yang bukan boleh drive pun untuk bawak beliau balik...err...sorry ye PUAN FARAH...
![]() |
| lukis-lukis, conteng-conteng dan tadaaa~ siap! :D |
3. Nikah
- Nikah adalah pada 10.02.12...sebelum i dengan kekawan pergi majlis nikah, ktorg sempat pergi beli hadiah kat eerr...tempat dirahsiakan harap maklum =.=...hadiah bapak kepada bapak la besar...saja pilih hadiah besar-besar dengan harapan masa i kahwin nanti farah akan hadiahkan sebiji peti sejuk sebagai balasan... sambil berkata dalam hati : hoi...sebiji je aku mintak la farah...kemon la jangan gelak-gelak baca hadiah yang aku mintak nie...aku tengah serius nak mati nie...nampak? 0.0 sila kumpul duit dari sekarang untuk masa depan yang lebih cerah bagi menghadiahkan aku peti sejuk...
![]() |
| my besties yang dah jadi bini orang...no more karok nampaknye yee~ !.! |
![]() |
| kami-kami yang memeriahkan majlis... |
4. Bersanding
- Bersanding 11.02.12...:) sempat snap beberapa keping gambar sahaja lepas tu hanya memerhatikan beliau dari jauh yang berseri macam kuih yang dibuat oleh kak suri jiran mak cu dekat kampung *ini tiada kaitan*...
![]() |
| besar kan hadiah ktorg? nampak sangat berbaloi farah membalasnya dengan sebiji peti sejuk...:O |
![]() |
| b.f.f...sekarang dah kurang lagi sorang...T.T tinggal berlima je pasnie...:( |
![]() | |
| errrkkk...sila abaikan rapunzel yang dah terexcited lebih lalu tersenyum lebih...=.=" |
![]() |
| farah & suami...:) |
zulaikha said : hoi cik...err...puan ye sekarang...puan farah...selamat pengantin baru dan happy selalo...macam tak percaya ko dah kahwin padahal dulu kite menari zapin sama-sama time tadika yang diajar oleh cikgu norizan dan amat lah comel kita pada waktu itu...tapi sebenarnya sekarang pun kita masih comel...-.- nanti jangan lupa cerita kat anak ko pasal 'kebaikan' kita time sekolah dulu yang pernah disebat di koridor oleh cikgu aini dan pernah menyorok dalam libry dan dimarahi oleh mak cik lat sebab ponteng kelas..kbai...^__^ owh...lagi satu...cerita 'kalaivani' jangan lupa sampai bila-bila okee? haha...:P








Comments
bila turn ika pulak.? jgn lupa jmput aina nnti. =)
hehe . malu i ... lari .... hikhok . haha .