nama samaran
mengikut kamus dewan nama samaran bermaksud nama timang-timangan yang dipanggil oleh orang sekeliling...wahhh...kemain skema nak mampus ayat i nie..*sila lari ke toilet dan muntah sekarang* banyak kot nama samaran yang orang akan kasi kat seseorang tambah-tambah kalau sekolah menengah...kalau nama samaran tu okee sedap didengar maka tersenyumlah si penerima panggilan, tapi kalau nama tu cam ngok ngek kepala kemek maka carutan luar biasa akan kedengaran dari si penerima panggilan...-.-"
since zaman sekolah menengah agak ramai yang memanggil i dengan gelaran "NORA DANISH"...i macam pelek sangat kenapa semua orang panggil macam tu...seriusly i cakap "ehh...jgn la panggil saya nora danish...jangan...nama saya ika laa..." tapi mereka semua berkeras nak panggil "NORA DANISH" jugak...i tak faham keanehan yang berlaku...
okee cukup...ayat yang atas tadi semua dusta...tolong jangan rasa nak baling kasut yang ada chewing-gum tu kat i...tolong...
actually dari sekolah sampai universiti ramai kekawan panggil i nenek...langsung tak paham kenapa sebab muka i tak la macam orang tua ke apa...tp setelah diberi soalan soal selidik dan menggunakan SPPS untuk mengkaji jawapan...hasil kajian mendapati punca utama adalah sebab i banyak cakap potpetpotpet tak henti-henti...cis! *mengadap dinding*
selalunya nama pepelek tu la yang orang akan ingat sampai bebila dan akan lekat sampai ke anak cucu...=..= ada sorang yang i kenal nie orang dok panggil dia DOBI ja dari dulu sampai sekarang sebab dia AJK DOBI masa kat sekolah dulu...kesiannn...nak panggil pun nak tergelak-gelak...*hikhik*.. nama adek i pun sama kekadang orang panggil dia PENGUIN ja sebab dia jalan macam PENGUIN...*hukhuk*... ada lagi yang pelek-pelek macam GENDUT, SEMUT, GAGAK, PISANG, GABAN dan KUALI...semua ada sejarah dia la kenapa melekat nama tu...
![]() |
| motif meletak gambar adalah untuk menganjing...sekian... |
princess said : letak la nama lek lok sikit kalau boleh...-.-"

Comments
kawan alif nama pisang sebab dia penah curi pisang kat dewan makan. lepas tu kantoi.